Soalan-soalan yang amat penting
Soalan: Siapakah Yesus Kristus?
Jawapan:
Siapakah Yesus Kristus? Berbanding dengan soalan, ?Adakah Tuhan wujud??, kurang orang mempertikaikan kewujudan Yesus Kristus. Orang ramai menerima kenyataan bahawa Yesus ialah manusia benar yang wujud di Israel 2000 tahun dahulu. Perbahasan berlaku apabila keperibadian Yesus dipersoal. Hampir semua agama menyatakan bahawa Yesus ialah seorang Nabi, seorang guru yang baik, atau seorang yang suci. Masalahnya ialah Kitab Injil menyatakan bahawa Yesus adalah lebih daripada seorang Nabi, guru yang baik dan orang yang suci.
CS Lewis menulis di dalam bukunya Hanya Agama Kristian: ?Saya cuba menghalang orang daripada berkata sesuatu yang bodoh mengenai Yesus: ?Saya bersedia menerima Yesus sebagai seorang guru moral yang baik, tetapi saya tidak menerimanya sebagai Tuhan.? Kata-kata ini adalah sesuatu yang tidak patut kita ucapkan. Seorang manusia biasa jika dapat menyatakan segala yang Yesus katakan tidak akan dianggap sebagai guru moral yang baik. Sebaliknya, dia akan dianggap gila atau Syaitan dari neraka. Kamu perlu membuat satu pilihan. Yesus jika bukan Anak Tuhan, maka dia adalah seorang yang gila atau lebih buruk lagi. Kamu boleh menganggap dia orang bodoh, kamu boleh meludah pada dia dan membunuh dia; atau kamu boleh melutut di hadapan-Nya dan memanggil-Nya Tuan dan Tuhan. Tetapi jangan buat tanggapan yang tidak bererti bahawa Yesus hanya seorang guru yang baik. Dia tidak memberi peluang kepada kita untuk menentukan identiti-Nya.?
Jadi, apa yang Yesus katakan mengenai dirinya sendiri? Menurut Kitab Injil, siapakah Yesus? Pertama, biar kita lihat pada Yohanes 10:30, ?Bapa dan Aku SATU.? Sekali imbas, firman ini tidak menunjukkan tuntutan sebagai Tuhan. Tetapi, apabila kita melihat reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata-Nya, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!" Orang Yahudi faham bahawa Yesus menyamakan diri-Nya dengan Tuhan. Di dalam ayat berikutnya, Yesus tidak membetulkan fahaman mereka dengan berkata,?Saya bukan Tuhan .? Hal ini menunjukkan bahawa Yesus sememangnya menyatakan bahawa Dia ialah Tuhan, ?Bapa dan Aku SATU.?(Yohanes 10:30) Yohanes 8:58 ialah satu contoh lain. Yesus menjawab, ?Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada.? Lagipun, apabila orang Yahudi mendengar kata-kata Yesus, mereka mengambil batu untuk melontarnya (Yohanes 8:59). Yesus mengumumkan identiti-Nya ?Saya abadi? adalah merujuk kepada nama Tuhan di Kitab Zabur (Keluaran 3:14). Mengapa orang Yahudi hendak membaling batu pada Yesus jika dia tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kata-kata kufur, iaitu, penyamaan dengan Tuhan?
Yohanes 1:1 menyatakan bahawa ?Logos ialah Tuhan.? Yohanes 1:14 menyatakan bahawa ?Logos menjadi manusia.? Hal ini menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Tomas menyebut Yesus, ?Tuan dan Tuhan saya.?(Yohanes 20:28). Yesus tidak membetulkan dia. Paulus menghuraikan Yesus sebagai ?? Tuhan dan Penyelamat, Yesus Kristus? (Titus 2:13). Petrus juga menyatakan perkara yang sama, ?? Tuhan dan Penyelamat kita? (2 Petrus 1:1). Tuhan ialah saksi identiti Yesus juga, ?Takhta kamu, Tuhan, kekal selama-lamanya, dan kebaikan kamu ialah kuasa Pemerintahan kamu.? Kitab Zabur meramalkan kesucian Yesus, ?Sebab seorang anak telah dilahirkan untuk kita, seorang putera telah diberikan kepada kita; lambang pemerintahan berada di atas bahunya, dan namanya disebut orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.? (Yesaya 9:6).
