Pertanyaan-pertanyaan tentang doa
Soalan: Apakah Doa orang berdosa?
Jawapan:
Doa orang berdosa ialah doa seseorang kepada Tuhan apabila dia menyedari bahawa dirinya ialah seorang yang berdosa dan perlukan Penyelamat. Melafazkan doa orang berdosa sahaja tidak akan mencapai apa-apa. Doa orang berdosa hanya akan berkesan jika orang itu sedar, faham dan percaya bahawa dia telah berdosa dan memerlukan penyelamatan.
Aspek pertama doa orang berdosa ialah menyedari bahawa kita ialah orang berdosa. Roma 3:10 mengumumkan, ?Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah.? Kitab Injil menyatakan dengan jelas bahawa kita semua telah berdosa. Kita berdosa dan memerlukan rahmat dan pengampunan dosa daripada Tuhan (Titus 3:5-7). Kerana dosa, kita patut dihukum selama-lamanya (Matius 25:46). Doa orang berdosa ialah satu rayuan dan bukan pengadilan. Doa ini ialah permintaan untuk ampun dan bukannya kemarahan.
Aspek kedua doa orang berdosa ialah mengetahui bahawa Tuhan telah melakukan sesuatu untuk mengubati kita dan menebus dosa kita. Tuhan menjadi manusia dalam bentuk Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mengajar kita mengenai Tuhan dan menjalankan kehidupan yang sempurna tanpa dosa (Yohanes 8:46; 2 Korintus 5:21). Yesus kemudian mati di atas salib untuk kita, supaya kita tidak perlu menerima hukuman mati lagi (Roma 5:8). Yesus bangkit daripada kematian untuk membuktikan kemenangannya ke atas dosa, kematian dan neraka (Kolose 2:15; 1 Korintus bab 15). Oleh sebab itu, dosa kita akan diampuni dan kita dijanjikan satu kediaman kekal di syurga ? asalkan kita percaya kepada Yesus. Apa yang perlu kita lakukan ialah percaya bahawa Yesus mati untuk kita dan bangkit daripada kematian (Roma 10:9-10). Kita boleh diselamatkan melalui rahmat sahaja, melalui iman sahaja, di dalam Yesus sahaja. Efesus 2:8 mengumumkan, ?Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.?
Melafazkan doa orang berdosa hanya satu cara yang ringkas untuk memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Tidak terdapat perkataan ajaib yang membawa penyelamatan. Hanya kepercayaan kepada kematian dan kebangkitan Yesus yang boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika kamu sedar bahawa kamu ialah seorang yang berdosa dan perlukan penyelamatan melalui Yesus Kristus, kamu boleh berdoa kepada Tuhan: ?Tuhan, saya tahu bahawa saya ialah seorang yang berdosa. Saya tahu bahawa saya akan menerima hukuman kerana berdosa. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat saya. Saya percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus mampu mengampuni dosa saya. Saya percaya kepada Yesus dan hanya Yesus ialah Penyelamat dan Tuan peribadi saya. Terima kasih Tuhan, kerana sudi menyelamat dan mengampuni dosa saya. Amen.?
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Mengapa berdoa? Apa guna berdoa sekiranya Tuhan sudah mengetahui masa depan dan berkuasa atas semua perkara?Jikalau kita tidak dapat mengubah fikiran Tuhan, mengapakah harus berdoa?
Jawapan:
Bagi orang Kristian, berdoa itu seperti bernafas. Ianya lebih mudah dilakukan daripada tidak dilakukan. Kita berdoa disebabkan pelbagai perkara. Doa adalah satu bentuk pelayanan kepada Tuhan (Lukas 2:36-38) dan ketaatan kepada-Nya. Kita berdoa sebab Tuhan memerintahkan kita supaya berdoa (Filipi 4:6-7). Kristus dan gereja yang awal telah memberikan contoh dalam soal berdoa kepada kita (Markus 1:35; Kisah 1:14; 2:42; 3:1; 4:23-31; 6:4; 13:1-3). Sekiranya Yesus mementingkan doa maka kita juga perlu mengambil sikap dan tindakan yang sama. Sekiranya Dia perlu berdoa untuk tinggal dalam kehendak Bapa, bukankah kita lebih lagi memerlukannya?
