Khutbah Yahya Pembaptis
3 Pada tahun yang kelima belas Kaisar Tiberius memerintah; Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Judea, Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Filipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis, Lisanias menjadi raja Abilene 2 dan Hanas serta Kayafas menjadi imam agung, firman Allah disampaikan kepada Yahya bin Zakaria di padang gurun. 3 Lalu Yahya pergi ke seluruh daerah Sungai Jordan mengkhabarkan suatu pembaptisan untuk menandakan pertaubatan yang membawa pengampunan dosa, 4 seperti yang tertulis dalam kitab Nabi Yesaya:
7 Yahya berkata kepada orang ramai yang berkerumun untuk dibaptiskannya, "Orang jahat, siapakah yang mengajar kamu lari daripada murka Allah yang akan datang? 8 Kamu hendaklah membuktikan perubahan hatimu dengan melaksanakan perbuatan yang baik, dan jangan mula berkata sesama sendiri, Ibrahimlah bapa kita, kerana aku berkata kepadamu bahawa Allah berkuasa menjadikan anak-anak bagi Ibrahim daripada batu-batu ini. 9 Kapak telah sedia terletak pada akar pokok kayu. Jadi, setiap pokok kayu yang tidak mengeluarkan buah yang baik akan ditebang dan dibuangkan ke dalam api."
10 Orang ramai itu bertanya kepada Yahya, "Jadi, apakah harus kami buat?" 11 Dia menjawab, "Sesiapa yang mempunyai dua helai baju hendaklah memberi kepada orang yang tidak mempunyai baju, dan sesiapa yang mempunyai makanan hendaklah berkongsi dengan orang yang memerlukannya." 12 Ada pemungut cukai datang untuk dibaptiskan lalu bertanya kepada Yahya, "Guru, apakah harus kami buat?" 13 Yahya berkata kepada mereka, "Jangan minta orang membayar lebih daripada apa yang ditetapkan." 14 Ada askar bertanya kepadanya, "Bagaimanakah dengan kami? Apakah harus kami buat?" Yahya berkata kepada mereka, "Jangan aniaya orang dan jangan rampas harta benda atau ajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gajimu."
15 Orang ramai menanti-nanti dengan penuh harapan dan mereka tertanya-tanya dalam hati tentang Yahya kalau-kalau dialah Al Masih itu. 16 Yahya berkata kepada mereka, "Aku ini membaptiskan kamu dengan air tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang. Aku ini tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dialah yang akan membaptiskan kamu dengan Roh Suci dan api. 17 Nyiru ada di dalam tangan-Nya untuk menampi bijirin dan mengumpulkannya di dalam rengkiang tetapi sekam akan dibakar-Nya dalam api yang tidak dapat dipadamkan."
18 Yahya menasihati orang dengan pelbagai cara semasa dia menyampaikan perkhabaran yang baik kepada mereka. 19 Yahya telah menegur Raja Herodes tentang perkahwinannya dengan Herodias, isteri saudara tirinya, dan tentang segala kejahatan yang dilakukannya. 20 Kemudian, Raja Herodes melakukan dosa yang lebih dahsyat dengan memenjarakan Yahya.
Pembaptisan Isa
21 Setelah semua orang dibaptiskan, Isa pun dibaptiskan. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, 22 Roh Suci bagai burung merpati turun ke atas-Nya. Kedengaran suara dari langit yang berkata, "Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan."
Nenek moyang Isa
23 Isa berusia lebih kurang tiga puluh tahun pada masa Dia memulakan tugas-Nya. Pada sangkaan orang, Dia anak kepada Yusuf, anak Eli, 24 anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf, 25 anak Matica, anak Amos, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai, 26 anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda, 27 anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel,anak Sealtiel, anak Neri, 28 anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er, 29 anak Yosua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi, 30 anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Eliakim, 31 anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud, 32 anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason, 33 anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, 34 anak Yakub, anak Ishak, anak Ibrahim, anak Terah, anak Nahor, 35 anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Selah, 36 anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lemekh, 37 anak Metuselah, anak Henokh, anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan, 38 anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah.