Pelbagai pertanyaan Alkitab
Soalan: Siapakah 12 murid /rasul-rasul Yesus Kristus?
Jawapan:
Istilah ?murid? merujuk kepada seorang pelajar atau pengikut. Istilah ?rasul? merujuk kepada seorang yang ?diutus keluar?. Sewaktu Yesus berada di atas bumi dua belas orang pengikut-Nya disebut sebagai murid-murid. Mereka telah mengikuti Yesus, belajar daripada-Nya dan dilatih oleh-Nya. Selepas kebangkitan dan pengangkatan-Nya, Yesus telah mengutus mereka untuk menjadi saksi-saksi-Nya(Matius 28: 18-20; Kisah 1:8). Mereka kemudiannya disebut sebagai dua belas orang rasul-rasul. Bagaimanapun sewaktu Yesus masih berada di atas bumi, penggunaan istilah ?murid-murid? dan ?rasul-rasul? itu saling bertukarganti. Dua belas murid/rasul disenaraikan dalam Matius 10: 2-4, ?Inilah nama kedua belas rasul itu: Pertama Simon yang disebut Petrus dan Andreas saudaranya, dan Yakobus anak Zebedeus dan Yohanes saudaranya, Filipus dan Bartolomeus, Tomas dan Matius pemungut cukai, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon orang Zelot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia.? Dalam Markus 3: 16-19 dan Lukas 6: 13-16 juga terdapat senarai murid/rasul. Perbandingan daripada senarai-senarai ini akan memperlihatkan beberapa perbezaan dalam senarai nama yang diberikan. Nampaknya Tadeus juga dikenali sebagai ?Yudas anak Yakobus? (Lukas 6:16). Yudas yang mengkhianati Yesus telah digantikan oleh Matias (Kisah Para Rasul 1: 20-26). Beberapa pengajar Alkitab melihat Matias sebagai rasul "tidak sah" dan mempercayai bahawa Paulus adalah pilihan Allah untuk menggantikan Yudas Iskariot sebagai rasul kedua belas.
Kedua belas murid/rasul adalah orang biasa yang Tuhan telah gunakan dalam cara yang luar biasa. Dua belas orang ini terdiri daripada nelayan, seorang pemungut cukai dan seorang yang berjiwa revolusi. Kitab-kitab Injil terus-menerus merakamkan kegagalan, perjuangan dan keragu-raguan dua belas orang yang telah mengikuti Yesus Kristus ini. Selepas menyaksikan kebangkitan Yesus dan kenaikan-Nya ke syurga, Roh Kudus telah mengubah mereka menjadi hamba-hamba Tuhan yang berkuasa dan telah memutarbalikkan dunia(Kisah 17:6). Apakah yang telah menyebabkan perubahan itu? Murid/rasul telah ?bersama-sama dengan Yesus? (Kisah 4:13). Semoga perkara yang sama dapat dikatakan orang tentang kita juga!
Soalan: Apakah ada yang disebut sebagai kebenaran mutlak/ kebenaran sejagat?
Jawapan:
Untuk memahami kebenaran mutlak atau kebenaran sejagat, kita harus mulai dengan mendefinisikan kebenaran. Menurut kamus, kebenaran adalah ?kesesuaian dengan fakta atau kenyataan; sebuah pernyataan yang terbukti atau diterima sebagai benar.? Sesetengah orang akan mengatakan bahawa tidak ada realiti yang sejati, hanya persepsi dan pendapat. Orang lain pula berpendapat bahawa pasti ada realiti atau kebenaran mutlak.
Salah satu pandangan berkata tidak ada kebenaran mutlak yang dapat mentakrifkan realiti. Mereka yang memegang pandangan ini percaya bahawa segala sesuatu adalah relatif kepada sesuatu yang lain dan dengan demikian tidak akan ada realiti sebenar. Kerana itu, akhirnya tidak ada kemutlakan moral, tidak ada kuasa untuk memutuskan apakah suatu tindakan itu positif atau negatif, benar atau salah. Pandangan ini mengarah kepada "etika situasi" iaitu kepercayaan bahawa apa yang benar atau salah adalah relatif kepada situasi. Kerana itu tidak ada benar atau salah, apa pun yang terasa atau kelihatan benar pada masa itu dalam situasi yang benar. Tentu saja, etika situasi membawa kepada penilaian subjektif, mentaliti dan gaya hidup "apa pun terasa baik" yang mengakibatkan banyak kesan buruk terhadap masyarakat dan individu. Ini adalah postmodernisme, ia mencipta sebuah masyarakat yang menganggap semua nilai, keyakinan, gaya hidup dan tuntutan kebenaran adalah sama-sama sah.
Pandangan lain mengatakan bahawa memang ada realiti mutlak dan piawaian yang mendefinisikan apa yang benar dan apa yang tidak. Oleh kerana itu, tindakan untuk menentukan samada benar atau salah boleh dilakukan dengan ukuran piawaian mutlak yang ada. Jika tidak ada yang mutlak, tidak ada realiti, maka kekacauan akan berlaku. Misalnya, hukum graviti. Kalau ianya bukan suatu yang mutlak, kita tidak yakin boleh berdiri atau duduk di satu tempat sehingga kita memutuskan untuk bergerak. Atau jika dua ditambah dua tidak selalu bersamaan dengan empat, bencana akan berlaku ke atas tamadun dunia. Sains dan hukum-hukum fizik akan menjadi tidak relevan dan perdagangan tidak mungkin dapat dijalankan. Keadaan kacau-bilau akan berlaku! Syukurlah, dua ditambah dua bersamaan dengan empat. Ada kebenaran mutlak dan ianya boleh ditemui dan difahami.
Sama sekali tidak logik untuk membuat kenyataan bahawa tidak ada kebenaran mutlak. Namun, pada hari ini, ramai orang memeluk relativisme budaya yang menolak semua jenis kebenaran mutlak. Soalan yang baik untuk ditanya terhadap orang-orang yang berkata, "Tidak ada kebenaran mutlak" adalah ini: ?Adakah anda benar-benar yakin dengan itu?? Sekiranya mereka menjawab ?ya?, mereka telah membuat satu kenyataan mutlak ? yang mana jawaban mereka sendiri mengatakan bahawa memang wujud perkara yang mutlak. Kenyataan yang mereka katakan bahawa tidak ada kebenaran mutlak merupakan satu-satunya kebenaran mutlak.
Di samping masalah pertentangan-sendiri, ada beberapa masalah logik yang harus diatasi seseorang yang mahu mempercayai bahawa tidak ada kebenaran mutlak. Salah satu daripadanya adalah semua manusia mempunyai pengetahuan dan fikiran yang terhad dan oleh sebab itu secara logik manusia tidak boleh membuat kenyataan-kenyataan negatif yang mutlak. Secara logik seseorang tidak boleh mengatakan, "Tidak ada Tuhan" (walaupun ramai berbuat demikian), kerana dalam rangka untuk membuat kenyataan seperti itu, ia perlu mempunyai pengetahuan mutlak seluruh alam semesta dari awal hingga akhir. Memandangkan itu tidak mungkin berlaku, kenyataan yang paling masuk akal dapat dikatakan sesiapapun juga adalah "Dengan keterbatasan pengetahuan yang saya miliki, saya tidak percaya ada Tuhan."