Kita juga berdoa sebab Tuhan mahu menjadikan doa sebagai jalan mendapatkan penyelesaian-Nya kepada banyak keadaan. Kita berdoa untuk bersedia sebelum mengambil keputusan-keputusan yang besar (Lukas 6:12-13), untuk mengatasi halangan roh-roh jahat (Matius 17:14-21), untuk mengumpul penuai-penuai bagi tuaian rohani (Lukas 10:2), untuk mendapatkan kekuatan dalam mengatasi pencobaan (Matius 26:41) dan mendapatkan cara untuk memperkuatkan orang lain secara rohani (Efesus 6:18-19).
Kita datang kepada Tuhan dengan permohonan-permohonan khusus dan Tuhan berjanji doa-doa kita tidak akan sia-sia walaupun kita tidak menerima apa yang diminta (Matius 6:6; Roma 8:26-27). Dia telah berjanji apabila kita meminta sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak-Nya, Dia akan mengabulkan permintaan kita (1 Yohanes 5:14-15). Kadangkala dalam hikmat-Nya Dia melambatkan jawaban doa demi kebaikan kita. Dalam keadaan seperti itu kita perlu bertekun dan tidak jemu-jemu dalam berdoa (Matius 7:7; Lukas 18:1-8). Doa tidak boleh dianggap sebagai cara untuk menyuruh Tuhan melakukan sesuatu untuk kita, melainkan sebagai satu cara untuk melaksanakan kehendak Tuhan di atas bumi. Hikmat Tuhan sangat jauh mengatasi hikmat kita.
Dengan berdoa kita mengetahui kehendak Tuhan apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak pasti. Sekiranya perempuan Siro-Fenisia yang anak perempuannya kerasukan roh jahat itu tidak berdoa kepada Kristus, anak itu tidak akan mengalami kesembuhan (Markus 7:26-30). Sekiranya orang buta di luar kota Yerikho itu tidak berteriak kepada Yesus, dia akan tetap buta (Lukas 18:35-43). Tuhan berkata kita tidak menerima apa-apa sebab tidak berdoa (Yakobus 4:2). Dalam satu segi, berdoa adalah seperti mengongsikan Injil dengan orang lain. Kita tidak tahu siapa akan respon kepada pemberitaan Injil selagi kita belum mengongsikannya. Dalam cara yang sama kita tidak akan melihat jawaban doa sebelum kita berdoa.
Kurangnya doa menampakkan kurangnya iman dan kepercayaan terhadap Firman Tuhan. Kita berdoa untuk menyatakan iman kita di dalam Tuhan, bahawa Dia akan lakukan apa yang telah Dia janjikan dalam Firman-Nya dan memberkati kehidupan kita dengan berlimpah jauh melebihi permintaan kita (Efesus 3:20). Doa merupakan cara kita yang paling utama untuk melihat pekerjaan Tuhan dalam kehidupan orang lain. Disebabkan doa merupakan cara untuk ??bersambung? dengan? kuasa Tuhan, ia merupakan cara untuk mengalahkan Iblis dan askar-askarnya yang kita tidak dapat dihadapi dengan kemampuan sendiri. Oleh yang demikian, biarlah Tuhan sering mendapati kita datang di hadapan taktha-Nya, sebab kita memiliki Imam Besar di syurga yang telah merasakan semua yang kita rasa dan lalui (Ibrani 4:15-16). Dia berkata bahawa doa orang benar sangat besar kuasanya (Yakobus 5:16-18). Semoga Tuhan mempermuliakan nama-Nya apabila kita dengan penuh percaya datang kepada-Nya di dalam doa.
Soalan: Apakah doa ?Bapa Kami? dan haruskah kami menggunakannya dalam doa?
