×
Home: Mobile Home: Original Style Christian Netflix Jewish Stories X-Witch X-Muslim MP3 Bible Bible Movies Gospel Videos Godly Movies CBN Videos Kids Videos Worship Music Vids for New Believers Random Video Ask AI Bible Questions What's New
  Kat Kerr   Anna Rountree   Mary Baxter   Several #1   Several #2   Choo Thomas   Ian McCormack   Burpo   I saw His Glory   7 Colombian Youths   Heavenly Blood   Heaven Testimonies
  Lazarus   Bill Wiese   Mary Baxter   Dr. Rawlings   J. Perez   Hepzibah   Ptr. Park   7 Columbian Youths
  Atomic Prayer   Prayers that ROUT demons   Courts of Heaven   Warfare + Blessing   Healing   Declaration   101 Decrees   Healing Decrees Capps   Prayers to Cover Everything   Tongues   Rosary   Artic Fire   Why Should We Pray?   Why Bother
  MP3 Bible   10 Commandments   Learn Bible in 24 Hours   40 Spiritual Lessons   Alpha   Foundations   Bible Commentaries   Book of Mormon   Temple Study   Red Letters   Divine Healing Training   God Story   Gap Theory   Creation to Christ   Book of John   Kids Bible Cartoons   Derek Prince Teaching   Jesus Film   Digital Bible   Bible Codes ELS   Memorize the Bible   Bible Games
  Passion of Christ   New Jesus Film   Introduction   Names of God   Jesus IS...   Jesus Film   That's My KING   Father's Love Letter   Celestial Hug
  Warfare Training 1   Warfare Training 2   Casting Out demons   They Shall Expel demons   Combat   Examples   Warrior King   Exorcism   Prayer   Deliverance Song   Ask Him   demonology   Clarita   NUWI
  Final Quest   The Call   Tommy Hicks   3 Days   Angel Song   The Prison   H.A.Baker
  Best #1   Best #2   Generals   Ramirez   Supernatual Stories   Spiritual Food   Dale Black   Bishop Kelley   Sid Roth   Fatima   Richard Sigmund   Gary Wood   Roland Buck   Rees Howells   Baptized by Fire   Todd White   Gary Beaton   Victor Marx   Akiane   Theo Nez   Milton Alvarez   Nun's Story   Retha McPherson   Tomas Welch
  Booth's Vision   Frank Jenner   Hell's Best Kept Secret   EE-Taow   Manifesting Power   LivingWaters   Atheist Delusion   Using AI for Jesus   Sharing w/ Muslims   Sword + Serpent
  Revival Hymn   Jesus in China   Freemason Curruption   Modern Child Sacrifice   the WAR on Children   XGay   Transformations   Ark of Covenant   Soul Ties   Last Reformation   Noah's Ark Found   Does GOD Exist   Political Issues   Fake Mountain   7 Mountains   ID vs Evolution   Bible Science   American History   China Records   Case: Creator   Case: Christ   Case: Faith   Little Lessons   Deadly Mistakes   Enemies Within   Chinese Characters   Global Warming   The Final Frontier   Understanding Israel   Testing Joseph Smith   Targeting Kids
  X-Muslim   Journey of Hope   Islam Rising   ACT   Jihad   Best Muslim Story   Enemies Within   Answering Islam   Killing for Heaven   Killing the Infidel
  Downloadable MP3 Worship Music   Online Worship Music   Practice Presence of God  DivineRevelations University   Free Posters   Christian Pictures   Kids Christian Cartoons   Bible Trivia   End Times Visions   Fractal Praise   Soaking Music   Communion Verses   Bobby Conner   Brother Yun   Contorting Jesus   Civil War   Prayer Tank   Fiscal Cliff   Understanding Economics   Who takes the Son   Christian GPTs
  All Languages   Afrikaans   Albanian   Amharic   Arabic   Bengali   Bulgarian   Burmese   Cambodian   Catalan   Chinese   Czech   Danish   Dutch   Farsi   Finnish   French   German   Greek   Gujarati   Hausa   Heberw   Hindi   Hungarian   Indonesian   Italian   Japan   Kannada   Khazanah   Korean   Laos   Malagasy   Malayalam   Malaysian   Marathi   Mongolian   Nepali   Norwegian   Oriya   Polish   Portuguese   Punjabi   Romanian   Russian   Somali   Samoan   Serbo_Croatian   Sinhala   Slovak   Slovenian   Spanish   Swahili   Swedish   Tagalog   Tajik   Tamil   Telugu   Thai   Tongan   Turkish   Ukrainian   Urdu   Uzbek   Vietnamese
 About  Disclaimer  Phone# USA 425-610-9216  [email protected]  Donate
Follow on YOUTUBE  YouTube Follow on Facebook  Facebook Follow on X/Twitter  X/Twitter Follow Podcast RSS  Podcast  RSS Follow on Instagram  Instagram Follow on TikTok  TikTok
  PDF Library   Believer's Authority   Heavenly Man, Yun   Torch + Sword   The Harvest   Faith Shoemaker's Vision   Daughter of Sacrifice
Something Funny... 2nd Page, Older Material
×