Masalah lain dengan penyangkalan terhadap kebenaran mutlak adalah kegagalan untuk hidup sesuai dengan apa yang kita ketahui sebagai benar dalam hati nurani, dalam pengalaman dan dalam apa yang kita lihat di dunia nyata. Jika tidak ada kebenaran mutlak, maka pada akhirnya tidak ada yang benar atau salah tentang apa pun. Apa yang mungkin "benar" bagi anda tidak bererti itu "benar" juga bagi saya. Manakala pada permukaan relativisme ini kelihatan menarik, maksudnya adalah setiap orang menetapkan peraturan sendiri untuk hidup mengikut dan melakukan apa yang difikirnya benar. Tanpa dapat dielakkan pendirian tentang apa yang benar milik seseorang pasti akan bertembung dengan pendirian orang lain. Apakah yang akan berlaku sekiranya ?benar? bagi saya untuk tidak memperdulikan lampu isyarat jalanraya walaupun ianya berwarna merah? Saya akan meletakkan banyak nyawa dalam bahaya. Atau saya mungkin berpikir mencuri dari anda itu betul dan anda berpikir itu salah. Jelas, tanpa piawaian tentang benar dan salah kita akan berada dalam keadaan konflik. Jika tidak ada kebenaran mutlak, tidak ada piwaian tentang benar dan salah yang kepadanya kita semua perlu bertanggungjawab, maka kita tidak akan dapat diyakinkan tentang apa pun. Orang akan bebas melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan seperti pembunuhan, memperkosa, mencuri, berbohong, menipu dan tidak ada seorang pun dapat mengatakan perkara-perkara ini sebagai suatu kesalahan. Kita tidak dapat mempunyai kerajaan, tidak ada undang-undang, tidak ada keadilan, kerana tidak ada seorang pun yang dapat mengatakan bahawa pihak majoriti mempunyai hak untuk membuat dan menegakkan piawaian-piawaian ke atas pihak minoriti. Sebuah dunia tanpa kemutlakan akan menjadi dunia yang paling mengerikan.
Dari sudut pandangan rohani, relativisme ini akan mengakibatkan kebingungan agama, di mana tidak akan ada satu pun agama yang benar dan tidak ada cara untuk mempunyai hubungan yang benar dengan Tuhan. Oleh kerana itu semua agama adalah salah kerana membuat tuntutan mutlak tentang akhirat. Bukan perkara luarbiasa pada hari ini bagi orang-orang untuk percaya kepada dua agama bertentangan sebagai sama-sama "benar", walaupun kedua-dua agama mendakwa mempunyai satu-satunya jalan ke syurga atau mengajarkan dua "kebenaran" yang saling bertentangan. Orang-orang yang tidak percaya pada kebenaran mutlak mengabaikan tuntutan tersebut dan memeluk universalisme yang lebih bertolak-ansur dan mengajar bahawa semua agama adalah sama dan semua jalan menuju ke syurga. Orang yang menganuti pandangan dunia ini dengan keras menentang orang Kristian Injili yang percaya pada Alkitab yang berkata Yesus adalah "jalan, dan kebenaran, dan hidup" dan bahawa Dia merupakan penyataan kebenaran yang tertinggi dan satu-satunya Jalan bagi seseorang untuk dapat masuk ke syurga (Yohanes 14:6).
Toleransi telah menjadi salah satu nilai murni masyarakat postmodern yang mutlak dan kerananya sikap tidak bertoleransi adalah satu-satunya kejahatan. Setiap dogmatis terutama sekali keyakinan terhadap kebenaran mutlak dipandang sebagai tidak bertoleransi dan itu merupakan dosa terbesar. Mereka yang menolak kebenaran mutlak akan sering berkata anda berhak mempercayai apa yang anda ingin percaya, selagi tidak berusaha memaksa kepercayaan anda ke atas orang lain. Tapi pandangan ini sendiri merupakan sebuah keyakinan mutlak tentang apa yang benar dan salah dan mereka yang memegang pandangan ini jelas sekali mencuba untuk memaksakan pandangan itu ke atas orang lain. Mereka menubuhkan sebuah piawaian perilaku yang mereka tuntut supaya diikuti orang lain, dengan demikian melanggar perkara yang sangat mereka tegakkan.Ini merupakan satu lagi kedudukan yang bertentangan. Mereka yang memegang keyakinan tersebut tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Jika ada kebenaran mutlak, maka ada piawaian mutlak tentang benar dan salah. Oleh sebab itu kita bertanggungjawab terhadap piawaian-piawaian tersebut. Pertanggungjawaban ini merupakan perkara sebenar yang ditolak oleh mereka yang menolak kebenaran mutlak.
Penolakan kebenaran mutlak dan relativisme budaya yang terhasil olehnya merupakan keputusan logik dari sebuah masyarakat yang telah menerima teori evolusi sebagai penjelasan untuk asal usul kehidupan ini. Jika evolusi naturalistik itu benar, maka kehidupan tidak bermakna, kita tidak bertujuan dan tidak ada kebenaran atau kesalahan mutlak. Manusia kemudian bebas untuk hidup sesuka hati dan tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun untuk tindakannya. Namun, tidak kira berapa ramai orang-orang berdosa menyangkal kewujudan Allah dan kebenaran mutlak, suatu hari nanti mereka masih akan berdiri di hadapan-Nya dalam penghakiman. Alkitab berkata ?Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka. Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih. Sebab sekalipun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakan Dia sebagai Allah atau mengucap syukur kepada-Nya. Sebaliknya pikiran mereka menjadi sia-sia dan hati mereka yang bodoh menjadi gelap. Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh? (Roma 1:19-22).
Adakah terdapat bukti untuk wujudnya kebenaran mutlak? Ya. Pertama terdapat hati nurani manusia, iaitu ?sesuatu? kepastian di dalam kita yang berkata dunia ini seharusnya berada dalam keadaan tertentu dan memberitahu kita beberapa perkara sebagai benar dan dan beberapa perkara sebagai salah. Hati nurani kita memberitahu bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul dengan penderitaan, kelaparan, pemerkosaan,kesakitan dan kejahatan. Hati nurani membuatkan kita menyedari tentang cinta, kemurahan, belas kasihan dan kedamaian yang merupakan hal-hal positif yang kita harus usahakan. Hal ini berlaku di seluruh dunia dalam semua budaya di sepanjang waktu. Alkitab menjelaskan peranan hati nurani manusia dalam Roma 2:14-16: ?Apabila bangsa-bangsa lain yang tidak memiliki hukum Taurat oleh dorongan diri sendiri melakukan apa yang dituntut hukum Taurat, maka, walaupun mereka tidak memiliki hukum Taurat, mereka menjadi hukum Taurat bagi diri mereka sendiri.Sebab dengan itu mereka menunjukkan, bahwa isi hukum Taurat ada tertulis di dalam hati mereka dan suara hati mereka turut bersaksi dan pikiran mereka saling menuduh atau saling membela.Hal itu akan nampak pada hari, bilamana Allah, sesuai dengan Injil yang kuberitakan, akan menghakimi segala sesuatu yang tersembunyi dalam hati manusia, oleh Kristus Yesus.?
Bukti kedua untuk kewujudan kebenaran mutlak adalah ilmu sains. Ilmu sains adalah usaha mengejar pengetahuan, iaitu pengajian tentang apa yang kita ketahui dan berusaha untuk mengetahui lebih banyak lagi. Oleh kerana itu, semua kajian saintifik perlu didasarkan pada keyakinan bahawa ada realiti objektif yang ada di dunia dan kenyataan ini boleh ditemui dan dibuktikan. Tanpa kemutlakan, apakah yang ada untuk dipelajari? Bagaimanakah kita boleh tahu bahawa penemuan-penemuan ilmu pengetahuan adalah nyata? Bahkan, hukum-hukum sains sangat didasarkan pada wujudnya kebenaran mutlak.
Bukti ketiga kewujudan kebenaran mutlak adalah agama. Semua agama di dunia berusaha untuk memberi makna dan definisi hidup. Mereka lahir dari keinginan manusia untuk sesuatu yang lebih daripada kewujudan yang sederhana ini. Melalui agama, manusia mencari Tuhan, harapan untuk masa depan, pengampunan dosa, keamanan di tengah-tengah perjuangan dan jawapan ke atas soalan-soalan kita yang terdalam. Agama adalah bukti bahawa manusia lebih daripada sekadar haiwan yang tinggi perkembangan evolusinya. Ia adalah bukti untuk tujuan hidup yang lebih tinggi dan adanya Pencipta yang bertujuan dan yang telah menanamkan dalam diri manusia keinginan untuk mengenal Dia. Jikalau memang ada Pencipta, maka Dia menjadi piawaian bagi kebenaran mutlak dan kuasa-Nya telah menetapkan kebenaran itu.
Mujurlah, ada Pencipta dan Dia telah menyatakan kebenaran-Nya kepada kita melalui FirmanNya, iaitu Alkitab. Kita dapat mengetahui kebenaran mutlak hanya melalui hubungan peribadi dengan Dia yang mengaku sebagai Kebenaran iaitu Yesus Kristus. Yesus mengaku sebagai satu-satunya jalan, kebenaran dan hidup dan tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Tuhan kalau bukan melalui Dia (Yohanes 14: 6). Fakta bahawa kebenaran mutlak memang wujud mengarahkan kita kepada kebenaran bahawa ada Allah yang berdaulat Pencipta langit dan bumi dan yang telah menyatakan diri-Nya kepada kita, supaya kita dapat mengenal Dia secara peribadi melalui Anak-Nya Yesus Kristus. Inilah kebenaran yang mutlak.
Soalan: Apakah Sepuluh Hukum itu?
Jawapan:
Sepuluh Hukum adalah sepuluh hukum dalam Alkitab yang diberikan Allah kepada bangsa Israel tidak lama selepas mereka keluar dari Mesir. Sepuluh Hukum pada dasarnya merupakan ringkasan daripada 613 perintah-perintah yang terkandung dalam Perjanjian Lama. Empat perintah yang pertama bercakap tentang hubungan kita dengan Allah. Enam perintah yang menyusuli bercakap tentang hubungan kita dengan satu sama lain. Sepuluh Hukum Allah tercatat dalam Alkitab di Keluaran 20:1-17 dan Ulangan 5:6-21 dan senarainya adalah seperti berikut:
1) ?Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.? Perintah ini menentang penyembahan tuhan lain selain Allah yang sejati. Semua allah yang lain adalah palsu.
2) ?Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi.Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku,tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku.? Perintah ini menentang pembuatan patung yang digunakan untuk menggambarkan Allah. Tidak ada gambar dapat dibentuk manusia yang dengan tepat menggambarkan Allah. Membuat patung untuk mewakili Allah adalah penyembahan dewa palsu.
3) ?Jangan menyebut nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan, sebab TUHAN akan memandang bersalah orang yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.? Ini adalah larangan terhadap penggunaan nama Allah dengan sembarangan. Kita tidak boleh mengambil ringan nama Allah. Kita harus menunjukkan rasa hormat kita kepada Allah apabila menyebut nama-Nya.
4) ?Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat:enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu,tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu.Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.? Ini merupakan arahan untuk mengesampingkan Sabat (Sabtu, hari terakhir dalam seminggu) sebagai hari istirahat yang didedikasikan untuk Tuhan.
5) ?Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya lanjut umurmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.? Ini adalah perintah untuk sentiasa memperlakukan orang tua dengan hormat dan penghargaan.
6) ?Jangan membunuh.? Ini adalah larangan terhadap pembunuhan yang terancang terhadap sesama manusia.
7) ?Jangan berzina.? Ini adalah larangan terhadap hubungan seks dengan orang lain selain pasangan hidup sendiri.
8) ?Jangan mencuri.? Ini adalah larangan terhadap mengambil sesuatu yang bukan milik sendiri iaitu tanpa izin daripada pemiliknya.
9) ?Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu.? Ini adalah larangan terhadap memberi kesaksian palsu terhadap orang lain. Ini pada dasarnya adalah perintah supaya jangan berbohong.
10) ?Jangan mengingini rumah sesamamu; jangan mengingini isterinya, atau hambanya laki-laki, atau hambanya perempuan, atau lembunya atau keledainya, atau apa pun yang dipunyai sesamam.? Ini adalah larangan terhadap menginginkan sesuatu yang bukan milik sendiri. Mengingini boleh menyebabkan seseorang melanggar salah satu daripada larangan-larangan yang disenaraikan di atas: membunuh, berzina, dan mencuri. Jikalau salah untuk melakukan sesuatu perkara, ianya salah juga untuk ingin melakukan perbuatan salah itu.
Ramai orang keliru terhadap Sepuluh Hukum. Mereka melihat Sepuluh Hukum sebagai satu senarai peraturan yang sekiranya dipatuhi, akan mempastikan kemasukan mereka ke dalam syurga selepas kematian. Sebaliknya, tujuan Sepuluh Hukum Allah adalah untuk menyedarkan orang tentang ketidakmampuan mereka dalam mematuhi hukum Allah itu dengan sempurna (Roma7:7-11), dan oleh sebab itu semua manusia memerlukan belas kasihan dan rahmat Allah. Walaupun ada pengakuan seorang pemuda yang kaya dalam Matius 19:16, sebenarnya tidak ada yang dapat mematuhi Sepuluh Hukum dengan sempurna (Pengkhotbah 7:20). Sepuluh Hukum Allah menunjukkan bahawa kita semua sudah berdosa (Roma 3:23) dan kerana itu memerlukan kasih dan rahmat Allah yang hanya didapati melalui iman di dalam Yesus Kristus.
Soalan: Adakah Alkitab membenarkan perhambaan?
Jawapan:
Terdapat kecenderungan untuk melihat perhambaan sebagai suatu perkara di masa lampau. Tetapi sekarang ini dianggarkan ada lebih daripada 12 juta orang di dunia yang tertakluk kepada pelbagai bentuk perhambaan seperti kerja paksa, perniagaan seks, hamba sebagai harta yang diwariskan, dsb. Sebagai orang-orang yang telah dibebaskan dari perhambaan dosa, pengikut-pengikut Kristus harus berjuang untuk menghentikan perhambaan manusia yang ada di dalam dunia pada hari ini. Pertanyaan yang timbul adalah mengapa Alkitab tidak bercakap dengan tegas menentang perhambaan? Mengapakah Alkitab seolah-olah menyokong amalan perhambaan manusia?