Jadi, CS Lewis berdebat dan percaya bahawa Yesus ialah seorang guru yang baik bukan salah satu pilihan. Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan. Jika dia bukan Tuhan, maka dia ialah penipu, maka bukanlah Nabi, guru yang baik atau orang suci. Untuk menafikan Yesus, cendekiawan moden berkata bahawa Yesus dalam sejarah tidak seperti yang dikatakan oleh kitab Injil. Dapatkah kita berdebat dengan Tuhan mengenai Yesus? Bagaimana cendekiawan menafikan catatan dalam Kitab Injil (Yohanes 14:26)?
Mengapa identiti Yesus adalah penting? Mengapa penting mengetahui Yesus ialah Tuhan? Alasan yang paling utama bagi ?Yesus mesti merupakan Tuhan? ialah, jika dia bukan Tuhan, maka kematian-Nya tidak dapat membayar denda dosa kita (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan boleh membayar denda yang besar ini (Roma 5:8, 2 Korintus 5:21). Yesus mesti ialah Tuhan supaya dia dapat membayar hutang kita. Yesus mesti ialah manusia supaya dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! Ketuhanan Yesus ialah faktor penting penyelamatan. Ketuhanan Yesus terbukti melalui segala yang dia katakan, ?Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.? (Yohanes 14:6).
Soalan: Adakah Yesus Tuhan? Adakah Yesus mengaku dirinya Tuhan?
Jawapan:
Yesus tidak pernah menyatakan dengan ketara di dalam Kitab Injil bahawa ?Dia Adalah Tuhan?. Tetapi hal ini tidak bermakna Yesus tidak mengaku bahawa dirinya ialah Tuhan. Sebagai contoh, di Yohanes 10:30, ?Bapa dan Aku satu?. Sekali imbas, hal ini nampaknya bukan satu pengisytiharan bahawa Dia ialah Tuhan. Tetapi, apabila melihat kepada reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata Yesus, ?Orang Yahudi di situ menjawab, ?Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Tuhan! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Tuhan!??(Yohanes 10:33). Orang Yahudi faham bahawa percakapan Yesus itu telah menyamakan Dirinya dengan Tuhan. Dalam ayat berikutnya, Yesus tidak berkata, ?Saya bukan Tuhan.? Hal ini menunjukkan bahawa Yesus benar-benar mengaku Dirinya Tuhan apabila berkata ?Bapa dan Aku satu.? Yohanes 8:58 ialah contoh lain, Yesus menjawab, ?Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada?. Sekali lagi, reaksi orang Yahudi adalah hendak membalingkan batu pada Yesus untuk membunuhnya (Yohanes 8:59). Jika Yesus tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kufur maka orang Yahudi tidak akan cuba membunuhnya.
Yohanes 1:1 menyatakan, ?Firman itu bersama-sama Allah dan Firman itu adalah Tuhan.? Yohanes 1:14 pula menyatakan, ?Firman itu sudah menjadi Manusia dan tinggal antara kita.? Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Kisah Para Rasul 20:28 menyatakan, ?Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh Allah. Jagalah jemaah Allah seperti gembala menjaga domba, kerana Allah sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya.? Kisah Para Rasul 20:28 mengumumkan bahawa Tuhan membeli jemaah Tuhan dengan darahnya sendiri. Oleh itu, Yesus ialah Tuhan.
Tomas, murid Yesus berkata, ?Tuan dan Tuhan saya.? (Yohanes 20:28). Yesus tidak menafikan kata-katanya. Titus 2:13 menggalakkan kita untuk menunggu Tuhan dan Penyelamat kita, iaitu Yesus Kristus (2 Petrus 1:1). Di Ibrani 1:8, Tuhan Bapa mengumumkan, ?Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan?.
Di Wahyu, seorang malaikat mengarahkan Yohanes supaya hanya menyembah Tuhan (Wahyu 19:10). Beberapa kali Yesus menerima penyembahan daripada orang (Matius 2:11; 14:33; 28:9,17; Lukas 24:52, Yohanes 9:38). Dia tidak menggertak orang yang menyembahnya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia akan menghentikan orang daripada menyembahnya, seperti malaikat di Wahyu. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Yesus.
Alasan yang paling penting adalah jika Yesus bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa manusia (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan yang dapat membayar denda yang besar itu. Hanya Tuhan yang dapat menanggung dosa dunia ini (2 Korintus 5:21), mati dan bangkit semula ? membuktikan Yesus memenangi dosa dan kematian.
Soalan: Adakah Tuhan wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?