Menu / Home
Menu / Home
Syurga & Neraka, HTML Bible HTML Bible HTML Bible Got Questions Ethnic Harvest
Neraka itu Nyata
23 Minit Di
Dalam Neraka
Penglihatan Unity
Visi_Visi_Pengangkatan,
Kesengsaraan, KotaKudus,
 Takhta-Takhta Allah dan syaitan
Sentiasa Ada Harapan Kegelapan di Waktu Tengah Hari
Saya Nampak Mereka Di Neraka Frank Jenner Dari Jalan George
Visi Salib Kalvari Mukjizat Kesembuhan,
Undangan Ilahi Ke Syurga
 Wahyu Syurga     Wahyu Neraka Wahyu Tentang Neraka
Bagaimana iblis Menghalang Doa-doa Kita.
PERTARUNGAN DI ALAM SYURGAWI
Bersiap Sedia untuk
Kedatangan Tuhan!
Masa Semakin Cepat Berakhir Melalui Pintu Penyerahan
Syurga Itu Nyata Translators Needed ! Arang Batu Berapi Dan Batu Hidup Tangga Dan Sungai
Wahyu-wahyu Di Syurga Kenapa Ambil Peduli? Visi Pintu-Pintu Takdir
Pedang Dan Ular Kebangkitan Theo Nez All Malaysian PDFs
 Baptisan oleh Api Berkobar 
#2
Kristian yang pergi ke neraka Kendi Besar Di Tanah Gersang
Kembalinya Yesus dan Hari
Penghakiman Penglihatan Sarang
Jesus FLV
8 Jam Di Syurga Perlumbaan Yang Ulung Akhir Zaman


“Syurga Itu Nyata”
Choo Thomas
Transkrip Dokumentari Video
Bahasa Malaysia
(Diterjemahkan ke B. Malaysia Oleh Ryan LG)

PDF   DOC    Full Book

 

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Pada tahun 1992, seorang bangsa Korea Amerika bernama Choo Thomas, telah dilahirkan menjadi Kristian. Apa yang menjadi unik bagi cerita ini ialah selepas dua Tahun ia menganut ugama Kristian, Choo telah dikunjungi oleh Yesus Kristus dari Nazareth. Dia telah diiringi kemudiannya ke Syurga beberapa kali dan dibawa melihat Neraka sebanyak dua kali.

Choo Thomas telah membukukan pengalamnya; dan dinamakan ”Syurga Itu Nyata” yang telah diterbitkan pada bulan Oktober 2003.

Dalam masa setahun sahaja buku ini menjadi buku jualan yang terlaris bagi pasaran antarabangsa juga menjadi jualan sepuluh terbaik bagi Buku Kristian Karismatik di Amerika.

Sebagai seorang Ibu biasa, yang tidak begitu fasih bercakap English, bukan sahaja mampu menerbitkan buku ini tetapi dalam masa setahun selepas ianya diterbitkan ia menjadi buku terlaris antarabangsa? Tetapi yang lebih penting ialah kenapa wahyu ini diturunkan sekarang? “Syurga Itu Nyata” dan inilah cerita dari Choo Thomas.

------------------------SUARA CHOO THOMAS :-------------------------
“Baiklah…

Bapa Syurgawi, terimakasih kerana membenarkan saya bersaksi. Haleluyah. Saya menjadi Kristian sejak tahun 1992 dan secara literal saya jatuh kasih dengan Yesus selepas saya pergi ke gereja beberapa kali dan saya rela memberi segala apa yang saya miliki kepada Dia selama hayat saya.

