Pertanyaan-pertanyaan tentang Roh Kudus
Soalan: Siapakah Roh Kudus?
Jawapan:
Terdapat banyak salah faham mengenai identiti Roh Kudus. Ada orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa mistik. Ada pula orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang boleh diperolehi oleh orang yang percaya kepada Kristus. Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai identiti Roh Kudus? Secara ringkas, Kitab Injil mengatakan bahawa Roh Kudus ialah Tuhan. Kitab Injil juga mengatakan bahawa Roh Kudus mempunyai Pendirian, suatu Kewujudan yang mempunyai fikiran, emosi dan niat.
Fakta-fakta yang menunjukkan Roh Kudus ialah Tuhan boleh dilihat dengan ketara dalam banyak ayat-ayat suci Kitab Injil seperti Kisah Rasul-Rasul 5:3-4. Dalam ayat ini, Petrus menegur Ananias dan bertanya mengapa dia menipu Roh Kudus dan berkata bahawa Ananias ?bukan hanya menipu manusia tetapi juga Tuhan.? Adalah ketara bahawa menipu Roh Kudus adalah sama dengan menipu Tuhan. Kita juga boleh mengetahui bahawa Roh Kudus ialah Tuhan kerana Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat ketuhanan. Sebagai contoh, Roh Kudus hadir di semua tempat seperti yang dikatakan di Mazmur 139:7-8, ?Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada roh-Mu, ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga.? Kemudian di 1 Korintus 2:10 kita dapat melihat sifat maha-pengetahuan Roh Kudus. ?Tetapi melalui Roh-Nya, Allah menyatakan rancangan-Nya kepada kita. Roh Allah menyelidiki segala sesuatu, bahkan rancangan Allah yang paling tersembunyi sekalipun.?
Kita ketahui bahawa Roh Kudus adalah Bersendirian kerana Dia mempunyai fikiran, emosi dan tekad. Roh Kudus berfikir dan mengetahui (1 Korintus 2:10). Roh Kudus boleh dipisahkan (Efesus 4:30). Roh Kudus membuat rayuan bagi pihak kita (Roma 8:26-27). Roh Kudus membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri (1 Korintus 12:7-11). Roh Kudus ialah Tuhan, Orang Ketiga dalam Triniti. Seperti Tuhan, Roh Kudus boleh berfungsi sebagai Penasihat dan Pembawa ketenangan yang dijanjikan oleh Yesus (Yohanes 14:16,26; 15:26).
Soalan: Bilakah atau bagaimanakah kita menerima Roh Kudus?
Jawapan:
Rasul Paulus mengajar kita dengan jelas bahawa kita menerima Roh Kudus pada saat kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai penyelamat kita. 1 Korintus 12:13 mengisytiharkan bahawa, "Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Tuhan sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita." Roma 8:9 memberitahu kita bahawa jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus - "Tetapi kamu tidak lagi hidup menurut tabiat manusia. Kamu hidup menurut kehendak Roh Allah ? jika Roh Allah menguasai hidup kamu. Sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, orang itu bukan milik Kristus." Efesus 1:13-14 mengajar kita bahawa Roh Kudus ialah jaminan penyelamatan bagi mereka yang percaya, "Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu menyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya."
Tiga ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Roh Kudus mesti diterima pada saat penyelamatan. Paulus tidak akan mengatakan bahawa kita dibaptis dalam satu Roh dan dicurahkan dengan Roh yang sama jika bukan semua penganut di Korintus memiliki Roh Kudus. Roma 8:9 memberi lebih penekanan. Jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus. Maka, mempunyai Roh Kudus ialah satu faktor yang mengenal pasti samada kita mempunyai penyelamatan. Selanjutnya, Roh Kudus tidak boleh menjadi ?jaminan penyelamatan? (Efesus 1:13-14) jika Dia tidak diterima pada masa penyelamatan. Banyak firman yang menjadikannya sangat jelas bahawa penyelamatan kita terjamin pada saat kita menerima Kristus sebagai Penyelamat.
