Pertanyaan-pertanyaan tentang kehidupan kristian
Soalan: Apakah Kristian?
Jawapan:
Kamus Webster mentakrifkan ?Kristian? sebagai ?seseorang yang menyatakan kepercayaannya kepada Yesus sebagai Kristus atau percaya kepada sesuatu agama yang berdasarkan ajaran Yesus?. Walaupun takrifan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk memahami makna Kristian, tetapi takrifan ini hanya definisi sekular dan belum dapat menerangkan makna Kitab Injil dengan tepat.
Perkataan Kristian digunakan tiga kali di dalam Kitab Injil (Kisah Para Rasul 11:26, 26:28, 1 Petrus 4:16). Pengikut-pengikut Yesus Kristus pertama kali dipanggil ?Kristian? di Antiokhia (Kisah Para Rasul 11:26) kerana kelakuan, aktiviti dan percakapan mereka seperti Kristus. Asalnya gelaran Kristian itu adalah digunakan oleh orang yang tidak percaya kepada Kristus di Antiokhia untuk mengetawakan Kristian. Makna harafiahnya ialah ?orang yang memihak kepada parti Kristus? atau ?pengikut Kristus?, definisi itu sangat serupa dengan definisi kamus Webster.
Malangnya, perkataan ?Kristian? telah hilang makna asalnya dan selalu digunakan ke atas orang yang menunjukkan perbuatan agamanya yang bermoral tetapi bukan untuk mereka yang dilahirkan semula dan mengikut ajaran Yesus dengan betul dan ikhlas. Ramai orang yang tidak percaya kepada Yesus menganggap diri mereka Kristian semata-mata kerana mereka pergi ke gereja ataupun hidup di negara Kristian. Tetapi, menghadiri gereja, berkhidmat untuk orang yang bernasib malang, atau menjadi orang yang baik dan bermoral tidak menjadikan kamu Kristian yang benar. Seorang pendakwa pernah menyatakan, ?Pergi ke gereja tidak menjadikan kamu Kristian dan hal ini seperti pergi ke bengkel kereta tidak menjadikan kamu kereta.? Kamu tidak akan menjadi Kristian dengan menyertai gereja, pergi ke gereja setiap hari Ahad, dan melakukan kerja-kerja di gereja.
Kitab Injil menyatakan kerja kebajikan yang kita lakukan tidak akan mendapat rahmat Tuhan. Titus 3:5 berkata, ?Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Tuhan menyelamatkan kita melalui Roh-Nya yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita.? Jadi, Kristian ialah seseorang yang dilahirkan semula oleh Tuhan (Yohanes 3:3, 3:7, 1 Petrus 1:23) dan percaya kepada Yesus sepenuhnya. Efesus 2:8 berkata, ?Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan melalui iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.? Seorang Kristian yang benar ialah orang yang menyesali dosanya dan percaya kepada Yesus sahaja. Kepercayaan mereka bukan mengikut satu set kod moral atau menganut agama tertentu, atau mempunyai satu senarai perbuatan yang boleh dilakukan atau diharamkan.
Seorang Kristian yang benar ialah orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan percaya kepada hakikat bahawa Dia mati di atas salib sebagai pampasan kepada dosa manusia dan bangkit semula pada hari ketiga sebagai bukti bahawa Dia telah berjaya memenangi kematian dan mampu memberi hidup kekal kepada mereka yang mempunyai iman di dalam-Nya. Yohanes 1:12 berkata, ?Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya;? Seorang Kristian yang benar ialah anak Tuhan, sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan seorang yang mempunyai nyawa baru di dalam Kristus. Tanda seorang Kristian yang baik ialah kasih sayang terhadap orang lain dan taat setia kepada kata-kata Tuhan (1 Yohanes 2:4, 2:10).
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.
Soalan: Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum dalam Kitab Zabur?
Jawapan:
Langkah penting untuk memahami isu ini adalah mengetahui bahawa hukum-hukum Kitab Zabur adalah diberi kepada Negara Israel dan bukannya kepada Kristian. Sebahagian daripada hukum-hukum itu adalah untuk membolehkan orang Israel mematuhi dan memuaskan syarat-syarat Tuhan (contohnya Sepuluh Perintah Tuhan); terdapat juga hukum yang mengajar orang Israel cara-cara menyembah Tuhan (sistem penyembahan); terdapat juga hukum yang membezakan Israel daripada bangsa-bangsa lain (peraturan makanan dan baju). Tiada lagi hukum Kitab Zabur yang mesti dipatuhi oleh Kristian pada masa ini. Semasa Yesus mati di atas Salib, Dia telah menamatkan keberkesanan undang-undang dalam Kitab Zabur (Roma 10:4; Galatia 3:23-25; Efesus 2:15).