Dan saya ingin bercakap ringkas tentang buku berjudul “Syurga Itu Nyata”. Tuhan Yesus sendiri telah membawa saya ke syurga sebanyak 17 kali dalam keadaan “transformasi badaniah”, dengan keadaan seperti saya berumur 15 atau 16 tahun. Sebelum itu, Dia mempersiapakan segala-galanya secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1994 dia mengurapi saya dengan Api Roh, sebulan kemudian Dia menunjukkan dirinya kepada saya semasa kebaktian penyembahan di Gereja. Kemudian pada tahun 1995, Hari Ester, hari minggu, Dia mengurapi saya dengan fenomena keadaan badan saya bergoncang. Sejak dari itulah badan saya bergoncang semasa berdoa di Gereja. Dan anda boleh lihat badan saya bergerak-gerak sekarang, jika saya tidak buat, perut saya akan terasa menegang seolah-olah macam meletup, sebab itulah saya bergerak ke kiri dan ke kanan. Jadi janganlah menyangka ada masalah dengan tubuh saya ini. Inilah tujuan yang Roh Kudus lakukan ke atas badan saya. Selepas itu Dia membaptis saya dengan Roh Kudus dengan bahasa lidah yang baru, Lagu Syurgawi, Ketawa Kudus dan saya diurapi selama 3 jam dan saya terlantar di atas lantai, saya tidak mampu berdiri kerana kuasa itu amat kuat. Kemudian, selepas beberapa bulan Pastor Larry Rudolf, memberitahu nubuatan kepada saya bahawa Tuhan akan memakai saya dengan cara yang amat istimewa sekali. Dan semua nubuatan itu jadi kenyataan, seribu kali, lebih. Selepas itu pada Januari 1996, Tuhan Yesus mengunjunggi saya dengan menampakkan diriNya. Dan Dia telah mengunjunggi saya sebanyak 10 kali dan memberitahu saya Dia akan memakai saya, melalui apa yang Dia rancangkan dan semua yang telah Dia beritahukan seperti dalam buku. Tetapi Dia tidak memberitahu yang Dia akan membawa saya ke Syurga. Jadi selepas 10 kali, pada 19 Februari 1996, Dia mula membawa saya ke Syurga dalam keadaan badan saya terubah, seperti badan Roh-Nya, demikian juga badan saya. Setiap kali, sebelum Dia membawa saya naik ke Syurga, saya dibawa ke sebuah pantai, pantai duniawi. Pada pertama kali sebelum dia membawa ke syurga, Dia membawa saya ke satu bahagian pantai. Saya diperlihatkan dengan satu air kristal yang jernih kecil kemudian saya diperlihatkan dengan satu terowong besar yang berkilat. Selepas itu dia terus membawa saya ke syurga.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Selepas melalui terowong itu, Choo menulis:

Yesus dan saya berjalan melalui satu jalan atas menuruni sebuah bukit. Akhirnya kami sampai ke satu Pintu gerbang putih yang besar yang berada di depan sebuah bangunan putih yang besar. Kami masuk pintu gerbang itu dan terus ke bangunan itu. Kami masuk berjalan pada koridor menuju ke sebuah bilik besar. Saya memandang ke bawah dan lalu saya tersedar yang saya memakai sebuah jubah yang berlainan daripada yang saya pakai semasa di pantai tadi. Saya terasa ada benda yang berat terletak di kepala saya. Saya pegang dan ianya sebuah mahkota yang cantik telah diletakkan dan saya sedari. Saya memandang kepada Yesus. Dia sedang duduk di tahkta, dia memakai gaun yang berseri-seri dan mahkota emas. Saya perhatikan ada orang lain yang bersama-sam dengan saya, mereka melutut sambil tunduk meniarap menghadap Dia. Dinding bilik itu diperbuat dari satu batu besar berkilat yang bercahaya. Batu yang pelbagai warna itu memberikan kesan bilik itu terasa panas. Meriangkan bahkan penuh misteri. Lalu, dengan sekelip mata saya terus dibawa naik ke gunung dan terus ke dalam bangunan putih itu, dan saya tersedar saya sudah berada di pantai itu semula.

------------------------SUARA CHOO THOMAS :-------------------------
Pada pertama kalinya Dia menunjukkan bilik mahkotnya. Kemudian kami turun dari syurga, kami duduk bersama di suatu pantai berpasir duniawi. Kami mula bercakap. Dia berkata, “kita baru saja pergi ke Kerajaan Syurga.. hanya yang dapat pergi ke sana adalah mereka yang yang taat dan suci hatinya dan Dia berkata bahawa memberitakan Injil adalah amat penting, sebentar kemudian dia berkata lagi bahawa mereka yang tidak memberi perpuluhan adalah orang-orang Kristian yang tidak taat. Ia mengakhiri trip perjalanan kami yang pertama dengan kata-kata itu.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Choo telah melawat ke syurga sebanyak 16 kali, dan setiap kunjungan, dia menulis:Dalam keadaan badan saya terubah, saya berjalan dengan Tuhan di pantai, kemudian Dia mengiringi saya ke syurga. Kami berjalan menerusi gerbang mutiara dan terus ke bangunan putih unutk menukar pakaian. Selesai menukar pakaian, kami berjalan melintas sebuah jambatan emas. Ianya semua macam sangat natyral bagi saya. Setiap yang percaya saya pasti mereka akan melalui keadaan yang sama apabila mereka ini pergi ke syurga nanti

