Pertanyaan-pertanyaan tentang Tuhan
Soalan: Adakah Tuhan wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?
Jawapan:
Adakah Tuhan wujud? Sungguh menarik apabila mendapati bahawa banyak perhatian telah diberi pada soalan ini. Tinjauan yang paling terkini menunjukkan bahawa 90% orang di dunia ini percaya bahawa Tuhan wujud. Tetapi masih merupakan tanggungjawab orang yang percaya kepada Tuhan untuk membuktikan bahawa Tuhan sebenarnya wujud. Bagi saya, saya merasakan cara yang sebaliknya lebih sesuai.
Walau bagaimanapun, kewujudan Tuhan tidak boleh dibuktikan atau dinafikan. Kitab Injil mengatakan bahawa kita mesti menerima dengan iman bahawa Tuhan wujud. ?Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.? (Ibrani 11:6). Jika Tuhan ingin, Dia boleh menunjukkan diri kepada dunia untuk membuktikan kewujudannya. Tetapi jika Tuhan berbuat begitu, maka tidak perlulah iman. ?Yesus berkata kepadanya, ?Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!? (Yohanes 20:29).
Tetapi hal ini tidak bermakna bahawa tiada bukti mengenai kewujudan Tuhan. Kitab Injil mengatakan bahawa, ?Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya; Hari yang satu menyampaikannya kepada hari yang berikut, dan malam yang satu mengulanginya kepada malam yang kemudian. Ucapan atau perkataan tidak digunakan; suara tidak kedengaran.? (Mazmur 19:1-4). Dengan melihat bintang, memahami betapa besarnya angkasa lepas, meninjau kekaguman alam semulajadi, menikmati kecantikan matahari pada waktu senja ? semua ini menunjukkan kewujudan Tuhan. Kalau semua ini masih tidak cukup, terdapat lagi bukti dalam hati kita. Pengkhutbah 3:11 mengatakan, ?Dia telah menentukan waktu yang tepat bagi tiap-tiap perkara. Dia telah memberi kita keinginan untuk mengetahui masa depan, tetapi tidak memberi kita pemahaman tentang segala perbuatan-Nya dari awal sampai akhir.? Terdapat sesuatu dalam hati kita yang memberitahu kita bahawa dunia dan hidup ini belum muktamad, terdapat sesuatu yang melebihi segala yang kita nampak dan ketahui. Kita boleh menafikannya secara intelek, tetapi kehadiran konsep Tuhan dalam hati kita tidak boleh dinafikan. Selain daripada ini, Kitab Injil memberi amaran bahawa masih ada orang yang menafikan Tuhan. Orang bodoh berkata dalam hati, ?Tidak ada Tuhan? (Mazmur 14:1). Kerana terdapat 98% orang dalam sejarah di seluruh dunia yang percaya bahawa ada Tuhan, mesti ada sesuatu atau seseorang yang menyebabkan kepercayaan ini.
Selain daripada alasan yang diberikan oleh Kitab Injil, terdapat juga perbalahan logik mengenai kewujudan Tuhan. Pertama kali, perbalahan ontologikal. Hal ini menggunakan konsep Tuhan membuktikan Tuhan. Konsep ini mengatakan definasi Tuhan ialah ?sesuatu yang tidak boleh diatasi dalam fikiran kita?. Katanya, kewujudan adalah lebih tinggi daripada tidak wujud. Oleh itu, kewujudan yang paling tinggi mesti wujud. Kalau Tuhan tidak wujud, maka Tuhan tidak akan wujud dalam fikiran kita. Tetapi hal ini bercanggah dengan definasi Tuhan. Alasan kedua ialah perbalahan teleologikal. Perbalahan teleologikal mengatakan bahawa alam ini menunjukkan reka bentuk yang mengagumkan, maka mesti terdapat seorang pencipta yang maha besar. Sebagai contoh, jika bumi lebih dekat atau jauh sebanyak beratus batu daripada matahari, maka kehidupan tidak akan wujud di bumi ini seperti sekarang. Jika peratusan bahan kimia dalam udara berbeza daripada segala yang terdapat sekarang, semua kehidupan di bumi ini akan mati. Kebarangkalian untuk wujudnya molekul protein secara sendiri adalah 1 dibahagi oleh 10234. Satu sel asalnya terdiri daripada berjuta-juta molekul protein.
Perbalahan ketiga ialah perbalahan kosmologi. Setiap akibat mesti terdapat sebab. Alam ini dan semua benda dalamnya adalah satu akibat. Jadi mesti terdapat sebab yang mewujudkan mereka. Akhirnya, mesti terdapat sesuatu yang bukan akibat yang menyebabkan benda-benda lain maka mesti merupakan sebabnya. Benda yang bukan akibat itu ialah Tuhan. Perbalahan keempat ialah perbalahan moral. Setiap tamadun dalam sejarah mempunyai undang-undang moral. Semua orang mempunyai pengetahuan mengenai betul dan salah. Pembunuhan, penipuan, pencurian dan kerosakan moral ditolak oleh semua orang. Jika bukan disebabkan oleh adanya Tuhan yang suci, bagaimana boleh wujud konsep moral ini?
Walaupun bukti kewujudan Tuhan ketara, tetapi Kitab Injil mengatakan bahawa masih terdapat orang yang tidak ingin percaya kepada Tuhan dan lebih suka pembohongan. Roma 1:25 mengatakan bahawa, ?Mereka menukar ajaran benar daripada Allah dengan dusta. Mereka lebih suka menyembah dan mentaati apa yang diciptakan oleh Allah, daripada menyembah dan mentaati Allah yang menciptakan semuanya. Dialah yang seharusnya dipuji selama-lamanya! Amin.? Kitab Injil juga menyatakan bahawa kita tidak ada alasan yang betul untuk menafikan Tuhan, ?Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.? (Roma 1:20).
Mereka yang tidak mahu percaya kepada Tuhan memberi alasan bahawa ?tidak saintifik? atau ?tiada bukti?. Alasan yang sebenar ialah jika mereka mengaku Tuhan, maka mereka terpaksa bertanggungjawab kepada Tuhan dan perlukan pengampunan dosa (Roma 3:23, 6:23). Jika Tuhan wujud, maka kita mesti menanggung akibat perbuatan kita dan mematuhi hukum Tuhan. Jika Tuhan tidak wujud, maka kita boleh berbuat sesuka hati dan tidak perlu risau tentang keadilan Tuhan. Saya percaya inilah sebabnya teori evolusi diterima oleh ramai orang dalam masyarakat kita. Tuhan wujud dan semua orang akan tahu kewujudannya satu hari nanti. Mereka yang cuba menafikan Tuhan sebaliknya melakukan sesuatu yang membuktikan kewujudan Tuhan.
Satu lagi perbalahan mengenai kewujudan Tuhan. Bagaimana saya tahu Tuhan wujud? Saya tahu kerana saya berbual dengan Tuhan setiap hari. Saya tidak mendengar suaranya dengan telinga, tetapi saya merasai kehadirannya. Saya nampak pimpinan-Nya, saya tahu kasih sayang-Nya, saya nikmati rahmat-Nya. Banyak perkara berlaku dalam hidup saya yang hanya boleh dijelaskan dengan konsep kewujudan Tuhan. Tuhan telah mengubah kehidupan saya dan menyelamatkan saya daripada keruntuhan moral, oleh itu saya mesti memuji dan mengakui kewujudan Tuhan. Tidak ada perbalahan yang boleh menyakinkan semua orang tentang kewujudan Tuhan jika mereka memang degil dengan kepercayaan sendiri. Akhirnya, kewujudan Tuhan mesti diterima dengan iman (Ibrani 11:6). Iman dan kepercayaan pada Tuhan bukan satu lompatan buta dalam kegelapan, tetapi merupakan satu langkah selamat ke dalam satu bilik yang terang dengan bercahaya di mana 90% orang sudah berada di sana.
Soalan: Adakah Tuhan benar? Bagaimana saya dapat pastikan bahawa Tuhan adalah benar?
Jawapan:
Kita tahu bahawa Tuhan adalah benar kerana Dia mendedahkan diri-Nya kepada kita melalui tiga cara: ciptaan-Nya, Ayat-Nya, dan melalui Anaknya, Yesus Kristus.
Bukti yang paling ketara mengenai kewujudan Tuhan ialah melalui segala benda yang dicipta-Nya. ?Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.?(Roma 1:20). ?Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!?(Mazmur19:2).
Jika saya menjumpai sebuah jam tangan di padang, saya tidak akan menganggap bahawa jam itu ?timbul? secara tiba-tiba atau wujud dengan sendiri. Berdasarkan reka bentuk jam itu, saya percaya bahawa jam itu mempunyai penciptanya. Dan saya nampak reka bentuk dunia ini lebih tepat dan mengagumkan. Penentuan masa bukan berdasarkan jam tangan, tetapi berdasarkan ciptaan Tuhan ? putaran bumi yang berulang (dan sifat radioaktif atom cesium-133). Alam ini menunjukkan reka bentuk yang agung, dan menunjukkan bahawa terdapatnya Pencipta yang Agung!
Jika saya menjumpai sebuah mesej berkod, saya akan meminta bantuan pakar kristografi untuk memecahkan kod itu. Saya akan berpendapat bahawa terdapat orang yang bijak yang menghantar mesej berkod itu, orang yang mencipta kod itu. Betapa rumitnya kod DNA di dalam sel badan kita? Bukankah kerumitan dan fungsi DNA itu menunjukkan bahawa terdapat seorang pencipta bijak yang menghasilkan kod itu?
Tuhan bukan hanya mencipta satu alam fizikal yang rumit dan teratur, malah Dia juga meletakkan pemahaman abadi dalam hati setiap manusia (Pengkhutbah 3:11). Dalam hati setiap individu, manusia mengetahui bahawa makna kehidupan adalah melebihi segala yang kita nampak, dan terdapat sesuatu yang lebih berkuasa daripada segala perkara di dunia ini. Perasaan abadi ini dapat dilihat melalui penghasilan undang-undang dan penyembahan.
Setiap kebudayaan dalam sejarah mempunyai ajaran-ajaran moral, dan mempunyai persamaan antara tamadun yang berlainan. Sebagai contoh, kasih sayang dan perasaan cinta adalah nilai yang perlu dipupuk oleh semua orang, tetapi perbuatan berbohong dibenci oleh semua orang. Nilai-nilai moral yang umum ini ? pemahaman salah dan betul ? menunjukkan terdapat Tuhan yang bermoral tinggi dan muktamad yang memberi kita pemahaman moral secara semulajadi.
Dengan cara yang sama, semua orang di dunia, tidak mengira tamadunnya, mencipta sistem penyembahan tuhan masing-masing. Objek penyembahan mungkin berbeza, tetapi tanggapan ?kuasa yang lebih tinggi? wujud dalam hati semua orang. Kecenderungan kita menyembah tuhan adalah berhubung dengan fakta bahawa Tuhan mencipta manusia seperti imej dan bentuknya (Kejadian 1:27).
Tuhan juga mendedahkan diri-Nya kepada kita melalui Firman-Nya di dalam Kitab Injil. Melalui kitab Injil, kewujudan Tuhan ialah satu fakta yang terbukti sendiri (Kejadian 1:1; Keluaran 3:14). Apabila Benjamin Franklin menulis autobiografinya, dia tidak membazir masa membuktikan kewujudannya. Begitu juga dengan Tuhan yang tidak perlu membuktikan diri-Nya wujud di dalam bukunya. Pengaruh Kitab Injil yang dapat mengubah nyawa orang, kemantapannya dan keajaibannya sepatutnya cukup untuk menarik perhatian kita.
Cara ketiga Tuhan mendedahkan diri-Nya adalah melalui Anak-Nya, Yesus Kristus (Yohanes 14:6-11). ?Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah dan Firman sama dengan Allah.....Firman itu sudah menjadi manusia, dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.? (Yohanes 1:1,14). ?Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia.? (Kolose 2:9).
Dalam hidup Yesus yang mengagumkan, Dia mengikut kesemua ajaran Perjanjian Lama dan memenuhi ramalan mengenai kedatangan-Nya (Matius 5:17). Dia melakukan kebaikan dan keajaiban di khalayak umum untuk menunjukkan kekuasaan Firman-Nya dan membuktikan sifat ketuhanannya (Yohanes 21:24-25). Kemudian, tiga hari selepas dia disalib, Dia bangkit daripada kematian, satu fakta yang dilihat oleh beratus-ratus orang (1 Korintus 15:6). Rekod sejarah penuh dengan bukti mengenai sejarah Yesus. Paulus berkata, ?Tuanku Raja Agripa, hamba berani berkata-kata di hadapan tuanku dengan terus terang kerana tuanku faham akan perkara-perkara itu. Hamba yakin bahawa Tuanku mengetahui semuanya, kerana hal-hal itu tidak berlaku di tempat yang tersembunyi.? (Kisah Rasul-rasul 26:26).
Kita tahu bahawa sering terdapat orang yang tidak percaya dan meragui kewujudan Tuhan. Dan juga terdapat orang yang tidak akan menerima segala bukti mengenai Tuhan (Mazmur 14:1). Semuanya bergantung kepada kepercayaan (Ibrani 11:6).
Soalan: Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?
Jawapan:
Berita baik! Semasa kita cuba menjawab soalan ini, terdapat banyak perkara yang boleh kita ketahui mengenai Tuhan! Adalah baik bagi mereka yang mengkaji jawapan ini untuk membacanya sekaligus; kemudian mengimbas kembali dan membaca Kitab Injil untuk mendapat penjelasan lanjut. Merujuk kepada Kitab Injil adalah penting kerana tanpa kewibawaan daripada Kitab Injil, penjelasan hanya datang daripada pendapat manusia; dan hal ini selalunya tidak benar mengenai Tuhan (Ayub 42:7). Pernyataan mengenai ?penting untuk kita cuba mengetahui Tuhan adalah satu pernyataan yang kurang tepat?! Kegagalan berbuat begitu akan menyebabkan kita membuat, mengejar dan menyembah tuhan palsu yang bercanggah dengan hasrat Tuhan (Keluaran 20:3-5).
Kita hanya boleh mengetahui segala yang Tuhan hendak dedahkan kepada kita. Salah satu sifat Tuhan ialah ?cahaya?, hal ini bermakna Dia mendedahkan diri-Nya (Yesaya 60:19, Yakobus 1:17). Hakikat mengenai Tuhan mendedahkan diri-Nya tidak boleh diabaikan, agar kita tidak akan gagal mendapat rehat daripada Tuhan (Ibrani 4:1). Kejadian, Kitab, dan Firman menjadi manusia (Yesus Kristus) bagi membantu kita mengetahui Tuhan.
Biar kita mulakan dengan memahami bahawa Tuhan ialah Pencipta kita dan kita adalah sebahagian daripada ciptaannya (Kejadian 1:1, Mazmur 24:1). Tuhan mengatakan bahawa manusia dicipta menyerupai Tuhan. Manusia adalah di atas segala ciptaan lain dan diberi kuasa ke atas mereka (Kejadiaan 1:26-28). Penciptaan telah dicemarkan oleh ?kejatuhan? tetapi hasil kerja Tuhan masih boleh dilihat (Kejadian 3:17-18, Roma 1:19-20). Dengan membayangkan kehebatan, kerumitan, keteraturan dan kecantikan penciptaan, kita akan dapat merasakan kehebatan Tuhan. Beberapa Nama Tuhan yang tertulis dalam kitab Injil boleh membantu kita memahami Tuhan. Contohnya:
Elohim ? Yang kuat atau kekuasaan (Kejadian 1:1)
Adonai ? Tuan atau bermakna hubungan antara Tuan dan pembantunya (Keluaran 4:10,13)
El Elyon ? Paling tinggi atau yang paling kuat (Kajadian 14:20)
El Roi ? Dia yang berkuasa dan melihat (Kejadian 16:13)
El Shaddai ? Tuhan maha kuasa (Kejadian 17:1)
El Olam ? Tuhan abadi (Yesaya 40:28)
Yahweh ? TUAN ?saya?, bermakna keabadian Tuhan (Keluaran 3:13,14)
Apabila kita mengkaji lebih lanjut mengenai sifat-sifat Tuhan; Tuhan adalah abadi, bermakna Dia tiada permulaan dan kewujudannya tidak akan berakhir. Tuhan tidak akan mati, tiada had (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timotius 1:17). Tuhan tidak akan berubah, bermakna Dia tidak akan bertukar; maka Tuhan boleh diharap dan dipercayai dengan muktamad (Maleakhi 3:6; Bilangan 23:19; Mazmur 102:26,27). Tuhan tidak dapat dibandingkan, bermakna Dia adalah unggul; Dia adalah sempurna (2 Samuel 7:22; Mazmur 86:8; Yesaya 40:25; Matius 5:48). Tuhan tidak dapat diketahui sepenuhnya, bermakna Dia sangat mendalam dan tidak boleh dicari melebihi kefahaman manusia (Yesaya 40:28; Mazmur 145:3; Roma 11:33,34).
Tuhan adalah adil, bermakna Dia tidak pilih kasih (Ulangan 32:4; Mazmur 18:30). Tuhan adalah maha kuasa, bermakna kuasa-Nya tidak terhad; Dia boleh melakukan segala yang Dia mahu, tetapi perbuatan-Nya adalah berdasarkan sifat-sifatnya yang suci (Wahyu 19:6; Yeremia 32:17,27). Tuhan mengetahui segala-galanya termasuk sekarang, masa depan dan segala yang kita fikirkan; oleh sebab Dia mengetahui segalanya maka pengadilan-Nya betul (Mazmur 139:1-5; Amsal 5:21). Tuhan berada dimana-mana sahaja, dan hal ini bermakna Dia hadir di semua tempat, tetapi tidak bermakna Tuhan ialah semua benda (Mazmur 139:7-13; Yeremia 23:23).
Tuhan hanya satu, bermakna bukan sahaja tiada tuhan lain, tetapi juga hanya Dia yang dapat memenuhi keperluan hati kita, dan Dia sahaja yang boleh kita sembah (Ulangan 6:4). Tuhan adalah betul, bermakna Tuhan tidak akan berbuat salah; disebabkan kebetulan dan kesucian Tuhan maka dapatlah dosa kita diampuni, Yesus terpaksa menghadapi pengadilan daripada Tuhan semasa dosa kita diletakkan ke atasnya (Keluaran 9:27; Matius 27:45-46; Roma 3:21-26).
Tuhan adalah paling berdaulat, bermakna kedudukan-Nya adalah paling tinggi; semua ciptaannya tidak dapat mengubah tujuan Tuhan (Mazmur 93:1; 95:3; Yeremia 23:20). Tuhan ialah roh, bermakna Dia tidak dapat dilihat (Yohanes 1:18, 4:24). Tuhan ialah Triniti, bermakna Dia ialah tiga dalam satu, sama sifat, sama rata dalam kuasa dan kemuliaan. Tumpukan perhatian kepada perenggan pertama Kitab Injil yang menyatakan bahawa Tuhan adalah tunggal walaupun ia merujuk kepada tiga Individu ? Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus (Matius 28:19; Markus 1:9-11). Tuhan ialah Kebenaran, bermakna Dia tidak bercanggah dengan sifat-sifat sendiri, Dia tidak akan merosot dan tidak akan menipu (Mazmur 117:2; 1 Samuel 15:29).
Tuhan adalah suci, bermakna Dia terpisah daripada segala perbuatan tidak moral dan membenci dosa. Tuhan murka terhadap dosa dan maksiat; api selalu melambangkan kesucian di dalam Kitab Injil. Tuhan dirujuk sebagai Api yang memusnahkan (Yesaya 6:3; Habakuk 1:13; Keluaran 3:2,4,5; Ibrani 12:29). Tuhan adalah rahmat ? merangkumi kebaikan, belas kasihan dan kasih sayang Tuhan ? kesemuanya menerangkan kebaikan Tuhan. Jika bukan kerana rahmat Tuhan,maka kita akan terus terpisah daripada semua sifat Tuhan. Nasib baik hal ini tidak berlaku, kerana Tuhan ingin mendekati kita secara individu (Keluaran 34:6; Mazmur 31:19; 1 Petrus 1:3; Yohanes 3:16; 17:3).
Semua ini adalah usaha-usaha yang sederhana untuk menjawap soalan yang sukar mengenai Tuhan. Kita semua digalakkan mencari kebenaran mengenai Tuhan (Yeremia 29:13).
Soalan: Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?
Jawapan:
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada makna ayat ?Tuhan yang sama?. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep ?penjelmaan?. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, ?Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?? Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).
Soalan: Apakah yang diajarkan Alkitab tentang Tritunggal?
Jawapan:
Perkara yang paling sulit tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup bagus untuk menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Dia dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.
Dalam menyelidiki tajuk pembelajaran ini kita perlu ingat bahawa istilah ?Tritunggal? itu tidak ada digunakan dalam Alkitab. Istilah ini digunakan dalam usaha menjelaskan Tuhan yang bersifat tiga dalam satu iaitu kenyataan tentang terdapatnya 3 Peribadi bersifat sama-wujud, sama-kekal yang adalah Tuhan. Perlu dimengerti bahawa konsep ini sama sekali bukan mengatakan wujudnya 3 Tuhan. Tritunggal adalah satu Tuhan yang terdiri daripada 3 Peribadi. Tidak ada salahnya menggunakan istilah ?Tritunggal? walaupun istilah ini tidak terdapat dalam Alkitab. Lebih singkat menggunakan istilah ?Tritunggal? berbanding ?3 wujud-bersama, kekal bersama yang adalah satu Tuhan?. Sekiranya penggunaan istilah tritunggal ini menjadi masalah kepada anda, maka pertimbangan seperkara ini: perkataan ?datuk? juga tidak digunakan dalam Alkitab. Tapi kita tahu bahawa terdapat ramai datuk dalam Alkitab. Abraham merupakan datuk kepada Yakub. Jadi jangan merasa janggal terhadap istilah ?tritunggal? itu sendiri. Apa yang sangat mustahak adalah konsep yang disampaikan oleh istilah ?tritunggal? memang terdapat dalam Alkitab. Setelah selesai dengan pengenalan, berikut merupakan ayat-ayat Firman yang selalu diberikan dalam perbincangan berhubung Tritunggal.
1) Ada satu Tuhan: Ulangan 6:4, 1 Korintus 8: 4; Galatia 3:20, 1 Timotius 2: 5
2) Tritunggal itu terdiri dari Tiga Peribadi: Kejadian 1:1; 1:26; 3:22; 11:7; Yesaya 6:8; 48:16; 61:1; Matius 3:16-17; Matius 28:19; 2 Korintus 13:14. Dalam Perjanjian Lama,pengetahuan kitab Ibrani sangat membantu. Dalam Kejadian 1:1, sebutan jamak ?Elohim? digunakan. Tidak dapat dipertikai kata ?Elohim? dan ?kita? sebagai merujuk kepada lebih daripada dua. Dalam bahasa, terdapat hanya dua bentuk sebutan untuk bilangan iaitu tunggal atau jamak. Dalam bahasa Ibrani terdapat tiga bentuk sebutan: tunggal, berganda dan jamak. Berganda hanya untuk dua. Dalam bahasa Ibrani bentuk berganda digunakan untuk sesuatu yang berpasangan seperti pada mata,telinga dan tangan. Istilah ?Elohim? dan ?kita? adalah bentuk jamak ? lebih daripada dua ? dan pasti merujuk kepada lebih daripada tiga (Bapa, Anak Roh Kudus).
Dalam Yesaya 48:16 dan 61:1, Anak sedang bercakap sambil merujuk kepada Bapa dan Roh Kudus. Bandingkan Yesaya 61:1 dengan Lukas 4:14-19 bagi melihat bahawa Anak sedang berkata-kata. Matius 3:16-17 menceritakan peristiwa pembaptisan Yesus. Apa yang dapat dilihat di sini adalah Roh Kudus turun kepada Anak sementara Bapa mengisytiharkan rasa senang-Nya terhadap Anak. Matius 28:19 dan 2 Korintus 13:14 adalah contoh-contoh untuk 3 peribadi yang berbeza dalam Tritunngal.
3) Anggota Tritunggal dibezakan di antara satu dengan yang lain dalam beberapa petikan: Dalam Perjanjian Lama , ?TUHAN? dibezakan daripada ?Tuhan? (Kejadian 19:24; Hosea 1:4). ?TUHAN? mempunyai seorang ?Anak? (Mazmur 2: 7,12; Amsal 30:2-4). Roh dibezakan daripada ?TUHAN? (Bilangan 27:18) dan daripada ?Allah? (Mazmur 51:12). Anak berbeza dengan Bapa (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Dalam Perjanjian Baru iaitu dalam Yohanes 14:16-17, Yesus bercakap tentang Bapa mengirim Roh Kudus sebagai Penolong. Ini menunjukkan bahawa Yesus tidak menganggap diri-Nya sebagai Bapa atau Roh Kudus. Pertimbangkan juga tentang Yesus yang bercakap-cakap kepada Bapa dalam keempat kitab Injil. Adakah Dia berkata-kata kepada diri-Nya sendiri? Tidak. Dia berkata-kata kepada satu Peribadi yang merupakan salah satu Peribadi dalam Allah Tritunggal iaitu kepada ?Bapa?.
4) Setiap anggota Tritunggal adalah Tuhan. Bapa adalah Tuhan: Yohanes 6;27; Roma 1: 7; 1 Petrus 1: 2. Anak adalah Tuhan: Yohanes 1:1, 14; Roma 9:5; Ibrani 1: 8; 1 Yohanes 5: 20. Roh Kudus adalah Tuhan: Kisah 5: 3-4; 1 Korintus 3: 16 (Yang tinggal di dalam kita adalah Roh Kudus ? Roma 8: 9; Yohanes 14: 16-17; Kisah Rara Rasul 2: 1-4)
5) Kedudukan pangkat dalam Tritunggal: Firman Tuhan menunjuk bahawa Roh Kudus lebih rendah kedudukan kepada Bapa dan Anak, sementara Anak lebih rendah kedudukan kepada Bapa. Inilah bahagian yang paling sukar dimengerti oleh fikiran manusia yang terbatas berkenaan Tuhan kita yang tidak terbatas. Tentang Anak lihat: Lukas 22:42; Yohanes 5:36; Yohanes 20:21; 1 Yohanes 4:14. Berhubung Roh Kudus: Lihat Yohanes 14:16, 26; 16: 7 terutama sekali Yohanes 16: 13-14.
6) Tugas-tugas setiap peribadi dalam Tritunggal: Bapa adalah punca utama atau penyebab kepada: 1) alam semesta ( 1 Korintus 8: 6; Wahyu 4:11); 2) wahyu ilahi (Wahyu 1: 1); 3) keselamatan (Yohanes 3:16-17) dan 4) apa yang dikerjakan Yesus sebagai manusia (Yohanes 5:17; 14:10). Kesemua perkara ini berlaku di atas inisiatif Bapa.
Anak adalah saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (1 Korintus 8:6; Yohanes 1: 3; Kolose 1: 16-17), 2) wahyu ilahi (Yohanes 1:1; Matius 11:27; Yohanes 16:12-15; Wahyu 1:1); dan 3) keselamatan (2 Korintus 5:19; Matius 1:21; Yohanes 4:42). Bapa melakukan semua ini melalui Anak yang berperanan sebagai ajen-Nya.
Roh Kudus merupakan saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (Kejadian 1:2; Ayub 26;13; Mazmur 104:30); 2) wahyu ilahi (Yohanes 16: 12-15); Efesus 3: 5; 2 Petrus 1: 21); dan 4) pekerjaan-pekerjaan Yesus (Yesaya 61:1; Kisah Para Rasul 10:38). Demikianlah Bapa melakukan kesemua perkara ini dengan kuasa Roh Kudus.
Tidak ada satupun daripada contoh-contoh terkenal yang dapat memberikan penjelasan sepenuhnya tentang Tritunggal. Contoh telur (atau epal), adalah contoh yang gagal sebab cengkerang, putih-telur dan kuning-telur setiap satunya adalah bahagian kepada telur tetapi setiap satunya bukanlah telur itu sendiri. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan bahagian-bahagian daripada Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Contoh air merupakan contoh yang lebih baik namun ianya satu contoh yang gagal juga. Cecair,wap dan pepejal kesemuanya adalah bentuk-bentuk air. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukannya bentuk-bentuk Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Jadi, sementara contoh-contoh ini dapat memberikan sedikit gambaran perihal Tritunggal, gambaran yang diberikan tidaklah tepat pada keseluruhannya. Tuhan yang baka tidak dapat djelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana. Daripada memfokus kepada Tritunggal, adalah lebih baik memfokus kepada sifat dan kebesaran Tuhan yang sangat tidak terbatas berbanding dengan kita. ?O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya?? (Roma 11:33-34)
Soalan: Mengapakah Tuhan mengizinkan perkara buruk berlaku ke atas orang baik?
Jawapan:
Mengapa perkara buruk berlaku ke atas orang baik? Soalan ini ialah salah satu pertanyaan yang susah dijawab antara semua soalan teologi. Tuhan itu kekal, maha tahu, maha hadir, maha kuasa dan sebagainya. Kenapa kita manusia (fana, terbatas, bukan maha tahu, bukan maha hadir dan bukan maha kuasa) menjangka akan dapat memahami kesemua rancangan Allah? Kitab Ayub menjawab persoalan ini. Tuhan telah mengizinkan Iblis untuk melakukan apa sahaja ke atas Ayub kecuali membunuhnya. Apakah reaksi Ayub? ?Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa, namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya? (Ayub 13:15). ?TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama TUHAN!? (Ayub 1:21). Ayub tidak mengerti mengapa Tuhan mengizinkan perkara-perkara yang telah diizinkan-Nya, tetapi Dia tahu Tuhan itu baik dan dia terus berharap pada Tuhan. Akhirnya, reaksi seperti ini yang perlu ada pada diri kita juga. Allah itu baik, benar, penyayang dan maha mengampuni. Seringkali perkara-perkara yang berlaku ke atas kita sama sekali kita tidak faham. Walau bagaimanapun, daripada meragui kebaikan Tuhan, reaksi yang harus ada pada kita adalah untuk terus berharap pada Dia. ?Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung pada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu? (Amsal 3: 5-6).
Barangkali pertanyaan yang lebih baik adalah, ?Mengapa perkara-perkara baik berlaku ke atas orang jahat?? Tuhan itu kudus (Yesaya 6:3; Wahyu 4:8). Manusia berdosa (Roma 3:23;6:23). Mahukah anda mengetahui bagaimana Allah melihat manusia? ?Seperti yang tertulis di dalam Alkitab: Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah, tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah. Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah sesat. Tidak seorang pun berbuat benar; seorang pun tidak. Kata-kata dari mulut mereka menyebabkan kematian, tipu muslihat mengalir dari lidah mereka, dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka; mulut mereka penuh dengan kutuk dan cerca. Mereka cepat mencederakan dan membunuh orang; mereka menyebabkan kebinasaan dan kehancuran di mana-mana. Mereka tidak mengikut jalan kedamaian, dan mereka pun tidak menghormati Allah."(Roma 3:10-18) Setiap manusia di atas muka bumi ini patut dibuang ke neraka pada saat ini juga. Setiap saat kita hidup hanyalah disebabkan oleh anugerah Tuhan. Walaupun kita mengalami kesedihan yang paling menderita di atas muka bumi ini, itu juga merupakan suatu kemurahan daripada Tuhan berbanding dengan segala yang kita patut terima iaitu api kekal di lautan api neraka.
?Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa? (Roma 5:8). Walaupun dengan kejahatan dan sifat berdosa semua orang dalam dunia ini, Tuhan masih mengasihi kita. Dia sangat mengasihi kita sehingga sanggup mati untuk menanggung hukuman dosa-dosa kita ke atas diri-Nya sendiri (Roma 6:23). Apa yang kita perlu lakukan hanyalah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus (Yohanes 3:16; Roma 10:9) supaya dapat diselamatkan dan menerima janji sebuah kediaman di syurga (Roma 8:1). Apa yang kita layak terima hanyalah neraka. Sebaliknya apa yang diberikan kepada kita ialah kehidupan kekal sekiranya kita mahu percaya. Pernah dikatakan bahawa dunia ini satu-satunya neraka yang dialami oleh mereka yang percaya, dan dunia ini satu-satunya syurga yang dinikmati oleh mereka yang tidak percaya. Lain kali apabila kita hendak bertanya, ?Mengapa Tuhan mengizinkan perkara buruk berlaku ke atas orang baik?? barangkali kita perlu bertanya, ?Mengapa Tuhan mengizinkan perkara-perkara baik berlaku ke atas orang jahat??
Soalan: Mengapa Tuhan sangat berbeza dalam Perjanjian Lama berbanding dengan Perjanjian Baru?
Jawapan:
Saya yakin pertanyaan ini telah mengakibatkan kekeliruan akibat daripada segala yang dinyatakan dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru mengenai sifat Tuhan Allah. Satu lagi cara untuk menyatakan pendapat yang sama adalah apabila seseorang berkata: ?Tuhan dalam Perjanjian Lama merupakan Tuhan yang murka manakala Tuhan dalam Perjanjian Baru merupakan Tuhan yang penyayang. Kitab Injil ialah Wahyu yang bersifat progresif dari Allah kepada kita melalui peristiwa-peristiwa bersejarah dan melalui hubungan-Nya dengan manusia di sepanjang perjalanan sejarah. Maka Wahyu ini tentu telah menyumbang kepada salah faham manusia mengenai sifat Tuhan dalam Perjanjian Lama apabila dibandingkan dengan sifat Tuhan yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru. Bagaimanapun, sekiranya seseorang membaca kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru tanpa berhenti maka akan menjadi jelas kepada mereka bahawa Tuhan tidak berbeza dalam kedua-dua perjanjian. Kemarahan dan kasih Tuhan dinyatakan dalam kedua-dua Perjanjian.
Sebagai contoh, dalam Perjanjian Lama, Tuhan dinyatakan sebagai ?penyayang dan pengasih, penyabar, mempunyai kasih yang berlimpah dan setia? (Keluaran 34:6; Bilangan 14:18; Ulangan 4:31; Nehemia 9:17; Mazmur 86:5; Mazmur 86:15; Mazmur 108:5; Mazmur 145:8; Yoel 2:13). Dalam Perjanjian Baru, sifat penyayang dan kasih-Nya yang besar dinyatakan dengan lebih jelas lagi melalui Firman yang berbunyi ?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal? (Yohanes 3:16)
Dalam Perjanjian Lama, kita juga melihat Tuhan menghukum umat Israel seperti seorang ayah menghukum anaknya. Apabila mereka dengan sengaja berdosa terhadap Tuhan dan mula menyembah berhala, Tuhan akan menghukum mereka, namun Dia juga datang dan menyelamatkan mereka daripada musuh dan masalah mereka setelah mereka bertaubat daripada dosa menyembah berhala. Demikian juga cara Tuhan menghukum orang Kristian dalam Perjanjian Baru. Sebagai contoh, Ibrani 12:6 menyatakan ?Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak?.
Dalam Perjanjian Lama, kita dapat melihat hukuman dan kemurkaan Tuhan dikenakan ke atas mereka yang berdosa dan berkeras hati tidak mahu bertaubat. Dalam hal yang sama, dalam Perjanjian Baru, Firman Tuhan berkata ?Dari syurga Allah menunjukkan kemurkaan-Nya terhadap segala dosa dan kejahatan manusia, kerana kejahatan menghalang manusia untuk mengetahui ajaran benar tentang Allah? (Roma 1:18). Jika dibaca sepintas lalu sekalipun, sangat jelas bahawa Yesus lebih banyak bercakap tentang neraka berbanding syurga. Jadi jelas bahawa Tuhan dalam Perjanjian Lama tidak berbeza dengan Tuhan dalam Perjanjian Baru. Sifat Allah tidak berubah. Walaupun kita melihat salah satu daripada sifat-Nya dinyatakan lebih kerap dalam bahagian-bahagian Firman Tuhan yang tertentu, diri-Nya sendiri tidak berubah.
Jika seseorang membaca Alkitab dengan bersungguh-sungguh, dia dapat melihat dengan jelas bahawa Tuhan dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru tidak berbeza. Walaupun kitab Injil sebenarnya merupakan gabungan 66 buah buku, yang ditulis di dua (mungkin tiga) benua dalam tiga bahasa yang berbeza, dalam jangka masa lebih kurang 1500 tahun, oleh lebih daripada 40 orang penulis (yang berasal daripada pelbagai latar belakang), kitab Injil tetap mempunyai kesatuan dari buku terawal sehingga terakhir tanpa sebarang pertentangan. Melaluinya kita dapat melihat bagaimana Tuhan yang penyayang, maha pengampun dan adil menghukum manusia yang berdosa dalam pelbagai keadaan. Sebenarnya, kitab Injil merupakan surat cinta Tuhan kepada manusia. Kasih Tuhan bagi ciptaan-Nya, terutamanya manusia, sangat jelas disebut dalam kitab Injil. Di sepanjang kitab Injil, kita dapat melihat Tuhan yang penuh kasih dan maha ampun memanggil semua orang untuk menjalin satu hubungan yang istimewa dengan-Nya, bukan disebabkan oleh manusia layak untuk menjalin hubungan ini tetapi kerana Dia ialah Tuhan yang penyayang dan maha pengampun, penyabar dan penuh dengan kasih dan kebenaran. Namun kita juga dapat melihat Allah yang kudus dan yang benar, Hakim yang akan menghakimi semua orang yang tidak mentaati Firman-Nya dan tidak mahu menyembah-Nya, sebaliknya memilih untuk menyembah berhala-berhala ciptaan mereka sendiri daripada menyembah satu-satunya Allah yang benar (Roma 1).
Disebabkan oleh sifat adil dan kudus Tuhan, semua dosa lampau, sekarang dan akan datang mesti dihukum. Tetapi kerana kasih-Nya yang tidak berkesudahan, Tuhan telah menyediakan penebus dan jalan perdamaian supaya orang berdosa dapat mengelak kemurkaan-Nya. Kita dapat melihat kebenaran ini dalam 1 Yohanes 4:10 ?Inilah kasih: Bukannya kita telah mengasihi Allah, tetapi Allah mengasihi kita dan mengutus Anak-Nya supaya melalui Dia dosa kita diampunkan?.
Dalam Perjanjian Lama, Tuhan menyediakan satu sistem persembahan korban binatang supaya penebusan dosa dapat dilakukan, tetapi sistem korban binatang ini adalah sementara dan satu bayangan kepada kedatangan Yesus Kristus yang akan mati di atas kayu salib untuk menjadi penebus sebenar bagi dosa. Penyelamat yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama juga dinyatakan dengan teliti dalam Perjanjian Baru dan pernyataan terunggul kasih Allah dapat dilihat melalui pengutusan Anak-Nya Yesus Kristus dengan penuh kemuliaan. Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru diberikan supaya ?memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Yesus Kristus? (2 Timotius 3:15). Apabila kita mengkaji kedua-dua perjanjian dengan teliti, maka terbukti bahawa tiada perbezaan antara Tuhan dalam Perjanjian Baru dengan Tuhan yang dinyatakan dalam Perjanjian Lama.
Soalan: Apakah erti pernyataan Tuhan itu kasih?
Jawapan:
Apakah erti pernyataan Tuhan itu kasih? Mula-mula kita melihat cara kitab Injil mengambarkan ?kasih? dan kemudian kita akan melihat bagaimana gambaran tentang kasih ini dapat diterapkan pada Tuhan. ?Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar dan tidak sombong. Dia tidak berkasar dan tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak berdendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain.? (1 Korintus 13:4-8a)
Inilah gambaran yang Tuhan berikan mengenai kasih. Beginilah ajaran Tuhan, dan mereka yang percaya perlu menjadikan ini sebagai matlamat hidup mereka (walaupun matlamat ini mempunyai proses). Penyataan kasih Allah yang terbesar dapat dilihat dalam Yohanes 3:16 dan Roma 5:8. ?Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal?. ?Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa?. Daripada ayat-ayat ini kita dapat mengetahui bahawa kehendak Tuhan Allah yang terbesar adalah agar kita dapat hidup abadi bersama dengan-Nya di syurga. Dia telah membuka jalan ke syurga dengan membayar harga bagi kesemua dosa-dosa kita. Dia mengasihi kita kerana Dia memilih untuk mengasihi kita dan tindakan itu adalah berdasarkan kehendak-Nya sendiri. ?Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.? (Hosea 11:8b) Tuhan mengampuni kita. ?Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah?. (1 Yohanes 1:9)
Kasih (Tuhan) tidak memaksa diri-Nya ke atas sesiapa. Setiap orang yang datang kepada-Nya juga bertindak sedemikian sebagai reaksi kepada kasih-Nya. Kasih (Tuhan) menginginkan kebaikan bagi semua orang. Kasih (Yesus) berbuat baik kepada semua orang tanpa pilih kasih. Kasih (Yesus) tidak mengingini apa yang dimiliki oleh orang lain, ia hidup rendah hati tanpa merungut-rungut. Kasih (Yesus) tidak meninggi diri, walaupun Dia dapat mengalahkan setiap orang yang Dia temui. Kasih (Tuhan) tidak menuntut ketaatan. Tuhan tidak menuntut ketaatan daripada anak-Nya, tetapi Yesus dengan rela hati mentaati Bapa-Nya di syurga. ?Tetapi Aku melakukan segala yang diperintahkan oleh Bapa, supaya dunia tahu bahawa Aku mengasihi Bapa? (Yohanes 14:31)
Gambaran ringkas tentang kasih ini menunjukkan kehidupan yang tidak mementingkan diri sendiri yang bertentangan dengan sifat manusia biasa. Sungguh menghairankan, Tuhan memberikan kemampuan untuk mengasihi sebagaimana Dia telah mengasihi melalui kuasa Roh Kudus kepada mereka yang telah menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi daripada dosa. (Yohanes 1:12; 1 Yohanes 3:1,23,24). Maka ini merupakan satu cabaran dan keistimewaan!
Soalan: Masihkah Tuhan bercakap dengan kita pada hari ini?
Jawapan:
Kitab Injil banyak mencatatkan peristiwa Tuhan bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran (Keluaran 3:14; Yosua 1:1; Hakim-hakim 6:18; 1 Samuel 2:1; Ayub 40:1; Yesaya 7:3; Yeremia 1:7; Kisah 8:26; 9:15 ? hanyalah beberapa contoh). Tidak ada alasan berdasarkan kitab Injil mengapa Tuhan tidak dapat atau tidak mahu bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran pada hari ini. Terdapat ratusan penulisan yang menunjukkan Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran, kita perlu ingat bahawa kesemua itu telah berlaku dalam jangka masa 4000 tahun dalam sejarah manusia. Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran ialah satu pengecualian, bukan satu peraturan atau ketetapan. Walaupun dalam penulisan kitab Injil ada menyebut tentang Tuhan yang bercakap, tetapi tidak jelas samada dengan menggunakan suara yang kedengaran, suara dalam hati atau setakat satu gambaran di minda.
Tuhan memang bercakap dengan kita pada hari ini. Pertama, Tuhan bercakap dengan kita melalui Firman-Nya (2 Timotius 3:16-17). Yesaya 55:11 berkata, ?Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan akan berjaya mencapai tujuan-Ku dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan?.
Kitab Injil mencatatkan Firman Tuhan kepada kita tentang semua perkara yang perlu kita ketahui supaya dapat diselamatkan dan bagaimana menjalani kehidupan Kristian. 2 Petrus 1:3-4 berkata ?Dengan kuasa-Nya sendiri, Allah sudah mengurniai kita segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup salih. Dia melakukan hal ini melalui apa yang kita ketahui tentang Allah yang telah memanggil kita untuk menikmati kemuliaan dan kebaikan-Nya sendiri. Dengan cara ini Dia telah mengurniai kita berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan-Nya. Dengan berkat-berkat itu kamu terlepas daripada keinginan jahat yang membinasakan, yang terdapat di dunia ini dan kamu menerima sifat Allah sendiri?.
Kedua, Tuhan bercakap dengan kita melalui tekanan ke atas fikiran dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Tuhan menolong kita membezakan di antara yang betul dengan yang salah melalui suara dalam hati kita (1 Timotius 1:5; 1 Petrus 3:16). Tuhan sedang membentuk minda kita supaya dapat mengetahui kehendak-Nya (Roma 12:2). Tuhan mengizinkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita untuk mengajar, mengarah dan mengubah kita serta membantu kita supaya dapat membesar secara rohani (Yakobus 1:2-5; Ibrani 12: 5-11). 1 Petrus 1:6-7 mengingatkan kita ?Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan. Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan dan penghormatan daripada Allah.
Yang terakhir, ya memang benar kadangkala Tuhan bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran. Tetapi samada kejadian itu berlaku sekerap yang diperkatakan oleh beberapa orang masih diragui. Apabila Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran seperti yang ditulis dalam kitab Injil, itu suatu kejadian yang terkecuali dan bukan satu kebiasaan. Apabila seseorang mengakui bahawa Tuhan sudah bercakap kepada dirinya, pengakuan itu perlu mendapat sokongan daripada apa yang ditulis di dalam kitab Injil. Sekiranya Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran pada hari ini, firman-Nya mestilah selaras dengan apa yang tertulis dalam kitab Injil. Tuhan tidak akan bercanggah dengan diri-Nya sendiri. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa, ?Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik?.
Soalan: Adakah Tuhan mencipta kejahatan?
Jawapan:
Jika difikir sekali pintas, Tuhan mencipta segala sesuatu, maka kejahatan juga telah dicipta oleh-Nya. Bagaimanapun, terdapat andaian di sini yang perlu kita selesaikan terlebih dahulu. Kejahatan bukan suatu ?benda? ? seperti seketul batu atau tenaga elektrik. Anda tidak boleh mempunyai sebotol kejahatan! Tetapi, kejahatan ialah sesuatu yang berlaku seperti berjalan. Kejahatan tidak wujud secara sendiri ? ia merupakan kekurangan dalam perkara yang baik. Sebagai contoh, lubang itu ketara tetapi hanya dapat wujud dalam sesuatu benda. Kita menamakan keadaan tidak mempunyai tanah sebagai lubang tetapi lubang tidak dapat dipisahkan daripada tanah itu sendiri. Jadi sewaktu Tuhan mencipta, memang benar semua yang telah diciptakan itu adalah baik. Salah satu daripada ciptaan Tuhan yang baik ialah makhluk yang mempunyai kebebasan untuk memilih kebaikan. Tuhan perlu membenarkan sesuatu yang tidak baik wujud supaya pilihan dapat dilakukan. Jadi Tuhan mengizinkan malaikat-malaikat dan manusia bebas membuat pilihan di antara kebaikan dan kejahatan. Apabila hubungan antara dua pihak kurang baik, kita katakan keadaan itu tidak baik, tetapi keadaan ini bukan ?suatu benda? yang memerlukan Tuhan untuk menciptanya.
Barangkali satu contoh lain dapat membantu. Sekiranya saya bertanya kepada seseorang ?Adakah kesejukan itu wujud?? ? jawapannya tentu ?ya?. Tetapi jawapan itu salah. Kesejukan itu tidak wujud. Kesejukan adalah disebabkan oleh ketidakhadiran kepanasan. Sama juga dengan kegelapan. Kegelapan tidak wujud. Kegelapan berlaku apabila tiada cahaya. Begitu juga dengan kejahatan iaitu tiada kebaikan atau lebih baik dikatakan ?kejahatan? wujud disebabkan Tuhan ?tidak hadir?.
Lihat contoh yang terdapat dalam Ayub 1-2. Iblis mahu membinasakan Ayub, dan Tuhan mengizinkan Iblis melakukan apa sahaja terhadap Ayub kecuali membunuhnya. Tuhan mengizinkan hal ini berlaku untuk membuktikan kesetiaan Ayub kerana cintanya kepada Tuhan, bukannya disebabkan oleh kelimpahan berkat Tuhan ke atasnya. Tuhan itu berdaulat dan secara mutlak berkuasa ke atas semua perkara yang berlaku. Tuhan tidak mencipta kejahatan tetapi Dia membenarkannya. Sekiranya Tuhan tidak mengizinkan kemungkinan berlakunya kejahatan, maka kedua-dua pihak manusia dan malaikat akan melayani Tuhan disebabkan oleh tanggungjawab sahaja dan bukan berdasarkan pilihan.. "Dia tidak mahu robot-robot yang sedia melakukan segala yang dikehendaki-Nya disebabkan oleh program yang dimasukkan ke dalam badan mereka. Tuhan mengizinkan kemungkinan berlaku kejahatan supaya kita benar-benar mempunyai kehendak yang bebas dan boleh memilih samada hendak melayani Dia ataupun tidak.
Sesungguhnya, kita tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan ini dan tidak dapat memahami dengan sepenuhnya. Kita sebagai manusia yang serba terbatas, tidak akan dapat memahami Tuhan Allah yang tidak terbatas (Roma 11:33-34). Kadangkala kita fikir kita memahami sebab-sebab Tuhan melakukan sesuatu perkara, tetapi akhirnya kita menyedari bahawa Dia melakukan segalanya atas tujuan yang jauh berbeza daripada pendapat kita. Tuhan melihat semua perkara dari sudut pandangan abadi. Kita melihat dari sudut pandangan dunia. Mengapa Tuhan meletakkan manusia di atas bumi walaupun dia mengetahui bahawa Adam dan Hawa akan berdosa dan akibat daripada dosa, mereka akan membawa kejahatan, kematian dan penderitaan kepada manusia? Mengapa Tuhan tidak terus mencipta kita dan meletakkan kita di syurga supaya kita semua berada dalam keadaan sempurna tanpa penderitaan? Jawapan yang terbaik yang dapat saya berikan ialah: Tuhan tidak mahu suatu bangsa yang terdiri daripada robot yang tidak mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan. Tuhan perlu mengizinkan kemungkinan berlaku kejahatan agar kita dapat membuat pilihan sendiri untuk menyembah-Nya atau sebaliknya. Sekiranya kita tidak pernah menderita dan mengalami kejahatan, dapatkah kita bayangkan betapa mulianya syurga itu? Tuhan tidak mencipta kejahatan tetapi Dia mengizinkannya. Sekiranya Dia tidak membenarkan kejahatan, kita akan melayani Dia disebabkan oleh tanggungjawab, dan bukan kerana pilihan yang kita boleh lakukan dengan kehendak bebas kita.
Soalan: Siapakah yang telah mencipta Tuhan? Dari manakah datangnya Tuhan?
Jawapan:
Seorang ateis bernama Bertrand Russell menulis dalam bukunya yang berjudul ?Mengapa Saya Bukan Seorang Kristian?, sekiranya benar setiap perkara terdapat penyebabnya, maka Tuhan juga terdapat satu penyebab kepada kewujudan-Nya. Dia membuat kesimpulan bahawa sekiranya Tuhan memerlukan penyebab, maka Dia bukanlah Tuhan (dan sekiranya bukan Tuhan, maka tiada Tuhan). Soalan ini ialah satu pertanyaan yang lebih rumit sedikit berbanding dengan pertanyaan kanak-kanak yang berbunyi, ?Siapakah yang telah mencipta Tuhan?? Seorang budak pun tahu bahawa tiada sebarang benda dihasilkan daripada sesuatu yang tidak wujud, maka sekiranya Tuhan itu merupakan ?sesuatu?, maka Dia juga tentunya terdapat satu penyebab, bukankah begitu?
Soalan ini menjadi suatu persoalan yang mengelirukan kerana bermula daripada anggapan bahawa Tuhan Allah datang daripada sesuatu dan kemudian bertanya dari manakah tempat permulaan itu. Jawapan kepada soalan itu ialah soalan itu adalah tidak masuk akal. Pertanyaan sebegitu samalah dengan bertanya, apakah bau bagi warna biru? Warna biru bukannya terletak di bawah kategori benda-benda yang mengeluarkan bau, maka soalan itu sendiri sudah tidak betul. Dengan cara yang sama, Tuhan juga tidak dikategorikan di bawah kategori benda-benda yang dicipta, yang diwujudkan atau yang diakibatkan. Tuhan tiada penyebab dan Dia tidak dicipta. Dia sememangnya wujud.
Bagaimanakah kita dapat mengetahui semua ini? Baiklah, kita tahu bahawa tiada sebarang benda yang akan dihasilkan daripada sesuatu yang ?tidak wujud?. Jadi sekiranya terdapat waktu di mana tidak ada apa-apa pun yang sudah wujud, maka pasti tidak akan ada apa-apa yang akan wujud. Tetapi hakikatnya, benda-benda memang wujud. Maka dengan itu, disebabkan tidak mungkin terdapat waktu di mana tidak ada apa-apa yang sudah wujud, sesuatu harus senantiasa ada (wujud). Sesuatu yang sentiada ada adalah Dia yang kita sebut sebagai Tuhan.