INJIL LUKAS
Pendahuluan
1 Kepada Teofilus yang dimuliakan,
Banyak orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengisahkan
peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan kita. 2 Mereka telah
mencatat apa yang telah diberitahu kepada kita oleh mereka yang
menyaksikan peristiwa-peristiwa ini daripada mulanya dan telah
mengisytiharkan perkhabaran itu. 3
Oleh itu, Teofilus, kerana saya telah mengkaji perkara-perkara
ini daripada mulanya, saya berfikir eloklah saya mengarang
ceritanya dengan teratur untuk Tuan. 4
Saya berbuat demikian supaya Tuan akan mengetahui kebenaran yang
sepenuhnya tentang perkara-perkara yang telah diajarkan kepada
Tuan.
Kelahiran Yahya Pembaptis diisytiharkan
5 Pada zaman Herodes, raja negeri Judea, ada seorang imam yang bernama Zakaria. Dia terdiri daripada golongan Abia. Isterinya bernama Ashba, juga daripada keturunan Harun. 6 Kedua-duanya taat kepada Allah, dan menurut segala perintah serta hukum Tuhan dengan sepenuhnya. 7 Tetapi mereka itu tidak mempunyai anak kerana Ashba mandul, dan kedua-duanya pun telah lanjut usia.
8 Pada suatu hari Zakaria melaksanakan tugasnya sebagai imam di hadapan Allah menurut peraturan gilirannya, 9 Mengikut peraturan keimaman, dia diundi masuk ke dalam Bait Suci untuk membakar istanggi. 10 Orang ramai berhimpun di luar untuk bersembahyang pada waktu istanggi dibakar. 11 Kelihatanlah kepada Zakaria, malaikat Tuhan berdiri di sebelah kanan tempat pembakar istanggi itu. 12 Hati Zakaria berdebar apabila melihatnya dan dia berasa amat takut. 13 Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, hai Zakaria, kerana permohonanmu telah dikabulkan. Isterimu Ashba akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Kamu hendaklah menamainya Yahya. 14 Kamu akan bergembira dan bersukacita apabila dia dilahirkan. Begitu juga banyak orang yang lain 15 kerana dia akan menjadi mulia di sisi Tuhan. Dia tidak akan minum air anggur atau minuman keras kerana dia akan dipenuhi dengan Roh Suci sejak dari rahim ibunya. 16 Dia akan mengembalikan banyak orang Israel kepada Allah, Tuhan mereka, 17 dan dia akan menjadi utusan Allah yang kuat serta berkuasa seperti nabi Ilyas. Dia juga akan mendamaikan bapa dengan anak dan mengembalikan orang yang tidak taat ke jalan orang benar, serta menyediakan suatu kaum yang bersiap sedia bagi Tuhan."
18 Zakaria berkata kepada malaikat itu, "Bagaimanakah saya mengetahui perkara ini akan berlaku? Kerana saya telah tua dan isteri saya pun telah lanjut usianya." 19 Malaikat itu menjawab lagi, "Aku ini Jibrail yang berdiri di hadirat Allah. Aku telah diutuskan untuk menyampaikan perkhabaran yang baik ini kepadamu. 20 Ingatlah, oleh sebab engkau tidak mempercayai kata-kataku ini yang akan berlaku pada masanya, engkau akan menjadi kelu dan tidak boleh bertutur sehingga pada hari semua perkara ini berlaku."
21 Sementara itu, orang yang berhimpun itu ternanti-nanti akan Zakaria; mereka sangat hairan kerana dia begitu lama di dalam Bait Suci. 22 Apabila dia keluar, dia tidak dapat bertutur kepada mereka. Lalu mereka menyedari Zakaria telah nampak suatu penglihatan di dalam Bait Suci. Oleh sebab dia tidak dapat bertutur, dia menggunakan isyarat dengan tangannya.
23 Setelah tamat masa perkhidmatannya, Zakaria kembali ke rumahnya. 24 Kemudian, Ashba, isterinya pun hamil lalu dia tidak meninggalkan rumahnya selama lima bulan. Dia berkata, 25 "Akhirnya, Tuhan telah menolongku. Dia menebus kehinaanku di kalangan masyarakat."