------------------------SUARA CHOO THOMAS :-------------------------
Selepas itu, Dia membawa saya ke syurga sebanyak 16 kali, setiap kali kunjungan, Dia menunjukkan saya keadaan-keadaan yang berbeza. Setiap kali dia menunjukkan satu benda yang istimewa, Dia akan berkata Dia menyediakan ini untuk anak-anaknya, Aku tahu apa yang mereka ingini. Seperti apabila Dia menunjukkan keadaan pantai kepada saya, “ anak ku lihatlah betapa cantiknya pantai ini, aku tahu anak-anaku seperti juga pantai ini” dan juga semasa membawa saya memancing ikan “aku tahu anak-anakku suka memancing, oleh sebab itulah Aku sediakan semua ini sesuai dengan kesukaan mereka dan saya menyedari di syurga keadaannya lebih indah seribu kali daripada keadaan di Bumi tetapi ada banyak yang serupa di Bumi seperti jalan, bangunan-bangunan, pokok-pokok, rumput-rumput, batu-batu, bunga-bunga, suasana diluar Istana, ada banyak benda di sana tetapi seribu kali lebih indah berbanding di bumi, indah sekali. Kemudian , saya menyedari betapa sayangnya Tuhan kepada setiap kita manusia. Kecantikan di syurga adalah tidak terkata dan saya tidak dapat menjelaskan betapa cantiknya di sana, indah sekali. Lalu saya menyedari bahawa Tuhan amat mengasihi setiap individu kita. Dari cara Dia bercakap “kamu lihat betapa besarnya saya mengasihi anak-anakku dan saya sediakan semua ini hanya untuk anak-anakku”. Sebab itulah Dia membawa saya dan memperlihatkan semua apa yang Dia sediakan untuk anak-anakNya, oleh itu marilah setiap antara kita ketahui bahawa syurga sedang tersedia untuk kita, oleh itu sebelum Dia datang kembali, Dia mahu semua umat Kristian supaya mengetahui hal ini, dan berkeinginan untuk pergi ke sana. Sebab itulah juga saya percaya kerana Dia telah menunjukkan semua ini kepadaku. Walaupun tidak semua dia memberitahu kepada saya namun benda atau bahagian tertentu Dia memperlihatkan kepada saya, Dia juga hanya berkata sedikit, hanya perkataan yang penting. Itulah Tuhan yang penuh kasih. Puji Tuhan

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Disamping pengalaman syurgawi, Choo juga diperlihatkan Neraka sebanyak 2 kali

Dia menceritakan keadaan Neraka seperti berikut: Saya dapat melihat kabus dan asap hitam naik dari sebuah lubang dalam. Seperti kawah gunung berapi, dan didalam saya melihat nyalaan api yang panas membakar kumpulan orang yang ramai dengan kedengaran jeritan dan tangisan yang jelas penderitaan bagi mereka yang sedang terbakar disitu.

Orang-orang tidak berpakaian, tanpa rambut, berdiri berhimpit-himpit sesama sendiri, bergerak seperti cacing-cacing, dan nyalaan api membakar badan mereka. Tidak ada jalan keluar bagi sesiapa yang berada di lubang ini, dindingnya terlalu tinggi untuk dipanjat, bara api meliputi semua penjuru.

Nyalaan api akan memancar tiba-tiba dari semua arah. Kelihatan mereka lari ke satu tempat yang lain yang mereka fikr selamat namun tiba-tiba tercetus lagi nyalaan api membakar mereka. Tidak ada rehat di sini bagi mereka yang menjadi mangsa dosa mereka sendiri. Malang bagi mereka kerana harus menerima siksaan api selamanya dan tidak ada jalan keluar. “siapa mereka ini” saya bertanya “Anakku, orang-orang ini semua tidak mengenali Ku”