Jawapan:
Doa ?Bapa Kami? adalah doa yang diajarkan Yesus kepada murid-murid-Nya dalam Matius 6:9-13 dan Lukas 11:2-4. Matius 6:9-13 berkata, ?Karena itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu,datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di sorga.Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami; dan janganlah membawa kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat. Karena Engkaulah yang empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin.? Ramai orang keliru dan mengatakan Matius 6: 9-13 sebagai doa yang kita perlu hafaz. Ada yang mengambil doa Bapa Kami sebagai rumusan untuk kuasa sihir, seolah-olah perkataan-perkataan tersebut mempunyai kuasa khusus atau berpengaruh terhadap Tuhan.
Alkitab mengajar perkara yang sebaliknya. Tuhan lebih memperhati keadaan hati kita sewaktu berdoa berbanding kata-kata yang diucapkan. ?Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. Lagipula dalam doamu itu janganlah kamu bertele-tele seperti kebiasaan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan dikabulkan.? (Matius 6:6-7). Kita mencurahkan hati kita kepada Tuhan dalam doa (Filipi 4:6-7), bukan setakat mengulangi kembali bahagian Firman Tuhan yang sudah dihafaz.
Doa ?Bapa Kami? perlu diambil dan difahami sebagai satu contoh dan corak tentang bagaimana berdoa. Ia memberikan kita ?bahan-bahan? yang perlu ada dalam doa kita. Berikut adalah pemecahan bahagian-bahagiannya. ?Bapa kami yang di syurga? mengajar tentang arah tuju doa kita. Kita tujukan kepada Bapa di Syurga. ?Dikuduskanlah nama-Mu? mengajar untuk menyembah Tuhan, dan memuji Tuhan ke atas Siapa Dia sesungguhnya. Kata-kata ?kerajaan-Mu datanglah, kehendak-Mu jadilah? merupakan peringatan untuk mendoakan agar kehendak Tuhan yang akan berlaku dalam kehidupan kita dan dunia ini. Kita perlu berdoa agar kehendak Tuhan yang terjadi, bukan kehendak kita. Kita didorong untuk meminta kepada Tuhan perkara-perkara yang kita perlukan pada bahagian ?berikan kami makanan kami yang secukupnya.? ?Ampuni kesalahan kami, sebagaimana kami juga mengamouni orang yang bersalah terhadap kami? memperingatkan kita untuk bertaubat daripada dosa dan memberikan pengampunan kepada orang yang bersalah terhadap kita sebagaimana Tuhan juga telah mengampuni kita. Di bahagian penutup doa Bapa Kami, ?Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan tetapi jauhkan kami daripada yang jahat? merupakan satu permohonan untuk mendapatkan kemenangan terhadap dosa dan perlindungan daripada serangan Iblis.
Jadi doa Bapa Kami bukanlah doa yang perlu dihafaz dan disebut semula kepada Tuhan. Ia merupakan contoh bagaimana harus berdoa. Adakah salah untuk menghafaz doa ?Bapa Kami?? Tentu tidak! Adakah salah untuk mendoakan doa ?Bapa Kami? kepada Tuhan? Tidak, sekiranya anda melakukannya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh mengatakan setiap perkataan yang diucapkan. Dalam doa, Tuhan lebih berminat kepada komunikasi kita dengan Dia di mana kita bercakap dari dalam hati berbanding kata-kata khusus yang digunakan. Filipi 4:6-7 berkata ?Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apa pun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus.?
Soalan: Apakah ertinya berdoa ?dalam nama Yesus??
Jawapan:
Berdoa dalam nama Yesus diajar dalam Yohanes 14:13-14, ?...dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.? Ramai menyalahgunakan ayat ini bila berfikir dengan menyebut ?dalam nama Yesus? di akhir setiap doa maka itu akan menghasilkan doa yang sentiasa dikabul oleh Tuhan dan akan mendapat apa saja yang diminta. Ini membuat nama Yesus digunakan seperti jampi serapah ilmu sihir. ini sama sekali tidak Alkitabiah.