Alkitab secara khusus tidak mengecam amalan perhambaan. Ia memberikan garispanduan layanan yang patut diberikan kepada hamba-hamba (Ulangan 15:12-15; Efesus 6:9; Kolose 4:1), tetapi tidak mengharamkan perhambaan sama sekali. Ramai melihat keadaan ini sebagai kebenaran Alkitab terhadap semua bentuk perhambaan. Apa yang gagal dimengerti oleh ramai orang adalah tentang sifat perhambaan dalam zaman Alkitab yang sangat jauh berbeza dengan amalan perhambaan yang diamalkan di beberapa bahagian dunia dalam beberapa abad kebelakangan ini. Perhambaan dalam Alkitab tidak didasarkan semata-mata pada bangsa. Orang-orang tidak diperhambakan berdasarkan kerakyatan atau warna kulit mereka. Dalam zaman Alkitab perhambaan lebih bersifat status sosial. Orang-orang menjual diri mereka sebagai hamba apabila mereka tidak dapat membayar hutang mereka atau mencari nafkah untuk menanggung keluarga mereka. Dalam zaman Perjanjian Baru kadangkala dokter,peguam dan ahli politik merupakan hamba-hamba kepada seseorang. Beberapa orang sebenarnya memilih untuk menjadi hamba supaya apa yang mereka perlukan dapat dipenuhi oleh tuan mereka.
Perhambaan dalam beberapa abad lampau sering berdasarkan pada warna kulit. Di Amerika Syarikat, ramai orang kulit hitam dianggap hamba kerana bangsa mereka.Ramai pemilik hamba benar-benar percaya orang berkulit hitam sebagai manusia yang lebih rendah. Alkitab dengan jelas sangat mengecam perhambaan berdasarkan perkauman. Pertimbangkan perhambaan yang dialami bangsa Ibrani ketika mereka berada di Mesir. Orang Ibrani menjadi hamba bukan kerana pilihan, tetapi kerana mereka berbangsa Ibrani (Keluaran 13:14). Tulah yang dicurahkan Allah di Mesir menunjukkan bagaimana perasaan Tuhan tentang perhambaan perkauman (Keluaran 7-11). Jadi Tuhan memang mengecam beberapa bentuk perhambaan. Pada masa yang sama Alkitab seperti membenarkan bentuk perhambaan yang lain. Isu penting yang perlu dilihat di sini adalah perhambaan yang dibenarkan Alkitab sama sekali tidak mirip dengan perhambaan perkauman yang melanda dunia kita dalam beberapa abad kebelakangan ini.
Sebagai tambahan, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kedua-duanya mengecam amalan ?mencuri-manusia? yang berlaku di Afrika dalam abad ke 19. Orang-orang Afrika dikumpul oleh pemburu-hamba, dijual kepada pedagang-hamba dan dibawa ke Dunia Baru untuk bekerja di lading-ladang dan penternakan. Amalan ini sangat menjijikkan di hadapan Allah. Bahkan, hukuman untuk jenayah semacam itu dalam Hukum Musa adalah maut : ?Siapa yang menculik seorang manusia, baik ia telah menjualnya, baik orang itu masih terdapat padanya, ia pasti dihukum mati.? (Keluaran 21:16) Demikian juga dalam Perjanjian Baru, penculik/penjual-hamba disenaraikan bersama mereka yang ?tidak kudus dan berdosa? dan diletakkan dalam kategori yang sama dengan mereka yang membunuh ibu atau ayah, pembunuh, penzina dan cabul serta penipu (1 Timotius 1:8-10).
Satu lagi perkara penting iaitu tujuan Alkitab adalah untuk menunjukkan jalan menuju keselamatan dan bukan hendak mereformasikan masyarakat. Alkitab sering mendekati isu-isu dari bahagian dalaman dan membawanya ke luar. Maksudnya ialah, jika seseorang mengalami kasih, rahmat dan kasih karunia Allah dengan menerima keselamatan, Allah akan mereformasi jiwanya, menukar cara orang itu berfikir dan bertindak. Seseorang yang telah mengalami keselamatan daripada Tuhan dan kebebasan dari perhambaan dosa dan Tuhan telah mereformasikan jiwanya akan mendapati bahawa memperhambakan seorang manusia yang lain adalah salah. Seseorang yang sungguh-sungguh telah mengalami kemurahan Tuhan akan berlaku murah hati juga terhadap orang lain. Itu akan menjadi resepi Alkitab untuk menamatkan perhambaan.
Soalan: Mengapakah Yahudi dan Arab/Muslim saling membenci?
Jawapan:
Pertama, penting sekali untuk memahami bahawa bukan semua orang Arab adalah Muslim dan bukan semua Muslim adalah orang Arab. Manakala sebahagian besar orang Arab adalah Muslim, ada ramai orang Arab yang bukan Muslim. Bahkan terdapat lebih ramai orang Muslim bukan berbangsa Arab di Indonesia dan Malaysia daripada orang Muslim berbangsa Arab. Kedua, penting untuk diingat bahawa tidak semua orang Arab membenci orang Yahudi, tidak semua Muslim membenci Yahudi dan tidak semua orang Yahudi membenci orang Arab dan Muslim. Kita harus berhati-hati untuk mengelak diri daripada menyamakan semua orang. Namun secara umum, orang-orang Arab dan Muslim tidak suka dan tidak mempercayai orang Yahudi dan begitu pula sebaliknya.
Jika ada penjelasan Alkitabiah yang jelas untuk keadaan ini, hal itu kembali jauh kepada Abraham. Orang-orang Yahudi merupakan keturunan Ishak, anak Abraham. Orang-orang Arab adalah keturunan Ismail, juga anak Abraham. Dengan Ismail anak kepada seorang hamba perempuan(Kejadian 16:1-16) dan Ishak sebagai anak perjanjian yang akan mewarisi berkat Abraham(Kejadian 21:1-3), jelas akan ada permusuhan di antara kedua-dua anak laki-laki itu. Akibat Ismail mengejek Ishak (Kejadian 21:9), Sarah telah menyuruh Abraham supaya menghantar Hagar dan Ismail pergi (Kejadian 21:11-21). Mungkin ini telah lebih lagi membuatkan Ismail merasa jijik terhadap Ishak. Seorang malaikat bernubuat kepada Hagar bahawa Ismail akan ?hidup dalam permusuhan terhadap semua saudara-saudaranya? (Kejadian 16:11-12).
Agama Islam, yang dianuti majoriti orang Arab, telah membuat permusuhan ini lebih mendalam. Dalam Quran, terdapat pertentangan dalam arahan-arahan yang diberikan kepada orang Muslim berhubung orang Yahudi. Di satu bahagian, Quran memerintahkan umat Islam untuk melayan orang-orang Yahudi sebagai saudara dan di bahagian yang lain pula Quran memerintahkan umat Islam untuk menyerang orang Yahudi yang enggan masuk Islam. Al-Quran juga memperkenalkan konflik mengenai yang mana satu di antara anak Abraham merupakan anak perjanjian. Kitab Suci Ibrani mengatakan bahawa anak perjanjian itu adalah Ishak. Quran mengatakan anak itu adalah Ismail. Quran mengatakan Ismail merupakan anak yang hampir dikorbankan oleh Abraham dan bukannya Ishak (bertentangan dengan Kejadian 22). Perdebatan tentang anak yang dijanjikan menyumbang kepada permusuhan sehingga pada hari ini.