Sebagai ganti kepada undang-undang dalam Kitab Zabur, kita adalah di bawah undang-undang Kristus (Galatia 6:2), iaitu ?Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati perintah Kristus. Yesus menjawab, ?Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu. Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting! Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.? (Matius 22:37-40). Jika kita mematuhi kedua-dua hukum ini, kita telah melaksanakan segala yang diminta oleh Kristus, ?Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita.?(1 Yohanes 5:3). Secara teknikal, Sepuluh Perintah Tuhan juga tidak dikenakan ke atas Kristian. Walau bagaimanapun, sembilan perintah itu diulangi di perjanjian baru dalam Kitab Injil (kecuali mematuhi Hari Sabat). Sudah ketara bahawa jika kita mengasihi Tuhan, kita tidak akan menyembah tuhan atau dewa lain yang palsu. Jika kita mengasihi jiran kita, maka kita tidak akan membunuhnya, berbohong kepadanya, berzinah dengan isterinya, atau berasa tamak dan ingin merebut harta bendanya. Oleh itu, kita tidak tertakluk di bawah undang-undang dalam Kitab Zabur. Tetapi kita perlu mengasihi Tuhan dan jiran kita dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jika kita mematuhi hukum Kristus ini, maka keperluan moral lain akan dipenuhi juga.
Soalan: Bagaimana saya boleh memahami kehendak Tuhan untuk hidup saya?
Jawapan:
Terdapat dua faktor penting untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam sesuatu keadaan (1) Pastikan segala yang kamu minta dan kehendak kamu tidak bercanggah dengan ajaran Kitab Injil. (2) Pastikan segala yang kamu minta dan hendak lakukan akan memberi kemuliaan kepada Tuhan dan membantu kamu membesar dari segi rohani. Jika kedua-dua faktor itu betul dan Tuhan masih tidak memberi kamu segala yang kamu mahu ? maka mungkin Tuhan tidak bermaksud untuk memberikan kamu segala yang kamu inginkan. Ataupun kamu perlu menunggu lebih lama lagi untuk melihat kehendak Tuhan menjadi lebih ketara. Mengetahui kehendak Tuhan kadangkala susah. Manusia hendak Tuhan memberitahu mereka segala yang perlu dibuat ? bekerja di mana, tinggal di mana, kahwin dengan siapa dan sebagainya. Roma 12:2 menyatakan, ?Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah ? iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.?
Tuhan jarang memberi kita maklumat secara terus dan spesifik. Tuhan membenarkan kita membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu. Pilihan yang tidak dibenarkan oleh Tuhan ialah pilihan yang menentang Tuhan dan berdosa. Tuhan mahu kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendak Tuhan yang baik. Jadi, bagaimana kamu boleh mengetahui kehendak Tuhan untuk kamu? Jika kamu berjalan rapat dengan Tuhan dan benar-benar mahu mematuhi kehendak Tuhan ? Tuhan akan menaruh kehendak-Nya ke dalam hati kamu. Faktor penting adalah mempunyai keinginan untuk mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kamu sendiri yang berdosa. ?Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik, tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.?(Mazmur 37:3-4). Jika Kitab Injil tidak membantah segala yang kamu mahu dan kehendak kamu secara ikhlas boleh memanfaatkan rohaniah kamu ? maka Kitab Injil memberi kamu ?kebenaran? untuk membuat pilihan dan mengikut hati kamu sendiri dalam perkara-perkara tertentu.
Soalan: Bagaimana saya boleh mengatasi dosa dalam kehidupan Kristian saya?
Jawapan:
Kitab injil membincangkan perkara-perkara berikut yang membolehkan kita mendapat kuasa bagi mengatasi dosa.
(1) Roh Kudus ? Hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Kristian (Gereja) supaya dapat hidup dengan berjaya. Tuhan menunjukkan perbezaan ketara antara nafsu badan dengan buah daripada Roh Kudus di Galatia 5:16-25. Dalam perenggan itu, kita disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus. Semua penganut mempunyai Roh Kudus tetapi kita masih disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus iaitu mematuhi undang-undang Tuhan dan sudi diperintah oleh Roh Kudus. Hal ini bermakna membuat keputusan mengikut perintah Roh Kudus dan bukannya mengikut nafsu badan.
Kesan perbezaan ke atas hidup kita yang dibawa oleh Roh Kudus boleh dilihat melalui kehidupan Petrus, dia tidak mengaku Yesus sebanyak tiga kali sebelum disentuh oleh Roh Kudus, tetapi selepas itu dia berkata dia akan mengikut Yesus sampai mati. Selepas dipenuhi oleh kuasa Roh Kudus, dia berkhutbah dengan berani mengenai Yesus di hadapan orang Yahudi di Pentakosta.
Orang yang menjalani hidup melalui Roh Kudus tidak akan menghalang pengaruh Roh Kudus (1 Tesalonika 5:19 ?Janganlah halang Roh Allah?) dan cuba diurapi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18-21). Bagaimana seorang boleh dikuasai oleh roh kudus? Pertama sekali, ialah keputusan yang dibuat oleh Tuhan dalam Perjanjian Lama. Tuhan memilih orang tertentu dan dalam keadaan tertentu Tuhan memenuhi mereka supaya mereka berkuasa menyempurnakan kerja Tuhan (Kejadian 41:38; Keluaran 31:3; Bilangan 24:2; 1 Samuel 10:10; dan lain-lain). Saya percaya terdapat bukti di dalam Efesus 5:18-21 and Kolose 3:16 bahawa Tuhan memilih mereka yang memenuhi diri mereka dengan Firman Tuhan kerana kesan semua perkara itu adalah sama. Hal ini membawa kita kepada sumber berikut.
(2) Firman Tuhan, Kitab Injil ? 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa Tuhan memberi kita Firman-Nya supaya kita boleh berbuat baik. Firman-Nya mengajar kita cara untuk hidup dan segala yang perlu dipercayai, membongkah kesalahan kita, membantu kita memperbetulkan kesalahan, dan berada di jalan yang betul. Ibrani 4:12 menyatakan bahawa, Firman Tuhan ialah kuasa yang boleh menusuk ke dalam hati kita dan menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui pengetahuan manusia. Mazmur 119:9,11,105 menyatakan bahawa Firman Tuhan ialah kuasa yang mengubah hidup kita. Yosua diberitahu bahawa punca kejayaannya semasa mengalahkan musuh (memenangi dosa) ialah tidak melupakan Firman Tuhan tetapi mengingatinya siang dan malam. Yosua mengikut prinsip ini dan berjaya dalam peperangan mendapatkan tanah janji Tuhan.
Sumber ini biasanya dianggap tidak penting oleh kita. Kita membawa Kitab ke gereja dan membacanya setiap hari, tetapi kita tidak mengingati ajarannya, tidak mengkaji dengan mendalam, tidak menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, tidak mengaku kesalahan dosa kita dan lupa memuji Tuhan kerana memberi Firman-Nya kepada kita. Kita tidak tahu bahawa Firman Tuhan adalah penting untuk rohani kita. Kita hanya membaca sedikit daripada Firman Tuhan sebagai makanan rohani semasa pergi ke gereja (tetapi tidak cukup untuk pertumbuhan yang sihat) atau kita membaca tanpa meneliti maksudnya dan betul-betul memahami Firman Tuhan.
Jika kamu belum mempunyai tabiat membaca Firman Tuhan setiap hari secara serius, maka kamu perlu menerima sentuhan daripada Roh Kudus supaya mengingatkan kamu membaca Firman Tuhan dan membacanya setiap hari. Saya cadangkan kamu menulis Firman Tuhan yang pada pendapat kamu penting di dalam buku latihan. Pastikan kamu tidak melupakan Firman Tuhan yang penting semasa kamu membuat nota sendiri. Saya juga mencatatkan doa-doa saya dan meminta Tuhan untuk mengubah sebahagian daripada hidup saya yang tidak memuaskan. Kitab Injil ialah alat yang Roh Kudus gunakan dalam hidup kita (Efesus 6:17), satu bahagian yang amat penting iaitu perisai Tuhan untuk berperang dengan kuasa Syaitan (Efesus 6:12-18)!
(3) Doa ? Satu lagi sumber penting yang diberikan oleh Tuhan. Sekali lagi, sumber ini selalu disebut sahaja oleh Tuhan tetapi tidak digunakan secara betul. Kita ada perhimpunan doa dan masa berdoa perseorangan, tetapi kita tidak berdoa dengan betul seperti gereja awal (Kisah Rasul 3:1; 4:31; 6:4;13:1-3, etc.). Paulus selalu memberitahu kita bahawa dia berdoa untuk mereka yang diajar olehnya. Tetapi kita mengabaikan kegunaan sumber ini. Tuhan memberi kita janji yang besar mengenai doa (Matius 7:7-11; Lukas 18:1-8; Yohanes 6:23-27; 1 Yohanes 5:14-15). Paulus juga mengatakan bahawa doa itu penting semasa berperang dengan kuasa jahat (Efesus 6:18).
Betapa pentingnya hal ini? Lihat kepada segala yang diberitahu oleh Yesus kepada Petrus di taman Getsemani sebelum penafian Petrus. Di sana, Yesus berdoa tetapi Petrus tidur. Yesus membangunkan dia dan berkata, ?Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.? (Matius 26:41). Kita, seperti Petrus, mahu membuat segala yang betul tetapi tidak berkuasa. Kita perlu mengikut nasihat Tuhan iaitu selalu mencari, mengetuk pintu dan bertanya-tanya ? dan dia akan memberikan kita kuasa yang kita perlukan (Matius 7:7). Tetapi kita perlu memberi lebih daripada kata-kata dari mulut sahaja.
Saya bukan mengatakan bahawa doa ini seperti ilmu sihir. Tuhan patut ditakuti dan dihormati. Doa ialah satu cara mengaku kelemahan kita dan kekuatan Tuhan yang besar dan bergantung kepada Tuhan untuk mendapatkan kuasa dan tenaga bagi melakukan segala yang Tuhan mahu kita lakukan dan bukannya segala yang kita mahu lakukan kerana nafsu kita sendiri (1 Yohanes 5:14-15).
(4) Gereja ? sumber akhir ini juga sering kita lupakan. Semasa Yesus menghantar pengikutnya keluar, Dia menghantar mereka dua orang sekali (Matius 10:1). Apabila kita membaca cerita mubaligh di dalam Kisah Rasul, mereka bukan keseorangan tetapi bergerak dalam kumpulan. Yesus berkata bahawa apabila ada dua atau lebih orang berkumpul dalam namanya, Dia akan bersama mereka (Matius 18:20). Dia memerintah kita supaya jangan berhenti berkumpul dan menggunakan masa berkumpul itu untuk menggalakkan sesama sendiri dengan kasih sayang dan melakukan hal yang baik (Ibrani 10:24-25). Dia mahukan kita mengaku kesalahan masing-masing (Yakobus 5:16). Melalui kebijaksanaan Perjanjian Lama, kita diberitahu bahawa besi menajamkan besi, jadi seseorang boleh membetulkan kawannya (Amsal 27:17) "Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan." (Pengkhutbah 4:11-12). Tenaga kita berganda jika kita bersatu padu.
Terdapat orang yang mencari rakan lelaki atau perempuan di dalam gereja dan berkongsi pengalaman mereka mengenai hidup mereka mengikut ajaran agama Kristian dan berusaha mengatasi masalah ketidakpercayaan. Mereka juga berdoa untuk satu sama lain dengan menggunakan Firman Tuhan.
Kadang-kadang perubahan datang dengan segera. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu perubahan adalah lambat. Tetapi Tuhan berjanji bahawa jika kita menggunakan sumber yang diberikan oleh-Nya, Dia akan membawa perubahan yang baik ke dalam hidup kita. Kita mesti sentiasa percaya bahawa Tuhan taat kepada janji-Nya sendiri.
Soalan: Bagaimanakah saya dapat menginjili sahabat-sahabat dan keluarga tanpa menyakitkan perasaan dan menjauhkan mereka?
Jawapan:
Setiap orang Kristian mempunyai ahli keluarga, seorang sahabat, rakan sekerja atau kenalan yang bukan seorang Kristian. Mengongsikan khabar baik kepada orang lain boleh menjadi satu perkara yang sukar untuk dilakukan dan ianya lebih sukar lagi apabila melibatkan seseorang yang dengannya kita mempunyai ikatan emosi yang dekat. Alkitab berkata beberapa orang akan merasa disakiti terhadap pemberitaan Injil (Lukas 12:51-53). Bagaimanapun kita diperintahkan untuk mengongsikan khabar baik dan tidak ada alasan untuk tidak melakukannya (Matius 28:19-20; Kisah 1:8; 1 Petrus 3:15).
Jadi, bagaimanakah hendak menginjili ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan sekerja dan kenalan-kenalan kita? Perkara terpenting yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk mereka. Berdoa agar Tuhan mengubah hati mereka dan membuka mata mereka (2 Korintus 4:4) terhadap kebenaran Injil. Berdoa agar Tuhan meyakinkan mereka tentang kasih-Nya terhadap mereka dan keperluan mereka untuk mendapatkan keselamatan. Berdoa untuk mendapatkan hikmat bagaimana untuk dapat melayani mereka (Yakobus 1:5). Tambahan kepada berdoa, kita harus menjalani kehidupan Kristian yang suci supaya mereka dapat melihat perubahan yang Tuhan telah lakukan dalam kehidupan kita (1 Petrus 3:1-2). Francis dari Asisi pernah berkata, ?Beritakan Injil di setiap waktu dan sekiranya perlu gunakanlah perkataan.?
Akhir sekali, kita mesti mahu dan berani mengongsikan Injil yang sebenar. Beritakan Injil keselamatan melalui Yesus Kristus kepada sahabat-sahabat dan keluarga (Roma 10:9-10). Bersedialah pada setiap waktu untuk bercakap tentang iman (1 Petrus 3:15) dan lakukannya dengan lemah lembut dan hormat. Akhirnya, serahkan keselamatan orang-orang yang kita kasihi kepada Tuhan. Penyelamatan terletak dalam kuasa dan anugerah Tuhan, bukan pada usaha kita. Cara yang terbaik dan yang terutama adalah berdoa bagi mereka, bersaksi kepada mereka dan hidup sebagai seorang Kristian di hadapan mereka.
Soalan: Puasa Kristian - apakah yang dikatakan Alkitab?
Jawapan:
Firman Tuhan tidak memberi perintah supaya orang Kristian berpuasa. Tuhan tidak meminta atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama Alkitab menyatakan bahawa puasa itu baik dan menguntungkan. Dalam Kisah Para Rasul orang-orang percaya berpuasa sebelum mengambil keputusan-keputusan penting (Kisah 13:4, 14:23). Puasa dan doa seringkali dikaitkan bersama (Lukas 2:37; 5:33). Terlalu sering, puasa berfokus kepada pengurangan makanan. Sebenarnya puasa bertujuan mengalihkan pandangan kita daripada perkara-perkara dunia untuk fokus sepenuhnya kepada Tuhan. Puasa merupakan cara untuk menyatakan kepada Tuhan dan diri sendiri bahawa kita bersungguh-sungguh dalam perhubungan dengan Dia. Berpuasa membantu kita untuk mendapatkan sudut pandangan baru dan memperbaharui kebergantungan kita kepada Tuhan.
Walaupun hampir setiap peristiwa berpuasa dalam Alkitab merupakan penahanan diri terhadap makanan, terdapat cara lain juga untuk berpuasa. Apa yang kita lepaskan seketika supaya dapat memberi perhatian dan fokus kepada Tuhan boleh dikira sebagai berpuasa (1 Korintus 7:1-5). Berpuasa perlu ditetapkan pada masa tertentu, terutama sekali apabila mehanan diri terhadap makanan. Masa yang diperpanjang tanpa makanan dapat memudaratkan tubuh. Berpuasa bukan bertujuan menyiksa tubuh, tetapi untuk mengarahkan semula perhatian kita kepada Tuhan. Berpuasa juga tidak boleh dijadikan salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan. Tujuan berpuasa Alkitabiah bukan untuk mengurangkan berat badan melainkan untuk mendapatkan perhubungan lebih dalam dengan Tuhan. Semua orang dapat berpuasa, tetapi beberapa orang mungkin tidak dapat berpuasa dari makanan (Contoh, orang bepenyakit kencing manis). Semua orang dapat melepas sesuatu untuk seketika bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.
Dengan mengalihkan pandangan daripada perkara dunia, kita dapat memberikan perhatian kepada Tuhan. Berpuasa bukan cara untuk mendapatkan Tuhan melakukan kehendak kita. Berpuasa mengubah kita, bukan mengubah Tuhan. Kita berpuasa juga bukan untuk kelihatan lebih rohani daripada orang lain. Berpuasa perlu dilakukan dalam roh yang rendah hati dan sikap hati yang penuh sukacita. Matius 6:16-18 berkata, "Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahwa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahwa engkau sedang berpuasa, melainkan hanya oleh Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu."
Soalan: Bagaimanakah saya dapat mengampuni orang yang bersalah terhadap saya?
Jawapan:
Setiap orang pernah disalahi, disakiti dan diperlakukan dengan cara yang tidak sepatutnya di suatu waktu tertentu dalam hidup mereka. Bagaimana respon seorang Kristian apabila perkara-perkara itu berlaku ke atas dirinya? Menurut Alkitab, kita perlu mengampuni. Efesus 4:32 menyatakan, ?Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kamu.? Demikian juga, Kolose 3:13 berkata, ?Sabarlah kamu seorang terhadap yang lain, dan ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu, kamu perbuat jugalah demikian.? Kunci dalam dua rujukan ayat ini adalah mengampuni sebagaimana Tuhan juga telah mengampuni. Mengapakah kita mengampuni? Kerana kita telah diampuni! Orang-orang bukan Kristian, mereka belum diampuni oleh Tuhan dan tidak mempunyai kuasa dan keinginan untuk mengampuni orang lain.
Pengampunan itu mudah dilakukan apabila diberikan hanya kepada mereka yang datang meminta ampun dalam penuh kesedihan dan penyesalan. Alkitab berkata kita perlu mengampuni tanpa syarat semua orang yang berbuat salah terhadap kita. Keengganan mengampuni seseorang menampakkan kebencian,kepahitan dan kemarahan yang tidak menampakkan ciri-ciri seorang Kristian. Dalam doa yang diajarkan Tuhan Yesus, kita meminta Tuhan mengampuni kesalahan kita sebagaimana kita juga mengampuni orang yang bersalah terhadap kita (Matius 6:12). Yesus berkata dalam Matius 6:14-15, ?Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu? Bila dibandingkan dengan ayat-ayat Firman Tuhan lain yang bercakap tentang penagmpunan, Matius 6:14-15 dapat difahami sebagai bermaksud, orang-orang yang enggan mengampuni orang lain sebenarnya belum benar-benar mengalami pengampunan Tuhan bagi diri mereka sendiri.
Setiap kali kita melanggar salah satu daripada perintah Tuhan, kita berbuat dosa terhadap Dia. Apabila kita bersalah terhadap seseorang, kita bersalah bukan hanya terhadap orang itu tetapi juga terhadap Tuhan. Bila kita mempertimbangkan Tuhan yang telah mengampuni semua pelanggaran-pelanggran kita, kita disedarkan bahawa kita tidak berhak menghalang anugerah ini untuk dialami orang lain. Kita kerap berbuat dosa terhadap Tuhan yang jauh melebihi kekerapan kesalahan seseorang terhadap kita. Kalau Tuhan telah sedemikian mengampuni kita, bagaimana mungkin kita tidak dapat mengampuni orang yang bersalah sedikit sahaja terhadap kita? Perumpamaan Yesus dalam Matius 18:23-35 merupakan contoh pengampunan yang sangat baik. Tuhan berjanji kalau kita datang kepada-Nya meminta ampun, Dia akan memberikannya dengan percuma (1 Yohanes 1:9). Pengampunan yang kita ulurkan seharusnya tidak terbatas, sama seperti pengampunan Tuhan juga tidak terbatas (Lukas 17:3-4).
Soalan: Apakah pertumbuhan rohani?
Jawapan:
Pertumbuhan rohani adalah proses menjadi lserupa dengan Yesus Kristus. Apabila kita meletakkan iman kita di dalam Kristus, Roh Kudus mula mengerjakan satu proses di dalam kita untuk menjadikan dan membentuk kita menjadi semakin serupa dengan Yesus. Pertumbuhan rohani dijelaskan dengan baik dalam 2 Petrus 1: 3-8. Bahagian ini berkata dengan kuasa Allah kita mempunyai segala yang diperlukan untuk menjalani kehidupan kudus yang merupakan sasaran pertumbuhan rohani. Perhatikan apa yang diperlukan untuk pertumbuhan rohani datang ?melalui pengenalan kita akan Dia? juga merupakan kunci untuk mendapatkan semua yang kita perlukan. Kita mengenal Dia daripada Firman yang telah diberikan kepada kita untuk pembangunan dan pertumbuhan kita.
Terdapat dua senarai dalam Galatia 5:19-23. Ayat-ayat 19-21 menyenaraikan ?perbuatan-perbuatan daging?. Inilah perkara-perkara yang mewarnai kehidupan kita sebelum kita datang kepada Kristus. Perbuatan-perbuatan daging adalah kegiatan-kegiatan yang kita perlu tinggalkan dan kalahkan dengan pertolongan Tuhan. Apabila kita mengalami pertumbuhan rohani maka perbuatan daging akan berkurangan dalam kehidupan kita. Senarai kedua adalah ?buah Roh? (ayat 22-23). Buah Roh perlu mewarnai kehidupan kita setelah kita mengalami keselamatan dalam Yesus Kristus. Pertumbuhan rohani dikenalpasti dengan adanya buah Roh yang semakin nyata dalam kehidupan kita.
Apabila transfomasi keselamatan mengambil tempatnya, pertumbuhan rohani bermula. Roh Kudus diam di dalam kita (Yohanes 14:16-17). Kita adalah ciptaan baru dalam Kristus (2 Korintus 5:17). Manusia lama digantikan dengan manusia yang baru (Roma 6-7). Pertumbuhan rohani merupakan proses sepanjang hayat yang sangat bergantung kepada penyelidikan dan penerapan Firman Tuhan dalam kehidupan kita (2 Timotius 3:16-17) dan membawa langkah-langkah kita dalam pimpinan Roh Kudus (Galatia 5:16-26). Untuk mendapatkan pertumbuhan rohani, kita perlu berdoa supaya Tuhan memberikan hikmat berhubung bahagian kehidupan kita yang memerlukan pertumbuhan. Kita boleh meminta Tuhan untuk meningkatkan iman dan pengenalan kita terhadap Dia. Tuhan ingin agar kita bertumbuh secara rohani dan telah memberikan semua yang kita perlukan untuk itu. Dengan bantuan Roh Kudus kita dapat mengalahkan dosa dan menjadi semakin serupa dengan Penyelamat dan Tuhan kita, Yesus Kristus.
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang peperangan rohani?
Jawapan:
Terdapat dua kesalahan utama bila bercakap tentang peperangan rohani ? penekanan berlebihan dan kurangnya penekanan. Beberapa orang mempersalahkan roh-roh jahat untuk setiap dosa, konflik, masalah dan roh-roh jahat ini perlu diusir keluar. Orang lain pula sama sekali tidak menghirau tentang dunia roh dan kenyataan yang dikatakan Alkitab bahawa kita sedang berperang menentang kuasa-kuasa roh kegelapan. Kunci kepada peperangan rohani yang berhasil adalah mencari keseimbangan Alkitabiah. Yesus kadangkala mengusir roh-roh jahat keluar daripada orang dan pada masa lain Dia menyembuhkan penyakit tanpa menyebut kehadiran roh jahat. Rasul Paulus mengarahkan orang Kristian untuk berperang melawan dosa (Roma 6) dan berperang melawan si Jahat (Efesus 6:10-18).
Efesus 6:10-12 menyatakan, ?Akhirnya, hendaklah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasa-Nya. Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.? Teks Firman Tuhan ini mengajar kebenaran yang sangat penting iaitu kita dapat menjadi kuat hanya dalam kuasa Tuhan. Perisai Tuhan melindungi kita dan peperangan kita adalah melawan kuasa-kuasa roh kegelapan yang ada dalam dunia.
Satu contoh yang sangat baik tentang kuat dalam kuasa Tuhan adalah Penghulu Malaikat, Mikhael dalam Yudas 9. Mikhael di antara yang paling berkuasa di antara kesemua malaikat-malaikat Tuhan tidak menghardik Iblis dalam kuasanya sendiri tetapi dia berkata "Kiranya Tuhan menghardik engkau!" Wahyu 12:7-8 merekodkan kemenangan Mikhael terhadap Iblis. Namun begitu, apabila berlawan dengan Iblis Mikhael menghardik Iblis dalam nama dan wibawa Tuhan dan bukannya dalam kekuatannya sendiri. Orang-orang Kristian hanya mempunyai wibawa terhadap Iblis melalui perhubungan yang telah dijalin dengan Tuhan Yesus Kristus dan hanya di dalam Nama-Nya hardikan kita mempunyai kuasa.
Efesus 6:13-18 memberi penjelasan tentang perlengkapan peperangan rohani yang Tuhan berikan kepada kita. Kita perlu berdiri teguh dengan berikatpinggangkan kebenaran, berbajuzirahkan keadilan, berkasutkan kasut kerelaan memberikatakan Injil damai sejahtera, perisai iman, topi keselamatan, pedang Roh, dan berdoa di dalam Roh. Apakah yang diwakili oleh setiap bahagian perlengkapan senjata Allah ini? Kita perlu bercakap benar melawan tipu daya Iblis. Kita perlu bertenang oleh kenyataan Allah tentang diri kita yang ?telah diisytiharkan benar oleh korban Kristus?. Kita perlu memberitakan Injil tanpa menghirau banyaknya tentangan yang dihadapi. Kita tidak boleh menjadi lemah dalam iman walaupun diserang dengan kuat. Perlindungan kita yang terakhir adalah keyakinan terhadap keselamatan. Tidak ada kuasa roh jahat manapun yang dapat mengambil keyakinan ini daripada kita. Senjata kita untuk menyerang adalah Firman Tuhan, bukan dengan pendapat kita sendiri atau perasaan kita. Kita perlu mencontohi Yesus dalam mengenalpasti beberapa peperangan rohani hanya dapat dimenangi dengan doa.
Yesus adalah contoh terunggul dalam peperangan rohani. Perhatikan bagaimana Yesus menangani serangan-serangan Iblis sewaktu digoda di padang gurun (Matius 4:1-11). Setiap pencobaan di hadapi dan dibalas dengan cara yang sama ? iaitu dengan berkata ?Ada tertulis.? Yesus tahu Firman Allah yang hidup merupakan senjata yang paling berkuasa terhadap pencobaan Iblis. Sekiranya Yesus sendiri menggunakan Firman untuk menyerang balas, beranikah kita menggunakan sesuatu yang kurang daripada Firman Tuhan?