Kelahiran Isa diisytiharkan
26 Enam bulan kemudian, malaikat Jibrail diutus oleh Allah ke Nasaret, sebuah kota, di jajahan Galilea, 27 kepada seorang anak dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf daripada keturunan Daud. Nama anak dara itu ialah Maryam. 28 Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, "Salam kepadamu yang dirahmati! Tuhan bersama-sama denganmu!" 29 Hati Maryam berdebar-debar mendengar kata-kata itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut. 30 Seterusnya, malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, hai Maryam, kerana engkau telah beroleh rahmat Allah. 31 Engkau akan hamil lalu melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. 32 Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. 33 Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaannya berkekalan."
34 Lalu Maryam berkata kepada malaikat itu, "Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, kerana saya masih dara?" 35 Malaikat itu menjawab, "Roh Suci akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungi engkau. Oleh sebab itu, Anak Suci yang dilahirkan itu akan digelar Anak Allah. 36 Tambahan pula, saudaramu Ashba yang dahulu dikatakan mandul pun telah hamil enam bulan walaupun dia sudah tua. 37 Sebab bagi Allah tidak ada yang mustahil" 38 Maryam berkata, "Aku ini hamba Tuhan. Biarlah jadi kepada aku mengikut kata-katamu itu." Lalu malaikat pun meninggalkannya.
Maryam Melawat Ashba
39 Tidak lama kemudian, Maryam pergi menuju ke sebuah kota di jajahan Judea di kawasan pergunungan. 40 Dia masuk ke dalam rumah Zakaria dan memberikan salam kepada Ashba. 41 Apabila Ashba mendengar salam Maryam, anak dalam kandungannya bergerak dan Ashba diilhamkan dengan Roh Suci. 42 Dia berseru, "Berbahagialah engkau antara kaum perempuan, dan berbahagialah juga kandunganmu itu. 43 Siapakah aku ini sehingga ibu Rabbiku datang kepadaku? 44 Apabila kudengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak-gerak dengan kesukaan. 45 Berbahagialah engkau kerana mempercayai apa yang dikatakan kepadamu daripada Tuhan akan berlaku."
Nyanyian Pujian Maryam
46 Maryam berkata,
56 Maryam tinggal bersama-sama dengan Ashba selama tiga bulan. Selepas itu, dia pulang ke rumahnya.
Kelahiran Yahya Pembaptis
57 Tibalah masanya untuk Ashba bersalin dan dia melahirkan seorang anak lelaki. 58 Apabila jiran tetangga dan saudara-maranya mendengar bahawa Tuhan telah melimpahkan rahmat kepadanya, mereka turut bersukacita bersama-sama dengannya.
59 Pada hari yang kelapan, mereka datang untuk menyunatkan bayi itu. Mereka mahu menamainya Zakaria seperti nama bapanya. 60 Tetapi ibunya berkata, "Tidak! Namanya ialah Yahya." 61 Mereka berkata kepada Ashba, "Tiada seorang pun daripada kaum keluargamu yang bernama sedemikian." 62 Lalu mereka bertanya kepada bapanya dengan menggunakan isyarat nama yang hendak diberikan kepada anaknya itu. 63 Dia meminta papan tulis lalu menulis demikian, "Yahyalah namanya." Semuanya kehairanan. 64 Pada ketika itu juga, Zakaria dapat bertutur dan dia memuji Allah. 65 Semua jirannya sangat takut dan segala perkara ini tersebar ke seluruh jajahan Judea. 66 Semua orang yang mendengarnya berkata dalam hati masing-masing, "Bagaimanakah gerangan halnya anak ini kelak?" Jelaslah bahawa kuasa Tuhan bersama-sama dengannya.
Ramalan Zakaria
67 Bapanya, Zakaria, diilhamkan oleh Roh Suci lalu berkata,
80
Anak itu semakin hari semakin besar dan bertambah kuat dari segi
kerohaniannya. Dia tinggal di padang gurun sehingga dia muncul di
khalayak bangsa Israel.