Berdoa dalam nama Yesus bererti berdoa dalam kewibawaan Yesus dan meminta Tuhan berindak sebab kita datang di dalam nama Anak-Nya Yesus. Berdoa dalam nama Yesus membawa erti yang sama dengan berdoa dalam kehendak Tuhan Allah, ?Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, yaitu bahwa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu, bahwa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu, bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya.? (1 Yohanes 5:14-15). Berdoa dalam nama Yesus adalah berdoa untuk perkara-perkara yang akan menghormati dan memuliakan Dia.
Menyebut ?dalam nama Yesus? di akhir doa bukan satu jampi serapah kuasa sakti. Sekiranya kita meminta sesuatu atau mengatakan sesuatu dalam doa yang bukan bertujuan untuk kemuliaan Tuhan maka menyebut ?dalam nama Yesus? tidak mempunyai erti dan kesan apa-apa. Yang penting adalah berdoa dalam nama Yesus dengan betul demi kemuliaan-Nya tanpa menghubungkan apa-apa perkataan di akhir doa. Bukanlah perkataan-perkataan dalam doa itu yang diutamakan melainkan tujuan doa itu. Berdoa untuk perkara-perkara yang sejalan dengan kehendak Tuhan merupakan intipati kepada berdoa dalam nama Yesus.
Soalan: Bagaimanakah doa saya dapat dijawab oleh Tuhan?
Jawapan:
Ramai orang percaya doa itu dijawab apabila Tuhan memberikan apa yang telah diminta di dalam doa. Sekiranya apa yang diminta tidak diberikan maka itu merupakan doa yang tidak dijawab. Ini satu pengertian yang tidak betul tentang doa. Tuhan menjawab setiap doa yang diangkat kepada-Nya. Kadangkala jawaban Tuhan adalah ?tidak? ataupun ?tunggu?. Tuhan berjanji memberikan apa yang kita doakan apabila kita meminta sesuai dengan kehendak-Nya. ?Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, yaitu bahwa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu, bahwa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu, bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya.? (1 Yohanes 5:14-15).
Apakah maksud berdoa dalam kehendak Tuhan?Berdoa menurut kehendak Tuhan adalah berdoa untuk perkara-perkara yang akan menghormati dan memuliakan Tuhan atau mendoakan perkara-perkara yang memang sudah jelas dalam Alkitab sebagai kehendak-Nya. Sekiranya kita meminta sesuatu yang tidak menghormati Tuhan dan bukan kehendak Tuhan bagi kehidupan kita, maka Tuhan tidak akan mengabulkan doa kita. Bagaimanakah kita dapat mengetahui kehendak Tuhan? Tuhan berjanji akan memberikan kita hikmat apabila kita memintanya. Yakobus 1:5 berkata, ?Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia memintakannya kepada Allah, yang memberikan kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit, maka hal itu akan diberikan kepadanya..? Tempat yang terbaik untuk bermula terdapat dalam 1 Tesalonika 5:12-24 yang banyak menggariskan kehendak Tuhan bagi kita. Semakin baik pemahaman kita terhadap Firman Tuhan maka semakin kita mengetahui bagaimana hendak berdoa dalam kehendak-Nya (Yohanes 15:7). Apabila kita semakin mengetahui apa yang hendak didoakan maka kita akan lebih kerap mendapat jawaban ?ya? kepada permohonan-permohonan kita.
Soalan: Dapatkah doa yang berulang kali diterima, atau haruskah hanya sekali kita meminta?