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Di syurga Dia menunjukkan tentang semua yang menarik dan benda-benda yang menakjubkan. Seterusnya saya dibawa ke neraka, benda yang pertama saya lihat ialah api, dalam, gelap dan lubangnya tak berpenghujung. Orangnya tak berpakaian tanpa rambut. Tanpa mempunyai apa-apa, telanjang. Mereka berdiri sangat rapat antara satu sama lain. Mereka bertolak-tolakkan sesama sendiri kerana lari dari bahang api. Setiap kali mereka lari api mengikuti mereka, depan dan belakang, semua dipenuhi api, orang-orang semua berhimpit-himpit sesama sendiri. Mereka kelihatan amat kesakitan dan murung, mereka menangis namun tidak ada yang dapat menolong. Kemudian Dia membawa saya kedua kalinya dan saya dapat melihat orang yang sama. Saya mendengar ada suara dari semua arah, terlalu banyak siksaan di sana. Kemudian seorang wanita, melambai-lambai tangan kepada saya, dia melambai tangan sambil berkata “panasnya!, panasnya!. Saya memandangnya. Lalu saya mengenali yang dia adalah ibu saya, hati saya sungguh kecewa dan saya mula menangis. Saya tidak pernah terasa kesaktian begini, terlalu sakit. Saya tidak tahu apa yang mahu dibuat. Dan dia terus melambai saya sambil mengadu kepanasan. Tidak ada yang dapat saya lakukan untuk menolong dia, sekadar melihat sahaja. Kemudian saya terlihat juga bapa saya, ibu tiri saya dan anak saudara saya yang telah mati waktu muda lagi dan dua orang kawan saya yang saya kenali. Oh!, itulah pengalaman yang sangat perit saya lalui dalam ingatan saya lalu saya terus menangis dan menangis, kemudian Tuhan Yesus pergi menghampiri saya dan berkata “anakku, saya mempunyai tujuan yang baik untuk menunjukkan semua ini kepada mu, namun Aku lebih terluka berbanding dengan kau rasai”. Umm.. Kemudian saya memberitahu Yesus bahawa ibu saya telah meninggal waktu muda lagi, dia telah jatuh terlantar sakit terlalu lama. Saya rasa dia bukan seorang yang jahat. Tuhan Yesus menjawab jika orang itu tidak mengenal dia walaupun dia seorang yang baik sekalipun tetap akan pergi ke tempat itu juga. Tapi hati saya kecewa kenapa Tuhan menyakitkan hati saya dengan menunjukkan semua ini. Saya berfikir demikian namun saya langsung tak boleh marah kepada Tuhan. Saya tak melihat wajahNya namun saya pasti dia menangisi keadaan saya. Saya rasakannya. Dia kelihatan sungguh sedih, lalu dia menyentuh kepala, memegang tangan saya dan memimpin saya keluar dari tempat itu. Saya terus menangis semasa kami meninggalkan tempat itu. Dalam buku saya memberitahu secara terperinci hal ini, jadi, seterusnya Dia menujukkan kepada saya satu lagi yang menyedihkan. Tentang bayi yang digugurkan. Dia membawa saya masuk ke satu bangunan yang besar seperti sebuah gudang. Apabila kami berjalan masuk, saya terlihat bayi-bayi kecil tak berpakaian sedang terlantar seiringan. Hummm. Saya mula menangis, Tuhan kenapa begitu banyak bayi disini. Dia berkata “mereka adalah bayi yang telah digugurkan”. Kemudian saya bertanya apa yang akan dia lakukan terhadap bayi itu. Dia berkata sekiranya ibunya dapat diselamatkan masuk ke syurga nanti maka dia akan mendapatkannya kembali.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Semasa kunjungan saya ke-17 kali ke syurga, Yesus memberitahu Choo bahawa itulah perjalanannya yang terakhir ke syurga. Kemudian dia menulis:

Perkataan yang diucapkanNya sangat menusuk jiwa. Hati saya tersentuh dengan kasih Tuhan. Dia berdiri dan saya tahu tiba masanya kami meninggalkan tempat itu. Saya terus menangis tetapi hati saya dikuatkan kerana saya tahu saya akan bersama terus dengan Tuhan selamanya dan Dia sentiasa akan bersama ku di bumi. Di dalam bilik persalinan pakaian, malaikat Tuhan telah memeluk saya. Saya merasa amat gembira sekali berada di tempat yang ada suasana penuh kasih, belas kasihan dan saling memahami. Sewaktu saya menukar pakaian saya fikir kedua-dua mereka Abraham dan Malaikat tahu bahawa inilah kunjungan saya yang terakhir ke syurga. Sekali lagi malaikat itu memeluk saya apabila saya melangkah keluar dari bilik itu. Malaikat ini mempunyai rambut dengan jubah putih yang panjang dan air muka yang menunjukkan ambil berat dan ceria. Malaikat itu tersenyum kepada ku dan berjalan ke tempat Yesus.

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Apabila Tuhan Yesus membawa saya ke Syurga kali ke-17, dia memperlihatkan saya awan-awan. Itulah pengakhiran kunjungan saya ke syurga. Tuhan yesus berkata bahawa masa itu adalah yang terakhir kunjungan saya ke syurga. Aku tidak akan membawa kamu ke sini sehinggalah tiba Hari Terakhir nanti. Saya mula menangis kerana saya terasa inilah hari terakhir kunjungan saya ke syurga maka sebab inilah saya tidak mahu meninggalkan tempat ini. Saya pegang tangan Yesus dan berkata, “ tolong jangan biarkan saya pergi. Saya mahu terus datang ke sini biarpun berulang-ulang kali. Masa ini amat sedih bagi saya kerana saya tidak dapat berkunjung lagi ke sana. Setiap kunjungan saya akan melihat pengalaman yang amat mengembirakan dan mendamaikan hati saya. Walaupun sedih tetapi saya masih gembira dan rasa damai. Dengan penuh kasih saya menangisi keadaan ini berhari-hari.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Alkitab menyatakan bila Yesus akan datang kepada Gereja. Dala 1 Tesalonika 4:16 menyatakan

"Sebab pada waktu tanda diberi, yaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan. Ini adalah apa yang dipanggil pengangkatan itu.