Perbincangan ini menimbulkan perbalahan kerana ministri Roh Kudus kerap mengelirukan. Menerima atau didiami Roh Kudus berlaku pada saat penyelamatan. Dipenuhi dengan Roh Kudus ialah proses yang berterusan dalam kehidupan Kristian. Walaupun kita percaya bahawa pembaptisan Roh Kudus berlaku pada saat penyelamatan, sesetengah Kristian tidak berpendapat demikian. Maka hal ini menyebabkan pembaptisan Roh Kudus kadangkala dikelirukan dengan ?menerima Roh Kudus? sebagai tindakan selepas penyelamatan. Sebagai kesimpulannya, bagaimanakah kita menerima Roh Kudus? Kita menerima Roh Kudus hanya dengan mempercayai Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat kita (Yohanes 3:5-16). Bilakah kita menerima Roh Kudus? Roh Kudus menjadi kepunyaan tetap kita pada saat kita percaya.
Soalan: Apakah pengkufuran terhadap Roh Kudus?
Jawapan:
Kes ?pengkufuran Roh Kudus" dalam Perjanjian Baru disebut dalam Markus 3:22-30 dan dalam Matius 12:22-32. Istilah pengkufuran boleh didefinisikan secara am sebagai ?keingkaran akibat tidak hormat?. Kita boleh menggunakan istilah ini pada dosa seperti mengutuk Tuhan atau sengaja merendahkan perkara-perkara berkaitan dengan Tuhan. Begitu juga dengan mengatakan bahawa Tuhan mempunyai sifat jahat atau menafikan kebaikan yang merupakan sifat Tuhan. Walau bagaimanapun, kes pengkufuran ini adalah spesifik iaitu dipanggil ?pengkufuran terhadap Roh Kudus? dalam Matius 12:31. Dalam Matius 12:31-32, para farisi mendakwa bahawa Yesus dirasuk roh jahat ?Beelzebul? setelah menyaksikan bukti yang tidak dapat dinafikan bahawa Yesus melakukan mukjizat dengan kuasa Roh Kudus (Matius 12:24). Dalam Markus 3:30 Yesus dengan spesifik menjelaskan tindakan mereka yang ?mengkufuri Roh Kudus."
Pengkufuran berlaku apabila salah seorang menuduh Yesus Kristus dirasuk roh jahat dan bukannya Roh Tuhan. Terdapat cara-cara lain untuk mengkufuri Roh Kudus, tetapi pengkufuran ini tidak dapat diampuni. Sebagai akibatnya, pengkufuran Roh Kudus tidak boleh diduplikasi hari ini. Yesus Kristus tidak berada di bumi tetapi duduk di sebelah kanan Tuhan. Tiada sesiapa yang boleh menyaksikan Yesus Kristus melaksanakan mukjizat dan menyifatkannya sebagai kuasa syaitan dan bukannya Roh Kudus. Walaupun tiada pengkufuran Roh Kudus pada hari ini, kita perlu sentiasa ingat bahawa terdapat keadaan yang tidak dapat diampuni iaitu keadaan ketidakpercayaan yang berterusan. Tiada pengampunan bagi mereka yang mati dalam ketidakpercayaan. Sentiasa menolak bisikan Roh Kudus untuk percaya kepada Yesus Kristus ialah pengkufuran yang tidak dapat diampuni. Ingat segala yang dinyatakan dalam Yohanes 3:16, "Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal." Seseorang hanya tidak akan menerima pengampunan apabila dia bukan antara ?orang yang percaya?.
Soalan: Bagaimanakah saya boleh diurapi oleh Roh Kudus?
Jawapan:
Satu ayat penting yang membincangkan urapan Roh Kudus pada zaman ini ialah Yohanes 14:16, Yesus berjanji bahawa Roh Kudus akan mendiami para pengikut-Nya dan mendiami mereka selama-lamanya. Penting bagi kita untuk membezakan didiami oleh Roh Kudus dan diurapi oleh Roh Kudus. Didiami oleh Roh Kudus selama-lamanya bukan untuk beberapa pengikut yang terpilih, tetapi sebaliknya adalah untuk semua pengikut. Terdapat beberapa rujukan dalam ayat-ayat suci yang menyokong kesimpulan ini. Pertama ialah Roh Kudus merupakan anugerah yang diberikan kepada semua orang yang percaya kepada Yesus tanpa pengecualian, dan tiada syarat yang mengikat anugerah ini kecuali iman dalam Kristus (Yohanes 7:37-39). Kedua ialah Roh Kudus dianugerahkan pada saat penyelamatan. Efesus 1:13 menunjukkan bahawa Roh Kudus diberikan pada saat penyelamatan. Galatia 3:2 juga menekankan kebenaran ini, dengan menyatakan bahawa penerimaan Roh Kudus dimeteraikan pada saat kita percaya dan kita didiami oleh Roh Kudus. Ketiga, Roh Kudus mendiami para pengikut secara kekal. Roh Kudus dianugerahkan kepada para pengikut sebagai bayaran awal atau pengesahan kemuliaan mereka dalam Kristus pada masa hadapan (2 Korintus 1:22; Efesus 4:30).