Jawapan:
Dalam Lukas 18:1-7, Yesus menggunakan satu perumpamaan untuk menegaskan kepentingan bertekun di dalam doa. Dia bercerita tentang seorang janda yang datang kepada seorang hakim yang tidak jujur meminta pertolongan terhadap seorang yang menentangnya. Disebabkan ketekunannya mememohon, hakim itu akhirnya bersetuju. Yesus mengajar tentang bertekun dalam doa. Sekiranya seorang hakim yang tidak jujur memberikan apa yang dengan tekun diminta oleh seorang yang inginkan keadilan, apakah Tuhan yang mengasihi kita ?orang-orang pilihan-Nya? (ayat 7) tidak menjawab kita apabila kita berdoa? Perumpamaan ini bukan mengajar kalau kita berulang kali berdoa untuk sesuatu maka Tuhan mesti mengabulkannya. Itu kesilapan ramai orang. Mesejnya adalah Tuhan berjanji untuk membela orang kepunyaan-Nya, membenarkan mereka,memperbaiki kesalahan mereka, memberi keadilan kepada mereka dan melepaskan mereka daripada lawan mereka. Dia melakukan ini kerana keadilan-Nya, kekudusan-Nya dan kebencian-Nya terhadap dosa. Dia menjawab doa untuk mengotakan janji-Nya dan menyatakan kuasa-Nya.
Yesus memberikan satu lagi contoh tentang doa dalam Lukas 11: 5-12. Sama dengan perumpamaan hakim yang tidak jujur mesej Yesus dalam perumpamaan ini adalah tentang bertekun dalam doa. Sekiranya seseorang sanggup bersusah payah untuk memberi keperluan seorang sahabat, maka Tuhan lebih lagi mahu memberikan apa yang kita perlukan sebab tidak ada satu permintaan pun pun yang terlalu payah bagi Dia. Di sini juga tidak dikatakan kita akan menerima sekiranya kita terus meminta. Tuhan berjanji kepada anak-anak-Nya bahawa Dia akan memenuhi keperluan mereka, bukan kemahuan mereka. Tuhan lebih mengetahui keperluan kita daripada diri kita sendiri. Janji yang sama disebut dalam Matius 7:7-11 dan dalam Lukas 11:13, dan ?pemberian yang baik? dijelaskan selanjut nya sebagai Roh Kudus.
Kedua-dua bahagian Firman Tuhan mendorong kita untuk tidak jemu-jemu berdoa. Tidak salah untuk berulangkali meminta perkara yang sama selagi apa yang anda minta berada dalam lingkungan kehendak Allah (1 Yohanes 5:14-15). Teruskan meminta sehingga Tuhan mangabulkannya atau membuang keinginan itu dari dalam hati anda. Kadangkala Tuhan membuat kita menanti jawaban kepada doa untuk mengajar kita bersabar. Kadangkala permintaan kita belum sesuai dalam waktu Tuhan. Kadangkala kita meminta sesuatu yang bukan kehendak Tuhan bagi kita dan Dia menjawab ?tidak?. Doa bukan hanya kita menyatakan permintaan kita kepada Tuhan tetapi juga Tuhan menyatakan kehendak-Nya ke dalam hati kita. Teruslah meminta, mengetuk dan terus mencari sehingga Tuhan mengabulkan permohonan anda atau meyakinkan itu bukan kehendak-Nya bagi anda.
Soalan: Adakah persekutuan doa lebih penting? Adakah persekutuan doa lebih berkuasa berbanding berdoa seorang diri?
Jawapan:
Persekutuan doa merupakan bahagian yang penting dalam kehidupan sebuah gereja, ia sejalan dengan penyembahan, pengajaran sihat, perjamuan, dan persekutuan. Gereja yang awal sering berkumpul untuk mempelajari ajaran rasul-rasul, memecahkan roti dan berdoa bersama-sama (Kisah 2:42). Apabila kita berdoa dengan orang percaya yang lain, kesannya sangat positif. Persekutuan doa membangun dan menyatukan kita apabila berkongsi iman yang sama. Roh Kudus yang diam dalam setiap orang percaya membuat hati bersukacita apabila mendengar puji-pujian kepada Tuhan sehingga menyatukan kita dalam satu ikatan unik yang tidak dapat ditemui di tempat lain dalam kehidupan ini.