Jawapan:
Adakah Tuhan wujud? Sungguh menarik apabila mendapati bahawa banyak perhatian telah diberi pada soalan ini. Tinjauan yang paling terkini menunjukkan bahawa 90% orang di dunia ini percaya bahawa Tuhan wujud. Tetapi masih merupakan tanggungjawab orang yang percaya kepada Tuhan untuk membuktikan bahawa Tuhan sebenarnya wujud. Bagi saya, saya merasakan cara yang sebaliknya lebih sesuai.
Walau bagaimanapun, kewujudan Tuhan tidak boleh dibuktikan atau dinafikan. Kitab Injil mengatakan bahawa kita mesti menerima dengan iman bahawa Tuhan wujud. ?Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.? (Ibrani 11:6). Jika Tuhan ingin, Dia boleh menunjukkan diri kepada dunia untuk membuktikan kewujudannya. Tetapi jika Tuhan berbuat begitu, maka tidak perlulah iman. ?Yesus berkata kepadanya, ?Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!? (Yohanes 20:29).
Tetapi hal ini tidak bermakna bahawa tiada bukti mengenai kewujudan Tuhan. Kitab Injil mengatakan bahawa, ?Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya; Hari yang satu menyampaikannya kepada hari yang berikut, dan malam yang satu mengulanginya kepada malam yang kemudian. Ucapan atau perkataan tidak digunakan; suara tidak kedengaran.? (Mazmur 19:1-4). Dengan melihat bintang, memahami betapa besarnya angkasa lepas, meninjau kekaguman alam semulajadi, menikmati kecantikan matahari pada waktu senja ? semua ini menunjukkan kewujudan Tuhan. Kalau semua ini masih tidak cukup, terdapat lagi bukti dalam hati kita. Pengkhutbah 3:11 mengatakan, ?Dia telah menentukan waktu yang tepat bagi tiap-tiap perkara. Dia telah memberi kita keinginan untuk mengetahui masa depan, tetapi tidak memberi kita pemahaman tentang segala perbuatan-Nya dari awal sampai akhir.? Terdapat sesuatu dalam hati kita yang memberitahu kita bahawa dunia dan hidup ini belum muktamad, terdapat sesuatu yang melebihi segala yang kita nampak dan ketahui. Kita boleh menafikannya secara intelek, tetapi kehadiran konsep Tuhan dalam hati kita tidak boleh dinafikan. Selain daripada ini, Kitab Injil memberi amaran bahawa masih ada orang yang menafikan Tuhan. Orang bodoh berkata dalam hati, ?Tidak ada Tuhan? (Mazmur 14:1). Kerana terdapat 98% orang dalam sejarah di seluruh dunia yang percaya bahawa ada Tuhan, mesti ada sesuatu atau seseorang yang menyebabkan kepercayaan ini.
Selain daripada alasan yang diberikan oleh Kitab Injil, terdapat juga perbalahan logik mengenai kewujudan Tuhan. Pertama kali, perbalahan ontologikal. Hal ini menggunakan konsep Tuhan membuktikan Tuhan. Konsep ini mengatakan definasi Tuhan ialah ?sesuatu yang tidak boleh diatasi dalam fikiran kita?. Katanya, kewujudan adalah lebih tinggi daripada tidak wujud. Oleh itu, kewujudan yang paling tinggi mesti wujud. Kalau Tuhan tidak wujud, maka Tuhan tidak akan wujud dalam fikiran kita. Tetapi hal ini bercanggah dengan definasi Tuhan. Alasan kedua ialah perbalahan teleologikal. Perbalahan teleologikal mengatakan bahawa alam ini menunjukkan reka bentuk yang mengagumkan, maka mesti terdapat seorang pencipta yang maha besar. Sebagai contoh, jika bumi lebih dekat atau jauh sebanyak beratus batu daripada matahari, maka kehidupan tidak akan wujud di bumi ini seperti sekarang. Jika peratusan bahan kimia dalam udara berbeza daripada segala yang terdapat sekarang, semua kehidupan di bumi ini akan mati. Kebarangkalian untuk wujudnya molekul protein secara sendiri adalah 1 dibahagi oleh 10234. Satu sel asalnya terdiri daripada berjuta-juta molekul protein.