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Selepas itu, dalam beberapa minggu kemudian, Tuhan Yesus membawa roh saya bersama Dia ke pantai. Seperti biasa kami duduk sambil berbual seketika. Kemudian Dia berkata aku akan tunjukkan kamu sesuatu, sejurus selepas itu saya mendapat suara Penglihatan. Setiap kali dia memperlihatkan saya sesuatu saya akan mengalami sesuatu suara penglihatan yang keluar dari dalam tubuh saya. Ianya sangat kuat bunyinya dan masa yang lama. Kemudian saya akan mendengar bunyi bising, bunyi yang sangat kuat, saya merasakan seperti dunia jatuh ke bawah, sangat kuat, bunyi bising yang dahsyat. Dan saya terlihat keseluruhan udara menjadi putih. Orang-orang yang berjubah putih berterbangan di mana-mana. Terus-terusan menjelma dan menghilang. Dipenuhi dengan udara dan manusia. Kemudian saya ketahui bahawa inilah pengangkatan lalu saya ketawa, menangis dan berteriak, saya teruja, kemudian saya melihat. Cucu perempuan saya, yang berusia 10 bulan, belum mempunyai rambut tiba-tiba terbang keluar dari jendela dari dalam bilik. Dia kelihatan memakai pakaian jubah putih dengan rambutnya mencecah ke bahu. Kamu boleh bayangkan bagaimana saya begitu teruja. Seterusnya saya melihat cucu perempuan yang satu lagi , berusia 4 bulan, belum berambut, tiba-tiba terbang keluar melalui tingkap, sama dengan lain memakai jubah berwarna putih. Dan rambutnya juga panjang sehingga ke bahu. Saya menjerit, menangis, ketawa, kerana sangat teruja. Saya tidak merasa begini teruja sebelum ini, sungguh teruja, semua tempat dalam rumah boleh mendengar. Mujurlah suami saya tidak berada dalam rumah, jika tidak pasti dia menjangka sesuatu yang tidak kena berlaku dengan saya. Kemudian Tuhan memperlihatkan saya keadaan yang berbeza. Situasi yang berbeza. Keadaan yang menyedihkan dan sungguh malang.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Alkitab juga menyebut masa kesengseraan besar, sejurus selepas Pengangkatan itu. Dalam Matius 24: 21-22, Yesus berkata Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi. Dan sekiranya waktunya tidak dipersingkat, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan waktu itu akan dipersingkat. Ini dikenali sebagai Masa Tribulasi (kesengsaraan besar)

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Kemudian, selepas itu Tuhan Yesus menunjukkan satu penglihatan kepada saya. Mereka ini adalah yang tertinggal (dari pengangkatan itu), saya percaya ramai diantaranya juga dari kalangan Kristian. Sebab itulah mereka lari, betul? Jika mereka bukan orang Kristian pasti mereka tidak akan lari. Tetapi Polis ada dimana-mana, ramai orang berada merata tempat, berlarian, ketakutan, panik, melarikan diri dengan kereta, boat, lari ke pergunungan, dan tidak tahu arah tujuan kemana mereka menyelamatkan diri, seolah-oleh mereka dikejar oleh sesuatu, atau raksaksa.. sangat menakutkan., dahsyat, pemandangan yang dahsyat. Dan selepas itu Tuhan Yesus berkata kepada saya bahawa penglihatan itu tidak ada apa-apa berbanding dengan apa yang akan terjadi sebenar di hari muka. Dan selepas itu, Dia berkata, semua orang ku akan diangkat, Syaitan akan mengambil-alih dunia ini dan memaksa setiap orang akan menerima nombor 666. Sesiapa yang menolak tanda ini akan dipancung atau dibunuh. Oleh itu sesiapa mereka mestilah tidak menerima tanda 666 sebaliknya menyerahkan jiwa mereka kepada Yesus dan mahu bersama-sama dengan Tuhan untuk selama-lamanya (Wahyu 20:4). Tetapi sesiapa mereka menerima tanda binatang 666 ini, akan dilontar ke dalam lautan api kekal siang dan malam, selama-lamanya (Wahyu 14:11). Oleh setiap individu harus ingat dan faham hal ini, dan ingat mereka yang menghadapi dipenggal kepala (kerana menolak tanda ini dan mahukan keselamatan kekal bersama Yesus) tidak akan semudah terus dibunuh, tetapi mereka akan menghadapi penyeksaan fizikal yang teruk sebelum mereka dipenggal kepala, sebab syaitan tidak mahu mereka menyerah sebegitu mudah. Oleh sesiapa yang mendengar mesej ini, tolonglah, jika kamu tidak ada hubungan rapat dengan Tuhan Yesus, sila berbuat sesuatu tentang keselamatan kamu. Juga sekiranya kamu tertinggal, jangan sekali-kali menerima tanda binatang Iblis 666 itu. Adalah lebih baik kamu menderita sebentar dan mendapat hidup kekal bersama Yesus daripada kamu akhirnya menderita selama-lamanya dibakar dalam lautan api selama-lamanya bersama dengan Iblis. Ambilah serius apa yang saya cakapkan ini.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Buku, Syurga Itu Nyata, baru-baru ini telah dialih bahasa kepada bahasa yang lain dan sedang diedar ke seluruh dunia. Terdapat versi MP3 bagi buku ini yang boleh dimuat-turun dari internet secara online(talian terus).