Mereka yang bergumul dan terbeban dengan bebanan hidup akan sangat terdorong apabila mendengar orang lain mengangkat mereka di dalam doa ke taktha kasih karunia Tuhan. Di dalam persekutuan doa juga terbina kasih dan rasa prihatin terhadap orang lain apabila mendoakan mereka. Persekutuan doa merupakan pantulan keadaan hati orang-orang yang terlibat dalamnya. Kita datang kepada Tuhan dalam kerendahan hati (Yakobus 4:10), kesetiaan (Mazmur 145:18), ketaatan (1 Yohanes 3:21-22), dengan ucapan syukur (Filipi 4:6) dan dengan penuh keberanian (Ibrani 4:16). Sedihnya, persekutuan doa juga boleh dijadikan tempat di mana orang-orang bukan mengarahkan kata-kata mereka kepada Tuhan melainkan kepada orang-orang yang mendengar mereka. Yesus memberi amaran terhadap keadaan itu dalam Matius 6:5-8. Dalam bahagian ini Dia menasihatkan kita agar jangan berlagak, panjang lebar, atau munafik sewaktu berdoa. Dia menasihatkan agar kita berdoa secara rahsia di dalam kamar tertutup bagi mengelak kemunafikan.
Alkitab tidak berkata persekutuan doa ?lebih berkuasa? berbanding berdoa seorang diri untuk menggerakkan tangan Tuhan. Terlalu ramai orang Kristian menyamakan doa sebagai ?mendapatkan sesuatu daripada Tuhan.? Pertemuan persekutuan doa setakat menjadi waktu untuk menyebut senarai permintaan kita. Bagaimanapun doa Alkitabiah mempunyai banyak segi. Doa melibatkan seluruh keinginan kita untuk masuk ke dalam persekutuan penuh sedar dan intim dengan Tuhan. Bila berfikir tentang Tuhan yang mahu menyendengkan telinga kepada mahluk-mahluk-Nya itu akan menyebabkan pujian dan pemujaan tercurah dengan berlimpah (Mazmur 27:4; 63:1-8), mengakibatkan pertaubatan dan pengakuan (Mazmur 51; Lukas 18:9-14), meluahkan doa kesyukuran (Filipi 4:6; Kolose 1:12) dan mendorong doa syafaat yang ikhlas untuk orang lain (2 Tesalonika 1:11; 2:16).
Doa adalah bekerjasama dengan Tuhan untuk melaksanakan rancangan-Nya dan bukan memberitahu apa kehendak kita kepada-Nya. Apabila kita melepaskan keinginan kita untuk tunduk kepada Dia yang lebih mengetahui keadaan kita daripada kita sendiri dan tahu ?apa yang anda perlu sebelum memintanya? (Matius 6:8), maka doa kita mencapai tahap tertinggi. Doa-doa yang dinaikkan dalam sikap penuh penyerahan kepada kehendak ilahi akan sentiasa dijawab secara positif samada didoakan oleh hanya seorang atau seribu orang.
Pendapat yang mengatakan persekutuan doa lebih dapat menggerakkan tangan Tuhan datang dari salah-tafsir Matius 18:19-20, ?Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka.? Ayat-ayat ini sebahagian daripada Firman Tuhan yang bercakap tentang pendisiplinan seorang anggota gereja. Menafsirkan ayat ini sebagai sekeping cek kosong untuk mendapatkan apa saja yang boleh diminta daripada Tuhan, tidak memenuhi konteks pendisiplinan gereja dan menyangkal bahagian Firman yang lain terutama sekali yang bercakap tentang kedaulatan Allah.
Sebagai tambahan, kepercayaan apabila ?dua atau tiga orang berkumpul? maka secara automatik ada kuasa sakti yang berlaku kepada doa kita, tidak dapat disokong oleh Alkitab. Memang benar Yesus hadir apabila ada dua atau tiga orang berdoa, tetapi Dia juga hadir apabila seorang percaya berdoa seorang diri walaupun terpisah beribu batu jauhnya daripada orang lain. Persekutuan doa itu penting sebab ia membentuk kesatuan (Yohanes 17:22-23), merupakan cara utama orang-orang percaya saling mendorong satu dengan yang lain (1 Tesalonika 5:11) dalam kasih dan perbuatan baik (Ibrani 10:24).