INJIL LUKAS


1932, 1971
Revised Edition


Untuk makluman lanjut berhubung dengan
bahagian Kitab Suci ini, sila hubungi:


Straight Path
Box 132
Bangkok 10501,
Thailand.


PENGENALAN


Dalam bahasa asal, "Injil" bermaksud "Berita Baik." Injil Lukas bukanlah kisah tentang Lukas, melainkan kisah tentang Isa. Isa ialah Berita Baik. Isa ialah Firman Allah. Manusia menghadapi kegelapan kerana terputusnya hubungan dengan Allah. Berita baik ialah bahawa Isa telah diutus untuk mengatasi masalah dosa dan kematian. Oleh itu, semua manusia kini dapat mendekati Allah melalui pengampunan dosa dalam Isa. Manusia tidak perlu terperangkap lagi kerana dosa atau takut akan kematian. Kasih dan pemeliharaan Allah bagi semua manusia telah dinyatakan kepada kita dalam peribadi Isa.

Dalam Kitab Suci, Injil Lukas merupakan salah satu daripada empat buah Injil. Setiap Injil diilhamkan dan dihasilkan oleh dorongan Roh Allah, masing-masing mengisahkan tentang Isa dengan penekanan yang tersendiri. Daripada empat penulis Injil, hanya Lukas sahaja yang bukan orang Yahudi. Barangkali fakta inilah yang menjelaskan kenapa Lukas menekankan keprihatinan Isa kepada semua kelompok manusia, termasuk kaum wanita, orang miskin dan bangsa asing. Orang yang biasa diketepikan oleh masyarakat masih tetap amat dikasihi Allah.

Edisi Injil Lukas ini telah diterjemahkan dengan cermat berasaskan salinan-salinan terbaik dari naskhah-naskhah manuskrip asal. Seperti semua terjemahan yang lain, versi Injil Lukas ini bertujuan untuk menyampaikan makna teks asal dalam bahasa pembacanya. Edisi khas ini telah disediakan untuk semua orang Malaysia dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia. Gayanya selaras dengan terjemahan-terjemahan Kitab Suci dalam bahasa Melayu klasik yang lebih mengutamakan istilah bahasa Arab daripada bahasa Latin yang diamalkan oleh pihak lain.

Adalah dengan rendah hati dan iman kami persembahkan terjemahan ini kepada Allah, semoga kesemua orang yang membacanya akan menemui sukacita yang Allah berikan dalam Isa serta kehidupan yang mendatangkan pujian kepada-Nya. Inilah pengalaman orang-orang yang percaya 2000 tahun dahulu dan masih juga pengalaman semua orang yang mencari-Nya pada hari ini.


Sidang Penerbitan


Perhatian: Injil Lukas ini diterbit di laman web ini dengan keizinan sidang penerbitnya. Sila hantarkan sebarang pertanyaan berhubung dengan Injil Lukas ini kepada mereka di alamat yang telahpun diberi di atas.