Contoh untuk dielakkan dalam peperangan rohani adalah contoh anak-anak Skewa. ?Juga beberapa tukang jampi Yahudi, yang berjalan keliling di negeri itu, mencoba menyebut nama Tuhan Yesus atas mereka yang kerasukan roh jahat dengan berseru, katanya: "Aku menyumpahi kamu demi nama Yesus yang diberitakan oleh Paulus." Mereka yang melakukan hal itu ialah tujuh orang anak dari seorang imam kepala Yahudi yang bernama Skewa.Tetapi roh jahat itu menjawab: "Yesus aku kenal, dan Paulus aku ketahui, tetapi kamu, siapakah kamu?" Dan orang yang dirasuk roh jahat itu menerpa mereka dan menggagahi mereka semua dan mengalahkannya, sehingga mereka lari dari rumah orang itu dengan telanjang dan luka-luka (Kisah 19:13-16). Tujuh orang anak-anak Skewa menggunakan nama Yesus. Itu tidak mencukupi. Anak-anak Skewa tidak mempunyai perhubungan dengan Yesus, oleh sebab itu perkataan mereka tidak mempunyai kuasa dan wibawa sedikitpun. Anak-anak Skewa bergantung kepada kaedah-kaedah. Mereka tidak bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat mereka dan mereka juga tidak menggunakan Firman Tuhan dalam peperangan rohani mereka. Akibatnya mereka telah mengalami kekalahan yang sangat memalukan. Marilah belajar daripada contoh ini dan melakukan peperangan rohani sebagaimana yang diajarkan dalam Alkitab.
Sebagai kesimpulan, apakah kunci kepada kejayaan dalam peperangan rohani? Pertama, kita bergantung kepada kuasa Tuhan dan bukan pada kuasa kita sendiri. Kedua, kita menghardik dalam nama Yesus, bukan dalam nama sendiri. Ketiga,kita melindungi diri kita dengan seluruh perlengkapan senjata Allah. Keempat, kita maju berperang dengan pedang Roh?iaitu Firman Tuhan. Akhir sekali kita menyedari bukan semua dosa dan masalah merupakan perbuatan roh jahat yang perlu dihardik.
Soalan: Bagaimanakah kita dapat mengenal suara Tuhan?
Jawapan:
Pertanyaan ini telah ditanya oleh ramai orang yang tidak terkira bilangannya sejak turun temurun. Samuel telah mendengar suara Tuhan tetapi tidak mengenal suara itu sebelum diajar oleh Eli (1 Samuel 3:1-10). Gideon mendapat penglihatan fizikal daripada Tuhan, tetapi masih meraguinya sehingga meminta petanda daripada Tuhan beberapa kali (Hakim-Hakim 6:17-22, 36-40). Apabila kita mendengar suara Tuhan, bagaimanakah kita tahu bahawa Dia yang sedang bercakap? Pertama sekali, sekarang kita memiliki apa yang tidak ada pada Gideon dan Samuel. Kita mempunyai Alkitab yang lengkap, Firman Allah yang telah diilhami untuk kita baca selidiki dan renungkan. ?Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik? (2 Timotius 3:16-17). Apabila kita mempunyai pertanyaan berhubung suatu perkara atau keputusan yang hendak diambil, kita perlu melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang perkara itu. Tuhan tidak akan membawa atau memimpin kita bertentangan dengan apa yang telah diajarkan atau dijanjikan di dalam Firman-Nya (Titus 1:2).
Kedua, untuk mendengar suara Tuhan kita mesti mengenal suara itu. Yesus berkata, ?Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku? (Yohanes 10:27). Mereka yang mendengar suara Tuhan adalah mereka yang sudah menjadi milik-Nya iaitu orang-orang yang telah diselamatkan oleh anugerah melalui iman di dalam Tuhan Yesus. Inilah domba-domba yang mendengar dan mengenal suara-Nya, sebab mereka mengenal-Nya sebagai gembala mereka dan mereka mengenal suara-Nya. Sekiranya kita mahu mengenal suara-Nya, kita mestilah menjadi milik-Nya.
Ketiga, kita mendengar suara Tuhan apabila kita meluangkan masa dalam doa, penyelidikan Alkitab dan tenang merenungkan Firman-Nya. Lebih banyak masa diluangkan untuk intim dengan Tuhan di dalam doa dan Firman-Nya maka semakin mudah mengenal suara dan pimpinan-Nya dalam kehidupan kita. Pekerja bank dilatih untuk mengenal wang palsu dengan mengkaji wang asli dengan sangat dekat. Akibatnya mereka dengan mudah dapat mengesan kepalsuan. Kita perlu membiasakan diri dengan Firman Tuhan supaya apabila Tuhan sedang bercakap atau memimpin kita, ianya jelas daripada Tuhan. Tuhan bercakap kepada kita supaya kita memahami kebenaran. Walaupun Tuhan dapat bercakap dengan suara yang kedengaran, Dia bercakap terutama sekali melalui Firman-Nya kepada kita, kadangkala melalui Roh Kudus ke dalam hati nurani, melalui keadaan dan melalui orang lain. Dengan menguji apa yang didengar dengan kebenaran Firman Tuhan, kita akan belajar untuk mengenal suara-Nya.