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Baiklah, buku ini sedang memberikan berkatnya. Buku yang terlaris dijual di peringkat antarabangsa. Tuhan memakai Dr. Yonggi Cho bagi buku ini dan dia telah mengalih bahasakannya dalam masa dua bulan sahaja, biasanya kerja begini mengambil masa sehingga enam, tujuh bulan. Akhirnya, pada masa buku ini dicetak dan telah dijual dengan hebatnya dan menjadi jualan yang tertinggi di sini. Tuhan Yang Maha Kuasa memakai Dr, Yonggi Cho cara yang luar biasa. Gerejanya kini mempunyai umat mencecah 800,000 orang, jadi Tuhan telah memakainya bagi buku ini, memilih dia bagi buku ini. Terpujilah Kau Tuhan, buku ini adalah buku dari Tuhan Yesus bagi Akhir Zaman. Tuhan Yesus mahu setiap umat Kristian membaca buku ini dan beritahu atau bersaksi kepada yang lain tentang buku ini seperti kebanyakan orang lakukan iaitu apabila mereka membeli satu buku, mereka membeli lagi sedozen,, mereka membeli lagi beratus-ratus, dan mereka berkata buku ini paling baik digunakan sebagai alat kesaksian selain Alkitab. Kemudian saya telah menerima begitu banyak E-mail sehingga saya tidak ada ruang saya sendiri. Terutamanya, ada saya menerima e-mail anak-anak kecil yang berumur sekitar 12, 13 tahun. Mereka beritahu mereka amat suka sekali tertarik dengan buku ini. Mereka mengasihi Yesus, mereka menyebut buku ini adalah Buku Tuhan Yesus. Ada yang berkata mereka terubah melalui buku ini. Ada yang berkata, “saya akan berhenti sekolah dan berbakti bagi Tuhan. Saya katakan janganlah berbuat demikian, janganlah berhenti belajar, kamu perlu berlajar, Tuhan mahukan kamu ada pendidikan. Begitulah saya beritahu kepada mereka. Tetapi apa sekalipun yang kamu lakukan, hendaklah kamu mengutamakan Tuhan dahulu, jelas saya kepada mereka. Mereka sungguh gembira apabila saya membalas e-mail mereka. Beribu-ribu peribadi telah terubah oleh buku ini kerana ini adalah buku dari Tuhan Yesus dan Dia telah memenuhi semua janjiNya bagi buku ini dari awal hingga akhir. Dia memberitahu saya, bahawa Dia akan menjaga segalanya dari awal hingga akhir. Sesiapa juga yang membaca buku ini dan mengetahui bahawa buku ini dari Yesus, akan mendapat perhatian dari Tuhan. Jadi, segala janji Tuhan bagi buku ini, Dia telah memenuhinya. Sekarang ini, yang masih belum selesai ialah pelayanan tarian saya. Dia melatih pelayanan tarian saya, tarian kudus, selama tiga tahun, kemudian saya menari di Gereja selama dua tahun. Sekarang hampir 3 ½ tahun, saya menunggu Tuhan. Menunggu adalah bebanan yang berat bagi melayani Tuhan. Untuk pengetahuan, saya telah menunggu selama 7 tahun sebelum Tuhan melancarkan buku ini. Kadang-kadang saya terfikir adakah mungkin Dia akan melancarkan bukuNya ini, tetapi lihatlah Dia telah menunaikan segala kata-kataNya.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Di akhir lawatannya di syurga, Yesus memberikan pesanan khas kepada Choo Thomas.

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Baiklah, berakhirnya lawatan itu selepas saya mengambil manuskrip buku itu, dan Dia membawa saya ke pantai di Bumi. Kami meluangkan masa beberapa jam di situ. Tuhan memberitahu saya yang Dia akan membawa saya ke sana setia hari Isnin. Sejak 27 Mei 1996 hari itu Dia tidak pernah gagal memenuhi janji membawa saya ke situ dalam keadaan tubuh saya yang terubah. Dia akan membangunkan saya beberapa minit selepas jam 12 pada pagi hari Isnin. Dia kemudian mengoncang tubuh saya selama 30 minit, betul-betul tepat 30 minit, tidak lebih dan kurang. Dia memperlihatkan hadirat tubuh nyatanya. Selepas itu roh tubuh ku dan roh tubuhnya pergi ke pantai. Dia berbicara dan saya mendengar. Kemudian saya bernyanyi, kemudian menari bersama roh tubuhku dan inilah masa yang amat mengembirakan dalam hidup saya ketika itu.