Hal ini bertentangan dengan arahan urapan Roh Kudus yang dijumpai dalam Efesus 5:18. Kita harus menyerah sepenuhnya kepada Roh Kudus supaya Dia boleh memiliki kita sepenuhnya, dan hal ini bermakna mengurapi kita. Roma 8:9 dan Efesus 1:13-14 menyatakan bahawa Dia mendiami setiap pengikut, tetapi Dia boleh berasa sedih (Efesus 4:30), dan aktiviti Dia dalam diri kita boleh terhalang (1 Tesalonika 5:19). Apabila kita membenarkan hal ini berlaku, kita tidak dapat mengalami sepenuhnya kuasa Roh Kudus yang bekerja dalam dan melalui kita. Diurapi oleh Roh Kudus menyifatkan kebebasan yang diberikan kepada-Nya untuk memenuhi setiap bahagian hidup kita, mengarah dan mengawal kita. Maka kuasa-Nya boleh dilepaskan melalui kita supaya segala yang kita lakukan membuahkan hasil kepada Tuhan. Urapan Roh Kudus bukan merujuk kepada tindakan luaran sahaja; urapan ini juga merujuk kepada pemikiran dalaman dan niat tindakan kita. Mazmur 19:14 menyatakan, "Semoga kata-kata dan renunganku diterima oleh-Mu, ya Tuhan, pelindung dan penebusku."
Dosa memisahkan kita daripada urapan Roh Kudus, dan kepatuhan kepada Tuhan mengekalkan urapan Roh Kudus. Walaupun fokus kita sepatutnya adalah diurapi seperti yang diperintah dalam Efesus 5:18, tetapi berdoa supaya diurapi oleh Roh Kudus tidak akan membantu kita membuahkan hasil daripada Roh Kudus. Hanya kepatuhan kita kepada perintah Tuhan membolehkan Roh Kudus bebas bekerja dalam diri kita. Disebabkan kita adalah ciptaan yang berdosa, tidak mungkin kita boleh diurapi oleh Roh Kudus setiap masa. Kita patut serta-merta menangani dosa dalam hidup kita, dan membaharui komitmen kita untuk diurapi oleh Roh Kudus dan dipimpin oleh Roh Kudus.
Soalan: Apakah pembaptisan Roh Kudus?
Jawapan:
Pembaptisan Roh Kudus boleh didefinisikan sebagai kerja Roh Tuhan menyatukan penganut dengan Kristus dan menyatukan penganut dengan penganut-penganut lain dalam Tubuh Kristus pada saat penyelamatan. 1 Korintus 12:12-13 dan Roma 6:1-4 adalah perenggan tumpuan dalam Kitab Injil yang mengandungi ajaran ini. 1 Korintus 12:13 menyatakan, "Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Tuhan sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita." Roma 6:1-4 menyatakan, "Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Tuhan semakin bertambah? Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita? Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Yesus Kristus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru." Walaupun Roma 6 tidak menyatakan Roh Kudus dengan spesifik, ayat-ayat ini mengambarkan kedudukan penganut dalam Tuhan dan 1 Korintus 12 memberitahu kita bagaimana keadaan ini berlaku.