Namun, akar kepahitan kuno di antara Ishak dan Ismail tidak menjelaskan semua permusuhan di antara orang Yahudi dan Arab pada hari ini. Bahkan, selama ribuan tahun sejarah Timur Tengah orang Yahudi dan orang Arab hidup dalam keadaan damai dan tidak berminat terhadap satu sama lain. Punca utama permusuhan ini mempunyai asal usul yang moden. Selepas Perang Dunia II, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi sebahagian daripada tanah Israel kepada orang Yahudi, tanah itu dihuni terutamanya oleh orang Arab (orang-orang Palestin). Kebanyakan orang Arab membantah dengan keras terhadap pendudukan bangsa Israel. Negara-negara Arab bersatu dan menyerang Israel dengan tujuan mengusir mereka keluar tetapi mereka telah dikalahkan. Sejak itu terdapat permusuhan yang sengit di antara Israel dan jiran-jiran Arabnya. Israel menduduki sebidang tanah kecil dikelilingi oleh negara-negara Arab yang jauh lebih besar seperti Jordan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Mesir. Pada pandangan kami dan secara Alkitabiah, Israel mempunyai hak untuk hidup sebagai bangsa di tanahnya sendiri yang telah diberikan Tuhan kepada keturunan Yakub, cucu Abraham. Pada masa yang sama, kami sangat percaya bahawa Israel perlu mencari perdamaian dan memaparkan rasa hormat terhadap para tetangganya iaitu negara-negara Arab. Mazmur 122:6 berkata , ?Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: "Biarlah orang-orang yang mencintaimu mendapat sentosa.?
Soalan: Adakah Alkitab merekodkan kematian rasul-rasul? Bagaimanakah setiap rasul meninggal dunia?
Jawapan:
Satu-satunya rasul yang kematiannya ditulis dalam Alkitab adalah Yakobus (Acts 12:2). Perintah Raja Herodes supaya ?membunuh Yakobus, saudara Yohanes, dengan pedang,? kemungkinan besar merujuk kepada hukuman pancung. Peristiwa kematian rasul-rasul yang lain kita dapati melalui tradisi gereja, jadi kita tidak boleh terlalu memberi penekanan terhadap salah satu daripada peristiwa yang lain ini. Tradisi gereja berhubung kematian rasul-rasul yang paling diterima adalah tentang kematian Rasul Petrus yang disalibkan terbalik pada sebuah salib berbentuk X di Rom sebagai penggenapan nubuatan Yesus (Yohanes 21:18). Berikut ini merupakan tradisi yang paling popular mengenai kematian para rasul yang lain:
Matius mati syahid di Habsyah. Dia terbunuh oleh luka pedang. Yohanes menghadapi mati syahid ketika ia direbus dalam kuali besar berisi minyak panas sewaktu gelombang penganiayaan yang besar sedang berlaku di Rom. Namun, secara ajaib dia telah terselamatkan dari kematian. Yohanes kemudian dihukum ke perlombongan di pulau penjara Patmos. Dia menulis kitab nubuatan Wahyu di sana. Rasul Yohanes kemudiannya dibebaskan dan kembali ke negara yang sekarang kita kenali sebagai Turki. Dia meninggal sebagai seorang yang lanjut umur, satu-satunya rasul yang telah mati secara damai.
Yakobus, saudara Yesus (bukan seorang rasul yang rasmi) adalah pemimpin gereja di Yerusalem.Ia telah dicampakkan dari sebelah tenggara puncak Bait Suci (lebih 100 kaki tingginya) apabila dia enggan menyangkal imannya dalam Kristus. Apabila musuh-musuhnya mendapati ia terselamat, mereka membunuhnya dengan pukulan-pukulan belantan. Puncak ini dikatakan puncak yang sama di mana Iblis telah menggoda Yesus .
Bartholomeus,yang juga dikenali sebagai Natanel, adalah mubaligh ke Asia. Dia bersaksi di negera yang sekarang dikenali sebagai Turki dan mati syahid setelah berkhutbah di Armenia. Dia telah dikuliti sampai mati dengan sebuah cambuk. Andreas disalibkan pada salib berbentuk X di Greece. Setelah disebat sehingga parah oleh tujuh orang tentera, tubuhnya diikat ke salib dengan tali untuk memanjangkan penderitaannya. Para pengikutnya melaporkan bahawa ketika ia menuju ke arah salib, Andreas memberi hormat dengan kata-kata ini: ?Saya telah lama mengingin dan mengharapkan waktu bahagia ini. Salib telah dikuduskan oleh tubuh Kristus yang tergantung di atasnya.? Beliau terus berkhutbah kepada para penyiksanya selama dua hari sehingga dia meninggal dunia. Rasul Thomas telah ditikam dengan lembing di India dalam salah satu perjalanan misi untuk mendirikan gereja di sana. Matias, rasul yang dipilih untuk menggantikan Judas Iskariot, telah direjam dengan batu dan kemudian kepalanya pula dipenggal. Rasul Paulus disiksa dan kemudian kepalanya dipenggal oleh Maharaja Nero yang jahat di Rom dalam tahun 67. Terdapat juga cerita mengenai rasul yang lain, tetapi tidak dapat disokong dengan sejarah atau tradisi yang dapat dipercayai.
Bagimana rasul-rasul meniggal tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah kesanggupan dan kesediaan mereka untuk mati demi iman mereka. Jika Yesus tidak dibangkitkan daripada kematian , para murid pasti tahu. Orang tidak akan mati untuk sesuatu yang mereka tahu sebagai dusta. Fakta bahawa semua para rasul bersedia untuk mati kematian yang mengerikan dan tidak mahu menyangkal iman mereka dalam Kristus merupakan bukti yang luar biasa bahawa mereka telah benar-benar menyaksikan kebangkitan Yesus Kristus.
Soalan: Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?
Jawapan:
Kitab Injil tidak menyatakan dengan jelas samada binatang mempunyai roh atau akan pergi ke syurga. Walau bagaimanapun, kita boleh merujuk kepada beberapa prinsip di dalam Kitab Injil untuk menjawab soalan ini. Kitab Injil mengatakan bahawa manusia dan binatang (Kejadian 2:7, 1:30; 6:17; 7:15,22) mempunyai nafas. Perbezaan utama antara manusia dan haiwan ialah manusia dicipta dalam imej dan rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27). Haiwan tidak dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan. Manusia yang dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan memiliki sifat-sifat yang serupa dengan Tuhan seperti mempunyai rohani, akal, emosi dan azam, serta mempunyai keperibadian yang boleh terus wujud selepas mati. Jika haiwan juga mempunyai roh, roh haiwan patut tidak sama dengan roh manusia, tetapi lebih rendah mutunya. Roh haiwan tidak akan terus wujud selepas mereka mati.
Satu lagi aspek yang patut dipertimbangkan ialah Tuhan memang mencipta haiwan dalam proses penciptaannya. Tuhan mencipta haiwan dan mengatakan bahawa mereka adalah baik (Kejadian 1:25). Oleh itu, mungkin juga terdapat haiwan yang hidup di dunia yang baru (Wahyu 21:1). Ada kemungkinan besar terdapat haiwan di dunia yang baru (Yesaya 11:6, 65:25). Susah untuk mengatakan bahawa tidak mungkin kita akan berjumpa dengan binatang kesayangan kita di syurga. Tuhan adalah adil dan saksama, kita akan bersetuju dengan rancangan dan keputusan Tuhan mengenai isu ini semasa kita berjumpa dengan Tuhan di syurga.
Soalan: Adakah orang Kristian perlu mematuhi undang-undang negara?