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Sebab Yesus mati di Kayu salib adalah dalam
Yohanes 3:16 - Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal

Oleh itu menurut dalam Roma 10:9 -Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan

------------------------SUARA CHOO THOMAS:-------------------------
Baiklah, Saya ada mendengar ramai yang berkata “siapa peduli selepas mati”, hee hee hee.  Kemudian saya jelaskan, "lebih baik kamu mengambil peduli keadaan selepas kamu mati. Jika kamu mati, kamu hanya pergi dua tempat sahaja, samada Syurga atau Neraka” Mereka berkata, “eeeehhh, apa peduli selepas saya mati. Mereka berkata seperti mereka tidak tahu apa-apa selepas mati. Saya katakan "lebih baik kamu mengambil peduli selepas kamu mati, kenapa? Walaupun kamu mati, tubuh kamu mati tetapi, Roh dan jiwa kamu tidak pernah mati. Sebab itulah kamu boleh ingat, rasa sakit, gembira, meriah, segalanya seperti ketika kamu masih hidup.." Tetapi mereka masih juga tidak percaya. Aaaah, mereka merasa marah kepada saya. Saya katakan, "Saya berharap suatu hari nanti kamu ingat apa yang saya katakan. Adakah kamu tahu siapa Yesus?” Mereka menjawab, "saya tahu Tuhan." Saya katakan,"baik, Yesus itulah Tuhan. Dialah Allah Bapa, Dialah, Yesus Roh Kudus dan dialah segala-galanya. Jika kamu kata kamu tidak kenal Yesus, tetapi kamu kenal Tuhan, yang tidak akan membawa kamu ke Syuga”. Saya cuma berkata tetapi mereka tidak mahu mendengar, kebanyakan daripada mereka. Oleh itu saya beritahu mereka, “baiklah, kamu tidak mempercayai saya sekarang, saya haraplah suatu hari nanti kamu akan percaya” Saya berkata dan berkata tetapi apakan daya, mereka tidak menerima pilihan keselamatan itu. Kamu tahu, saya berkata, “OK kamu tidak mahu menerima tawaran keselamatan ini tidak apa, tetapi suatu hari nanti, kamu akan menyedari bahawa semua umat Tuhan akan diangkat, kemudian kamu akan mengetahui apa yang telah saya katakan ini. Tetapi di sini, saya ingatkan kamu, apabila masa itu tiba, jangan sekali-kali kamu menerima tanda 666 itu. Jika kamu menerimanya, pastinya kamu akan dibakar di Neraka selama-lamanya. Jadi tolonglah, jangan sekali-kali menerima tanda 666 itu. Bolehkah kamu ingatkan ini?” Reaksinya ada mereka yang berkata OK. Saya telah memberitahu hal ini kepada ramai orang. Sesiapa yang belum pernah berdoa dalam doa keselamatan, saya ingin mendoakan anda. Sila ikut doa ini selepas saya. “Yesus, saya percaya Engkau adalah anak Tuhan yang telah mati bagi saya. Datanglah ke dalam hati ku dan menjadi Tuhan dan Juruselamat saya. Saya memohon Engkau mengampuni segala dosa dan membersihkan saya dengan darah Mu yang berkuasa, dan pimpinlah segala segi kehidupan saya dari sekarang sampai selamanya. Yesus, penuhi saya dengan Roh Kudus Mu dan kuasailah saya bagi kemuliaan Mu. Saya mahu berbakti kepada Mu Tuhan, mengasihi Mu, taat kepada Mu setiap masa kehidupan ku dan dapat mengubah kehidupan bagi hamba yang lain. Bapa, terima kasih kerana memilih saya sebagai anak Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, amen; halleluyah

Sesiapa yang berdoa bersama ini dengan saya, tolonglah pergi ke Gereja, dengarlah perkataan Tuhan dari Pastor-Pastor dan bacalah Alkitab setiap hari dan pelajari isinya. Berdoalah banyak kali dalam sehari dan jalinkan hubungan dengan Yesus. Terima kasih, Amen, Halleluyah

------------------------SUARA JURU ACARA:-------------------------
Bagi pihak dalam Pelayanan Choo Thomas, saya mengucapkan terima kasih kerana menonton kesaksian ini. Dalam “Syurga Itu Nyata” Yesus berkata bahawa Dia akan kembali bagi GerejaNya lebih awal dari kita sangkakan, oleh itu bersedialah dan berikan pujian spenuhnya kepada Dia.

(Tamat)

New Page 1

  Video Transcript in Other Languages