Tiga fakta yang perlu diperhatikan bagi membantu memantapkan pemahaman kita mengenai pembaptisan Roh Kudus. Pertama, 1 Korintus 12:13 jelas menyatakan bahawa semua orang telah dibaptis seperti semua orang telah dipaksa minum (didiami oleh Roh Kudus). Kedua, tiada bahagian dalam Alkitab yang menggesa para penganut untuk dibaptis dengan Roh Kudus. Hal ini menunjukkan bahawa semua penganut telah mengalami ministri ini. Akhir sekali, Efesus 4:5 seperti merujuk kepada pembaptisan Roh Kudus. Jika hal ini benar, pembaptisan Roh Kudus adalah realiti setiap penganut, seperti ?satu iman? dan ?seorang Bapa?.
Sebagai kesimpulannya, pembaptisan Roh Kudus melakukan dua perkara, (1) menyatukan kita dengan Tubuh Kristus, dan (2) menjadikan kenyataan penyaliban kita bersama Kristus. Berada dalam Tubuh-Nya bermakna kita telah bangkit bersama-Nya dan mengamalkan hidup yang baru (Roma 6:4). Kita patut menggunakan berkat rohani bagi memastikan Tubuh ini berfungsi dengan baik seperti yang dinyatakan dalam konteks 1 Korintus 12:13. Mengalami satu pembaptisan Roh Kudus adalah demi menyatukan gereja, seperti dalam konteks Efesus 4:5. Bersekutu dengan Kristus dalam kematian, pengebumian dan kebangkitan-Nya melalui pembaptisan Roh Kudus menetapkan dasar untuk menyedari pemisahan kita dengan kuasa dosa yang mendiami diri kita dan pengamalan hidup yang baru (Roma 6:1-10, Kolose 2:12).
Soalan: Bagaimanakah saya boleh mengetahui apakah kebolehan rohani saya?
Jawapan:
Sememangnya tiada formula ghaib atau ujian kebolehan rohani yang boleh memberitahu kita dengan tepat kurnia daripada Roh Tuhan kepada kita. Roh Kudus mengagihkan kurnia-kurnia-Nya seperti yang dikehendaki-Nya (1 Korintus 12:7-11). Pada masa yang sama, Tuhan tidak mahu kita jahil berkenaan dengan cara Dia hendak kita melayani-Nya. Masalahnya ialah kita mudah terperangkap dengan kebolehan rohani sehinggakan kita hanya mahu melayani Tuhan dalam ministri yang kita rasa kita diberikan kebolehan rohani untuk melakukannya. Cara ini bukan cara kebolehan rohani sepatutnya digunakan. Tuhan menyuruh kita melayani-Nya dengan patuh. Dia akan melengkapi kita dengan segala kebolehan rohani yang kita perlukan untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh-Nya.
Mengenal pasti kebolehan rohani kita boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Ujian kebolehan rohani boleh membantu kita memahami kebolehan rohani kita tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya padanya. Pengesahan daripada orang lain juga membantu kita melihat kebolehan rohani kita. Orang lain yang memerhatikan kita melayani Tuhan boleh mengenal pasti kebolehan rohani yang kita gunakan tanpa kita sedari. Doa juga penting. Hanya seorang sahaja yang mengetahui kurnia daripada Roh Tuhan kepada kita dan orang itu ialah pemberi kebolehan rohani kepada kita ? Roh Kudus. Kita boleh meminta Tuhan menunjukkan kepada kita kebolehan rohani yang diberikan-Nya kepada kita supaya kita boleh menggunakan kurnia-kurnia ini dengan lebih baik bagi kemuliaan-Nya.
Ya, Tuhan memanggil sesetengah orang menjadi guru dan memberikan mereka kebolehan mengajar. Tuhan memanggil sesetengah orang menjadi hamba dan memberkati mereka dengan kebolehan membantu orang lain. Walau bagaimanapun, mengetahui kebolehan rohani kita dengan spesifik tidak memberi kita alasan untuk tidak melayani Tuhan dalam bidang yang tidak berkaitan dengan kebolehan kita. Adakah bermanfaat untuk mengetahui kebolehan rohani yang diberikan oleh Tuhan kepada kita? Sudah tentu ya. Adakah salah untuk menumpukan begitu banyak tumpuan ke atas kebolehan rohani kita sehingga kita hilang peluang lain untuk melayani Tuhan? Ya! Jika kita benar-benar ingin melayani Tuhan, Dia akan melengkapi kita dengan kebolehan rohani yang kita perlukan.