Jawapan:
Roma 13:1-7 menyatakan, ?Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Allah.Sebab itu barangsiapa melawan pemerintah, ia melawan ketetapan Allah dan siapa yang melakukannya, akan mendatangkan hukuman atas dirinya.Sebab jika seorang berbuat baik, ia tidak usah takut kepada pemerintah, hanya jika ia berbuat jahat. Maukah kamu hidup tanpa takut terhadap pemerintah? Perbuatlah apa yang baik dan kamu akan beroleh pujian dari padanya.Karena pemerintah adalah hamba Allah untuk kebaikanmu. Tetapi jika engkau berbuat jahat, takutlah akan dia, karena tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat.Sebab itu perlu kita menaklukkan diri, bukan saja oleh karena kemurkaan Allah, tetapi juga oleh karena suara hati kita.Itulah juga sebabnya maka kamu membayar pajak. Karena mereka yang mengurus hal itu adalah pelayan-pelayan Allah.Bayarlah kepada semua orang apa yang harus kamu bayar: pajak kepada orang yang berhak menerima pajak, cukai kepada orang yang berhak menerima cukai; rasa takut kepada orang yang berhak menerima rasa takut dan hormat kepada orang yang berhak menerima hormat.?
Bahagian ini sangat jelas memberitahu bahawa kita harus mematuhi kerajaan yang Tuhan telah letakkan di atas kita. Tuhan menciptakan kerajaan untuk menetapkan peraturan, menghukum kejahatan dan menegakkan keadilan (Kejadian 9:6; 1 Korintus 14:33; Roma 12:8). Kita perlu mematuhi kerajaan dalam semua perkara seperti membayar cukai, mematuhi peraturan dan undang-undang serta menunjukkan rasa hormat. Jika tidak, kita akhirnya menunjukkan rasa tidak hormat terhadap Tuhan, kerana Dialah yang telah meletakkan kerajaan di atas kita . Ketika Rasul Paulus menulis kepada jemaat di Roma, pada waktu itu ia berada di bawah kerajaan Rom sewaktu pemerintahan Nero, mungkin yang paling jahat daripada semua maharaja Rom. Dalam keadaan itu Paulus masih mengakui kuasa kerajaan Rom di atasnya. Bagaimanakah kita boleh melakukan sesuatu yang kurang daripada itu?
Pertanyaan yang seterusnya adalah ?Adakah suatu ketika di mana kita harus dengan sengaja melanggar hukum?? Jawaban untuk itu terdapat dalam Kisah 5:27-29, ?Mereka membawa keduanya dan menghadapkan mereka kepada Mahkamah Agama. Imam Besar mulai menanyai mereka,katanya: "Dengan keras kami melarang kamu mengajar dalam Nama itu. Namun ternyata, kamu telah memenuhi Yerusalem dengan ajaranmu dan kamu hendak menanggungkan darah Orang itu kepada kami."Tetapi Petrus dan rasul-rasul itu menjawab, katanya: "Kita harus lebih taat kepada Allah dari pada kepada manusia.!? Dari sini, jelas bahawa selama hukum negara tidak bertentangan dengan hukum Tuhan, kita terikat untuk mematuhi undang-undang negara. Apabila hukum negara bertentangan dengan perintah Tuhan, kita perlu melanggar hukum negara dan mematuhi hukum Tuhan. Namun dalam keadaan sedemikian kita perlu menerima kewibawaan kerajaan di atas kita. Hal ini ditunjukkan oleh Petrus dan Yohanes yang tidak membantah apabila disebat, malah bersukacita bahawa mereka menderita sebab mematuhi Tuhan (Kisah 5:40-42).
Soalan: Mengapakah Tuhan memilih Israel sebagai umat pilihan-Nya?
Jawapan:
Bercakap tentang bangsa Israel, Ulangan 7:7-9 memberitahu kita, ?Bukan karena lebih banyak jumlahmu dari bangsa mana pun juga, maka hati TUHAN terpikat olehmu dan memilih kamu -- bukankah kamu ini yang paling kecil dari segala bangsa? Tetapi karena TUHAN mengasihi kamu dan memegang sumpah-Nya yang telah diikrarkan-Nya kepada nenek moyangmu, maka TUHAN telah membawa kamu keluar dengan tangan yang kuat dan menebus engkau dari rumah perbudakan, dari tangan Firaun, raja Mesir.Sebab itu haruslah kauketahui, bahwa TUHAN, Allahmu, Dialah Allah, Allah yang setia, yang memegang perjanjian dan kasih setia-Nya terhadap orang yang kasih kepada-Nya dan berpegang pada perintah-Nya, sampai kepada beribu-ribu keturunan.?
Tuhan memilih bangsa Israel untuk menjadi orang-orang yang melaluinya Yesus Kristus akan dilahirkan iaitu Penyelamat daripada dosa dan kematian (Yohanes 3:16). Tuhan pertama kali menjanjikan kedatangan Mesias selepas Adam dan Hawa jatuh ke dalam dosa (Kejadian 3). Tuhan kemudian meneguhkan bahawa Mesias akan datang melalui garis keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub (Kejadian 12:1-3). Yesus Kristus adalah alasan utama mengapa Tuhan memilih Israel untuk menjadi umat pilihan-Nya. Tuhan tidak perlu mempunyai umat pilihan, namun Dia memutuskan untuk melakukannya dengan cara itu. Yesus harus datang melalui bangsa-bangsa manusia dan Tuhan telah memilih bangsa Israel.
Namun, alasan Tuhan memilih bangsa Israel bukan semata-mata untuk membawa Mesias. Keinginan Tuhan bagi Israel adalah supaya mereka akan pergi dan mengajar orang lain tentang Dia. Israel sepatutnya menjadi bangsa imam, nabi dan mubaligh ke seluruh dunia. Maksud Tuhan bagi Israel adalah supaya mereka menjadi orang yang berbeza, suatu bangsa yang menunjuk orang lain kepada Tuhan yang berjanji akan membawa Penebus, Mesias dan Penyelamat. Israel telah gagal dalam sebahagian besar tugas ini. Namun, tujuan utama Tuhan bagi Israel iaitu untuk membawa Mesias ke dalam dunia telah sempurna digenapi dalam peribadi Yesus Kristus.
Soalan: Masihkah Tuhan memberikan penglihatan kepada umat-Nya pada hari ini? Haruskah orang percaya mengharapkan penglihatan untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman Kristian mereka?
Jawapan:
Dapatkah Allah memberikan penglihatan kepada orang-orang pada hari ini? Dapat! Adakah Tuhan memberikan penglihatan kepada orang-orang pada hari ini? Mungkin juga. Haruskah kita berharap penglihatan untuk menjadi pengalaman yang biasa? Tidak. Sebagaimana yang dicatat dalam Alkitab, Tuhan berkali-kali berbicara melalui penglihatan kepada hamba-hamba-Nya. Mereka adalah orang-orang seperti Yusuf, anak Yakub, Yusuf, suami Maria; Salomo; Yesaya, Yehezkiel, Daniel, Petrus dan Paulus. Nabi Yoel telah menubuatkan pencurahan penglihatan di akhir zaman dan ini diteguhkan oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2. Penting untuk dicatat bahawa perbezaan di antara penglihatan dan mimpi adalah penglihatan diberikan sewaktu terjaga dan mimpi diberikan sewaktu seseorang sedang tidur.