Soalan: Adakah terdapat kurnia daripada Roh Tuhan pada hari ini?
Jawapan:
Mula-mula, adalah penting untuk menyedari bahawa kita bukan mempersoalkan samada Tuhan masih melakukan mukjizat pada hari ini. Bodoh dan tidak berdasarkan alkitab jika kita mendakwa bahawa Tuhan tidak menyembuhkan manusia, tidak berfirman kepada manusia dan tidak melakukan mukjizat dan keajaiban pada hari ini. Soalan sekarang ialah samada kurnia daripada Roh Tuhan seperti yang dijelaskan dalam 1 Korintus bab 12-14, masih aktif di gereja sekarang. Kita juga bukan mempersoalkan samada Roh Kudus ?boleh? memberi seseorang kurnia-kurnia daripada-Nya. Soalan di sini adalah adakah Roh Kudus masih memberi kurnia-kurnia daripada-Nya pada hari ini. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa Roh Kudus bebas memberikan kurnia-kurnia-Nya mengikut kehendak-Nya sendiri. (1 Korintus 12:7-11).
Dalam buku kisah para rasul dan surat-surat paulus, sebahagian besar mukjizat dilakukan oleh para rasul dan kawan rapat mereka. 2 Korintus 12:12 memberikan kita alasan berlakunya perkara ini, "Perkara-perkara ini membuktikan seseorang ialah rasul ? tanda, keajaiban dan mukjizat ? dilakukan di kalangan kamu dengan tabah." Jika setiap pengikut Kristus dilengkapkan dengan kebolehan melakukan tanda, keajaiban dan mukjizat - tanda, keajaiban dan mukjizat sudah tidak boleh menjadi tanda bagi mengenal pasti samada seseorang itu ialah rasul. Kisah para rasul 2:22 memberitahu kita bahawa Yesus ?diterima ramai? melalui "mukjizat, keajaiban dan tanda". Begitu juga dengan para rasul yang "terbukti" sebagai utusan tulen daripada Tuhan melalui mukjizat-mukjizat yang mereka lakukan. Kisah para rasul 14:3 menyatakan bahawa pesanan berita baik ?disahkan? melalui mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Paulus dan Barnabas.
1 Korintus bab 12-14 membincangkan tentang soal kurnia-kurnia daripada Roh Tuhan. Daripada teks ini, nampaknya Kristian ?biasa? kadangkala juga diberikan kurnia-kurnia mukjizat (12:8-10; 28-30). Kita tidak diberitahu betapa lazimnya perkara ini berlaku. Daripada segala yang kita pelajari di atas, para rasul "terbukti" melalui tanda dan keajaiban, maka nampaknya kurnia-kurnia mukjizat yang diberikan kepada Kristian ?biasa? adalah pengecualian dan bukannya kemestian. Selain daripada para rasul dan sahabat karib mereka, Perjanjian Baru tidak menjelaskan dengan spesifik individu yang melakukan kurnia-kurnia mukjizat melalui Roh Kudus.
Juga penting untuk menyedari bahawa gereja-gereja awal tidak mempunyai kitab Injil yang lengkap seperti yang kita miliki pada hari ini (2 Timotius 3:16-17). Maka, kurnia-kurnia seperti menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan, pengetahuan, kebijaksanaan dan sebagainya penting bagi Kristian terawal untuk mengetahui segala yang Tuhan hendak mereka lakukan. Kurnia menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan membolehkan para pengikut menyampaikan kebenaran yang baru dan wahyu daripada Tuhan. Kini wahyu daripada Tuhan sudah lengkap dalam kitab Injil, maka kurnia ?menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan? tidak diperlukan lagi ataupun sekurang-kurangnya bukan dalam jumlah seperti dalam Perjanjian Baru.
Tuhan menyembuhkan orang ramai melalui mukjizat setiap hari. Tuhan masih berfirman dengan manusia pada hari ini samada melalui suara yang kedengaran, melalui minda kita atau melalui penekanan dan perasaan. Tuhan masih melakukan mukjizat, tanda dan keajaiban ? dan kadangkala melakukan mukjizat-mukjizat ini melalui Kristian. Walau bagaimanapun, segala yang dijelaskan tidak semestinya merupakan kurnia-kurnia daripada Roh Tuhan. Tujuan utama kurnia-kurnia daripada Roh Tuhan ini adalah untuk membuktikan bahawa berita baik adalah benar dan para rasul adalah utusan asli daripada Tuhan. Kitab Injil tidak menyatakan bahawa kurnia-kurnia daripada Tuhan ini sudah pupus tetapi memberitahu kita asas kurnia-kurnia ini tidak penting lagi.
Soalan: Apakah karunia bercakap dalam bahasa roh? Adakah karunia berbahasa roh untuk hari ini? Bagaimana pula dengan berdoa dalam roh?
Jawapan:
Kejadian pertama berkata-kata dalam bahasa roh berlaku pada hari Pentakosta dalam Kisah Para Rasul 2:1-4. Para murid berjalan keluar dan mengongsikan Injil dengan orang ramai, bercakap kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri, ?kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri tentang perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan Allah?. Perkataan Yunani untuk ?bahasa? bila diterjemahkan bererti ?bahasa pertuturan?. Oleh yang demikian, karunia berkata-kata dalam bahasa roh adalah bercakap dalam bahasa yang si pembicara tidak tahu bertujuan untuk melayani seseorang yang bercakap dalam bahasa itu. Dalam 1 Korintus bab 12-14, di mana Paulus membincangkan tentang karunia-karunia mukjizat, dia berkata, ?Jadi, saudara-saudara, jika aku datang kepadamu dan berkata-kata dengan bahasa roh, apakah gunanya itu bagimu, jika aku tidak menyampaikan kepadamu penyataan Allah atau pengetahuan atau nubuat atau pengajaran?( 1 Korintus 14: 6). Menurut Rasul Paulus dan ini sejalan dengan karunia berbahasa lidah yang disebut dalam Kisah Para Rasul, bercakap dalam bahasa roh berharga pada pendengaran orang yang bercakap dalam bahasa itu, tetapi tidak berguna untuk orang lain ? kecuali ianya ditafsirkan.
Seseorang dengan karunia untuk mentafsirkan bahasa roh (1 Korintus 12: 30) dapat memahami apa yang sedang diperkatakan oleh orang yang berbahasa roh walaupun dia tidak tahu bahasa apa yang sedang diperkatakan. Penafsir bahasa Roh kemudian akan mengkomunikasikan mesej yang disampaikan kepada orang yang berbahasa roh kepada orang lain agar semua dapat memahaminya. ?Karena itu siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia harus berdoa, supaya kepadanya diberikan juga karunia untuk menafsirkannya?. (1 Korintus 14;13). Kesimpulan Paulus berhubung dengan bahasa roh yang tidak diterjemahkan adalah tegas, ?Tetapi dalam pertemuan jemaat aku lebih suka mengucapkan lima kata yang dapat dimengerti untuk mengajar orang lain juga, daripada beribu-ribu kata dengan bahasa roh? (1 Korintus 14:19)
Adakah karunia untuk berkata-kata dalam berbahasa roh untuk hari ini? 1 Korintus bercakap tentang bahasa roh akan berhenti walau berhentinya bahasa roh dikaitkan dengan ketibaan sesuatu yang ?sempurna? dalam 1 Korintus 13: 10. Beberapa orang menunjuk kepada kata-kata ?nubuat akan berakhir? dan ?pengetahuan akan lenyap? sebagai bukti bahasa roh telah berhenti sebelum ketibaan ?yang sempurna?. Ini mungkin saja, tetapi tidak begitu jelas menurut teks. Beberapa orang pula menunjuk petikan dalam Yesaya 28:11 dan Yoel 2: 28-29 dan mengatakan berbahasa roh merupakan petanda penghukuman yang akan datang daripada Tuhan.1 Korintus 14: 22 mengatakan bahasa roh sebagai tanda kepada ?orang-orang tidak percaya?. Menurut pertimbangan ini, karunia berbahasa roh merupakan amaran Tuhan ke atas bangsa Yahudi kerana telah menolak Yesus Kristus sebagai Messias. Oleh kerana itu, apabila Tuhan mengadili Israel (dengan keruntuhan kota Yerusalem oleh tentera Rum dalam tahun 70M), karunia berbahasa roh tidak lagi berperan seperti yang telah ditentukan untuknya. Sementara pandangan ini juga satu kemungkinan, tujuan utama bahasa roh yang telah digenapi tidak semestinya menuntut agar ianya berhenti. Firman Tuhan tidak menegaskan bahawa karunia berbahasa roh telah berhenti.
Pada masa yang sama, sekiranya karunia berbahasa roh masih aktif dalam gereja masa sekarang, ia akan berjalan bersesuaian dengan Firman Tuhan. Ia adalah suatu bahasa yang jelas dan mudah difahami (1 Korintus 14: 10). Ia bertujuan untuk mengkomunikasikan Firman Tuhan dengan seseorang yang berasal dari bahasa yang lain (Kisah 2: 6-12). Ia akan selari dengan perintah yang Tuhan telah berikan melalui Rasul Paulus, ?Jika ada yang berkata-kata dengan bahasa roh, biarlah dua atau sebanyak-banyaknya tiga orang, seorang demi seorang, dan harus ada seorang lain untuk menafsirkannya. Jika tidak ada orang yang dapat menafsirkannya, hendaklah mereka berdiam diri dalam pertemuan jemaat dan hanya boleh berkata-kata kepada dirinya sendiri dan kepada Allah? (1 Korintus 14: 27-28). Ia juga perlu tunduk kepada apa yang tertulis dalam 1 Korintus 14:33, ?Sebab Allah tidak menghendaki kekacauan, tetapi damai sejahtera?.
Tanpa diragukan lagi Tuhan dapat memberikan kepada seseorang karunia berbahasa roh untuk membolehkan dia berkomunikasi dengan seseorang yang bercakap dalam bahasa yang lain. Roh Kudus berdaulat dalam penyebaran karunia-karunia roh (1 Korintus 12:11). Bayangkan betapa lebih berhasil para mubaligh sekiranya mereka tidak perlu ke kelas belajar bahasa dan tiba-tiba dapat bercakap kepada orang-orang di dalam bahasa mereka sendiri. Bagaimanapun, Tuhan kelihatannya tidak melakukan seperti itu. Bahasa roh tidak berlaku seperti yang pernah berlaku dalam Perjanjian Baru walaupun kenyataannya ia akan sangat berguna. Sebahagian besar orang-orang percaya yang bercakap dalam bahasa roh tidak melakukakannya berpandukan Firman Tuhan yang tersebut di atas. Fakta-fakta ini membawa kepada kesimpulan bahawa karunia berbahasa roh sudah berhenti, ataupun ianya sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam rencana Tuhan bagi gereja pada hari ini.
Mereka yang percaya dalam karunia berbahasa roh sebagai ?bahasa doa? untuk membangun diri peribadi mendapat pandangan mereka dari 1 Korintus 14:4 dan 14:28, ?Siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia membangun dirinya sendiri, tetapi siapa yang bernubuat, ia membangun Jemaat?. Di sepanjang bab 14, Paulus menegaskan kepentingan bahasa roh supaya ditafsirkan, lihat 14:5-12. Apa yang Paulus katakan dalam ayat 4 adalah tegas ?Sekiranya anda berkata-kata dalam bahasa roh tanpa penterjemahan, anda tidak melakukan apa-apa melainkan membangunkan diri sendiri, membuat anda kelihatan lebih rohani daripada orang lain. Sekiranya anda berbahasa roh dan ianya ditafsirkan,anda membangun semua orang?. Tidak ada terdapat arahan khusus dalam Perjanjian Baru untuk ?berdoa dalam bahasa roh?. Tidak terdapat tujuan dalam Perjanjian Baru kepada ?berdoa dalam bahasa roh?, atau secara khusus menggambarkan seseorang yang ?berdoa dalam bahasa roh?. Tambahan lagi, sekiranya ?berdoa dalam bahasa roh? itu untuk membangun diri sendiri, bukankah itu tidak adil bagi mereka yang tidak mempunyai karunia berbahasa roh dan kerana itu tidak dapat membangun diri mereka sendiri? 1 Korintus 12:29-30 dengan jelas memberi petunjuk bahawa bukan semua orang mempunyai karunia untuk berbahasa roh.