Di banyak bahagian dunia, Allah nampaknya kerap menggunakan penglihatan dan mimpi. Di kawasan-kawasan di mana terdapat sedikit atau tidak ada mesej Injil dan orang tidak memiliki Alkitab, Allah membawa mesej-Nya kepada orang-orang di tempat itu secara langsung melalui mimpi dan penglihatan. Hal ini berjalan seiring dengan contoh-contoh penglihatan dalam Alkitab yang sering digunakan oleh Tuhan untuk mendedahkan kebenaran-Nya kepada orang-orang di awal sejarah kekristenan. Jika Allah ingin menyampaikan mesej-Nya kepada seseorang, Dia boleh menggunakan apapun cara yang Dia rasa perlu seperti seorang mubaligh, malaikat, penglihatan atau mimpi. Tentu saja, Tuhan juga mampu untuk memberikan penglihatan di tempat-tempat di mana mesej Injil sudah dapat didengar. Tidak ada batasan untuk apa yang Tuhan dapat lakukan.
Pada masa yang sama, kita harus berhati-hati terhadap penglihatan dan penafsirannya. Kita harus ingat bahawa Alkitab sudah selesai dan memberitahu segala yang kita perlu ketahui. Perkara kunci yang perlu dipegang adalah jika Allah memberi penglihatan, itu akan bersetuju sepenuhnya dengan apa yang telah dinyatakan dalam Firman-Nya. Penglihatan tidak boleh diberikan kuasa yang sama atau lebih besar daripada Firman Allah. Firman Allah adalah kuasa tertinggi untuk iman dan amalan Kristian kita. Jika anda yakin anda mempunyai penglihatan dan merasa bahawa Allah memberikannya kepada anda, berdoalah sambil menyemaknya dengan Firman Tuhan dan pastikan penglihatan itu bersesuaian dengan Firman Tuhan. Maka berfikir dan berdoa tentang apa yang Allah mahu anda lakukan sebagai tindakbalas terhadap penglihatan itu (Yakobus 1:5). Tuhan tidak akan memberikan penglihatan kepada seseorang dan menyembunyikan erti penglihatan tersebut. Dalam Firman Tuhan, setiap kali seseorang meminta daripada Tuhan erti sesuatu penglihatan, Tuhan mempastikan bahawa penglihatan itu dijelaskan kepada orang itu (Daniel 8:15-17).
Soalan: Apakah pandangan Kristian terhadap orang psikik?
Jawapan:
Alkitab sangat mengecam spiritisme, kedukunan, okultisme dan psikik (Imamat 20:27; Ulangan 18:10-13). Horoskop, kad tarot, astrologi, peramal nasib, pembacaan telapak tangan dan bercakap dengan orang mati termasuk dalam kategori ini juga. Amalan ini didasarkan pada konsep bahawa adanya dewa-dewa atau roh-roh, atau roh orang yang dikasihi yang telah mati yang boleh memberikan nasihat dan bimbingan. ?Dewa-dewa: atau ?roh-roh? ini adalah roh-roh jahat (2 Korintus 11:14-15). Alkitab tidak memberikan kita alasan untuk mempercayai orang-orang yang mati dapat menghubungi kita. Sekiranya mereka sudah menjadi percaya maka mereka sekarang berada di syurga dan sedang menikmati persekutuan yang indah dengan Tuhan. Sekiranya mereka bukan orang yang percaya maka mereka berada dalam neraka menderita penghukuman yang tiada hentinya sebab mereka telah menolak kasih Tuhan dan memberontak terhadap-Nya.
Jadi, jika orang yang kita kasihi tidak boleh menghubungi kita, bagaimana pula dukun dan peramal mendapatkan maklumat yang tepat seperti itu? Ada banyak pendedahan penipuan para psikik. Telah terbukti bahawa mereka boleh memperoleh sejumlah besar maklumat mengenai seseorang melalui cara biasa. Kadang-kadang dengan hanya menggunakan panggilan pengenalan melalui nombor telefon dan pencarian internet seorang psikik akan mendapat nama, alamat, tarikh lahir, tarikh perkahwinan, ahli keluarga dsb. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa para psikik kadangkala mengetahui perkara-perkara yang mustahil mereka ketahui. Di manakah mereka mendapatkan maklumat ini? Jawabannya adalah daripada Iblis dan roh-roh jahat ? Hal itu tidak usah mengherankan, sebab Iblis pun menyamar sebagai malaikat Terang. Jadi bukanlah suatu hal yang ganjil, jika pelayan-pelayannya menyamar sebagai pelayan-pelayan kebenaran. Kesudahan mereka akan setimpal dengan perbuatan mereka.? (2 Korintus 11:14-15) Kisah 16:16-18 menjelaskan tentang seorang peramal nasib yang mempu meramal masa depan sehingga Paulus mengusir roh jahat keluar daripadanya.
Iblis berpura-pura baik dan suka menolong. Dia berusaha untuk kelihatan baik. Iblis dan roh-roh jahat akan memberikan maklumat psikik berhubung seorang peribadi supaya mengikat orang itu dalam kedukunan yang dilarang oleh Tuhan. Pada mulanya ia kelihatan tidak bersalah, tetapi orang akan mendapati diri mereka ketagihan dengan kedukunan dan sengaja membiarkan Iblis untuk mengendalikan dan menghancurkan kehidupan mereka. Petrus berkata, ?Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.? (1 Petrus 5:8). Dalam beberapa kes, peramal sendiri tertipu dan mereka sendiri sebenarnya tidak tahu dari mana sumber maklumat yang mereka terima. Apabila tidak berkaitan dengan kedukunan, sihir atau horoskop untuk apa juga kes, dari mana pun sumber maklumat adalah cara yang baik untuk mendapatkan maklumat. Apakah cara Tuhan supaya kita menemukan kehendak-Nya untuk hidup kita? Cara Tuhan adalah sederhana tetapi berkuasa dan berkesan iaitu dengan menyelidiki Alkitab (2 Timotius 3:16-17) dan berdoa meminta hikmat daripada Tuhan (Yakobus 1:5).
Soalan: Penafsiran mimpi Kristian? Adakah mimpi kita bersal dari Tuhan?
Jawapan:
GotQuestions.org bukan pelayanan penafsiran mimpi. Kami tidak menafsir mimpi. Kami sungguh yakin bahawa mimpi seseorang dan erti mimpi-mimpi itu adalah di antara mereka dengan Tuhan. Masihkah Tuhan bercakap melalui mimpi? Tuhan banyak kali berbicara di dalam mimpi kepada orang-orang di seluruh Alkitab. Contoh-contoh seperti Yusuf, anak Yakub (Kejadian 37:5-10); Yusuf, suami Maria (Matius 2:12-22); Solomo (1 Raja-Raja 3:5-15); dan beberapa orang lain lagi (Daniel 2:1, 7:1; Matius 27:19). Ada juga nubuatan dari nabi Yoel (Yoel 2:28) yang telah dipetik oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2:17 dan bercakap tentang Tuhan menggunakan mimpi. Jadi jawabannya yang sederhana adalah ya, Tuhan boleh dan memang bercakap melalui mimpi.
Namun, ada perbezaan dalam cara kita menerapkan kebenaran tersebut pada hari ini. Kita harus ingat bahawa Alkitab sudah siap diwahyukan kepada kita dan telah mendedahkan segala yang kita perlu tahu dari sekarang sehingga kekekalan. Ini bukan mengatakan Tuhan tidak melakukan mujizat atau berbicara melalui mimpi pada hari ini, tetapi apa pun yang dikatakan Tuhan samada itu mimpi, visi, kesan di hati atau ?suara lembut dan halus?, semua akan bersetuju sepenuhnya dengan apa yang telah dinyatakan dalam Firman-Nya. Mimpi tidak boleh diletakkan di tempat yang lebih berkuasa daripada Alkitab/Firman Tuhan.
Jika anda mempunyai mimpi dan merasa bahawa Tuhan mungkin memberikan mimpi itu kepada anda, berdoa sambil menyemak Firman Tuhan. Pastikan mimpi anda bersesuaian dengan Firman Tuhan. Jika benar demikian, berdoalah bersungguh-sungguh tentang apa yang Tuhan ingin anda lakukan sebagai tindakbalas terhadap mimpi anda (Yakobus 1:5). Dalam Alkitab, apabila seseorang mengalami mimpi daripada Tuhan, mimpi itu akan diberi pengertian yang jelas oleh Tuhan, samada secara langsung kepada orang yang bermimpi, melalui malaikat, ataupun melalui seorang pembawa mesej (Kejadian 40:5-11; Daniel 2:45, 4:19). Apabila Tuhan berbicara kepada kita, Dia memastikan bahawa mesej-Nya jelas difahami.
Soalan: Apakah ada mahluk asing atau UFO?
Jawapan:
Pertama, mari kita mendefinisikan "mahluk asing" sebagai "makhluk yang mampu membuat pilihan-pilihan moral, memiliki kecerdasan, emosi dan kemahuan." Selanjutnya, beberapa fakta ilmiah:
1. Manusia telah menghantar kapal angkasa lepas ke hampir setiap planet dalam sistem suria kita. Setelah mengamati planet-planet ini, kita telah membuat kesimpulan bahawa hanya Marikh dan mungkin bulan planet Musytari yang boleh menyokong kehidupan.
2. Pada tahun 1976, Amerika Syarikat telah menghantar dua pendarat ke Marikh. Masing-masing mempunyai peralatan yang dapat menggali pasir dan menganalisa untuk sebarang tanda kehidupan. Mereka tidak menemukan apa-apa. Sebaliknya, jika anda menganalisa tanah dari gurun yang paling tandus di bumi atau tanah yang paling beku di Antartika, anda akan menemukan tanah itu dipenuhi dengan mikro-organisma. Dalam tahun 1997, Amerika Syarikat menghantar Pathfinder ke permukaan Marikh. Kereta robot ini memuat lebih banyak sampel dan melakukan lebih banyak ujikaji. Kesan dan tanda-tanda kehidupan sama sekali tidak ditemui. Sejak saat itu, beberapa misi lagi telah dihantar ke Marikh. Hasilnya tetap sama.
3. Para pengkaji bintang terus menemukan planet baru yang jauh dalam sistem suria. Beberapa orang mencadangkan bahawa dengan adanya begitu banyak planet membuktikan adanya kehidupan di tempat lain dalam alam semesta. Faktanya adalah tidak satu pun daripada planet-planet ini pernah terbukti sebagai menyokong kehidupan. Jarak yang luar biasa di antara Bumi dan planet-planet tersebut tidak memungkinkan kita untuk membuat penilaian mengenai keupayaan mereka untuk menyokong kehidupan. Mengetahui bahawa hanya bumi yang menyokong kehidupan dalam sistem suria kita, para evolusionis ingin sangat mencari planet dalam system suria yang lain untuk menyokong gagasan kehidupan yang telah berevolusi. Terdapat banyak planet-planet lain di luar sana, tetapi kita tidak cukup maklumat tentang mereka untuk mengesahkan sekiranya planet-planet itu dapat menyokong kehidupan.
Jadi, apakah yang dikatakan Alkitab? Bumi dan manusia adalah unik dalam ciptaan Allah. Kejadian 1 mengajar kita bahawa Allah mencipta bumi sebelum Dia mencipta matahari, bulan, atau bintang-bintang. Kisah 17:24, 26 berkata ?Allah yang telah menjadikan bumi dan segala isinya, Ia, yang adalah Tuhan atas langit dan bumi, tidak diam dalam kuil-kuil buatan tangan manusi? Dari satu orang saja Ia telah menjadikan semua bangsa dan umat manusia untuk mendiami seluruh muka bumi dan Ia telah menentukan musim-musim bagi mereka dan batas-batas kediaman merek.?
Pada asalnya, manusia tidak berdosa dan semua yang ada dalam dunia adalah ?sangat baik? (Kejadian 1:31). Apabila manusia pertama berbuat dosa (Kejadian 3), akibatnya adalah segala bentuk masalah, termasuklah penyakit dan kematian. Walaupun binatang tidak mempunyai dosa peribadi di hadapan Tuhan (mereka bukan makhluk moral), mereka masih menderita dan mati (Roma 8:19-22). Yesus Kristus mati untuk menghapuskan hukuman yang kita patut terima untuk dosa-dosa kita. Apabila Dia kembali, Dia akan membatalkan kutukan yang telah ada sejak Adam (Wahyu 21?22). Perhatikan bahawa Roma 8:19-22 menyatakan bahawa semua ciptaan menunggu waktu ini. Penting untuk diingati bahwa Kristus datang untuk mati bagi umat manusia dan Dia mati hanya sekali (Ibrani 7:27; 9:26-28; 10:10).
Jika semua ciptaan sekarang menderita di bawah kutukan, maka setiap kehidupan selain bumi juga akan menderita. Jika, demi hujah, makhluk moral benar-benar ada di planet lain, maka mereka juga akan menderita. Jika bukan sekarang, maka suatu hari nanti mereka pasti akan menderita ketika semuanya akan beredar pergi dengan suara besar dan unsur-unsur dunia mencair dengan panas membara (2 Petrus 3:10). Jika mereka tidak pernah berdosa, maka Tuhan tidak berlaku adil dalam menghukum mereka. Tetapi jika mereka telah berdosa, dan Kristus hanya dapat mati sekali sahaja (yang dilakukan-Nya di bumi), maka mereka akan terbiar dalam dosa mereka dan ini akan sangat bertentangan dengan sifat Allah (2 Petrus 3:9). Hal ini memperhadapkan kita dengan paradoks yang tidak dapat diselesaikan, kecuali memang tidak ada makhluk moral di luar bumi.
Bagaimana dengan kehidupan non-moral dan non-makhluk di planet lain? Dapatkah alga bahkan anjing dan kucing hadir di planet yang tidak diketahui? Agaknya begitu, dan itu tidak akan membahayakan mana-mana teks Alkitab. Tapi masalah pasti akan timbul ketika cuba menjawab pertanyaan seperti "karena semua ciptaan menderita, apakah tujuan Allah mencipta mahluk non-moral dan non-mahluk untuk menderita di planet yang jauh??
Kesimpulannya, Alkitab tidak memberikan kita alasan untuk mempercayai adanya kehidupan di tempat lain di alam semesta. Bahkan, Alkitab memberi kita beberapa sebab utama mengapa tidak boleh ada. Ya, terdapat banyak perkara aneh dan hal-hal tidak dapat dijelaskan telah g terjadi. Namun kita tidak ada alasan untuk menghubungkaitkan fenomena ini dengan mahluk asing ataupun UFO. Jika ada penyebab kepada peristiwa-peristiwa ini, ia mungkin berbentuk rohani dan lebih khusus lagi, ianya berasal dari Iblis.