Perbalahan ketiga ialah perbalahan kosmologi. Setiap akibat mesti terdapat sebab. Alam ini dan semua benda dalamnya adalah satu akibat. Jadi mesti terdapat sebab yang mewujudkan mereka. Akhirnya, mesti terdapat sesuatu yang bukan akibat yang menyebabkan benda-benda lain maka mesti merupakan sebabnya. Benda yang bukan akibat itu ialah Tuhan. Perbalahan keempat ialah perbalahan moral. Setiap tamadun dalam sejarah mempunyai undang-undang moral. Semua orang mempunyai pengetahuan mengenai betul dan salah. Pembunuhan, penipuan, pencurian dan kerosakan moral ditolak oleh semua orang. Jika bukan disebabkan oleh adanya Tuhan yang suci, bagaimana boleh wujud konsep moral ini?
Walaupun bukti kewujudan Tuhan ketara, tetapi Kitab Injil mengatakan bahawa masih terdapat orang yang tidak ingin percaya kepada Tuhan dan lebih suka pembohongan. Roma 1:25 mengatakan bahawa, ?Mereka menukar ajaran benar daripada Allah dengan dusta. Mereka lebih suka menyembah dan mentaati apa yang diciptakan oleh Allah, daripada menyembah dan mentaati Allah yang menciptakan semuanya. Dialah yang seharusnya dipuji selama-lamanya! Amin.? Kitab Injil juga menyatakan bahawa kita tidak ada alasan yang betul untuk menafikan Tuhan, ?Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.? (Roma 1:20).
Mereka yang tidak mahu percaya kepada Tuhan memberi alasan bahawa ?tidak saintifik? atau ?tiada bukti?. Alasan yang sebenar ialah jika mereka mengaku Tuhan, maka mereka terpaksa bertanggungjawab kepada Tuhan dan perlukan pengampunan dosa (Roma 3:23, 6:23). Jika Tuhan wujud, maka kita mesti menanggung akibat perbuatan kita dan mematuhi hukum Tuhan. Jika Tuhan tidak wujud, maka kita boleh berbuat sesuka hati dan tidak perlu risau tentang keadilan Tuhan. Saya percaya inilah sebabnya teori evolusi diterima oleh ramai orang dalam masyarakat kita. Tuhan wujud dan semua orang akan tahu kewujudannya satu hari nanti. Mereka yang cuba menafikan Tuhan sebaliknya melakukan sesuatu yang membuktikan kewujudan Tuhan.
Satu lagi perbalahan mengenai kewujudan Tuhan. Bagaimana saya tahu Tuhan wujud? Saya tahu kerana saya berbual dengan Tuhan setiap hari. Saya tidak mendengar suaranya dengan telinga, tetapi saya merasai kehadirannya. Saya nampak pimpinan-Nya, saya tahu kasih sayang-Nya, saya nikmati rahmat-Nya. Banyak perkara berlaku dalam hidup saya yang hanya boleh dijelaskan dengan konsep kewujudan Tuhan. Tuhan telah mengubah kehidupan saya dan menyelamatkan saya daripada keruntuhan moral, oleh itu saya mesti memuji dan mengakui kewujudan Tuhan. Tidak ada perbalahan yang boleh menyakinkan semua orang tentang kewujudan Tuhan jika mereka memang degil dengan kepercayaan sendiri. Akhirnya, kewujudan Tuhan mesti diterima dengan iman (Ibrani 11:6). Iman dan kepercayaan pada Tuhan bukan satu lompatan buta dalam kegelapan, tetapi merupakan satu langkah selamat ke dalam satu bilik yang terang dengan bercahaya di mana 90% orang sudah berada di sana.
Soalan: Adakah Tuhan benar? Bagaimana saya dapat pastikan bahawa Tuhan adalah benar?
Jawapan:
Kita tahu bahawa Tuhan adalah benar kerana Dia mendedahkan diri-Nya kepada kita melalui tiga cara: ciptaan-Nya, Ayat-Nya, dan melalui Anaknya, Yesus Kristus.
Bukti yang paling ketara mengenai kewujudan Tuhan ialah melalui segala benda yang dicipta-Nya. ?Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.?(Roma 1:20). ?Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!?(Mazmur19:2).
Jika saya menjumpai sebuah jam tangan di padang, saya tidak akan menganggap bahawa jam itu ?timbul? secara tiba-tiba atau wujud dengan sendiri. Berdasarkan reka bentuk jam itu, saya percaya bahawa jam itu mempunyai penciptanya. Dan saya nampak reka bentuk dunia ini lebih tepat dan mengagumkan. Penentuan masa bukan berdasarkan jam tangan, tetapi berdasarkan ciptaan Tuhan ? putaran bumi yang berulang (dan sifat radioaktif atom cesium-133). Alam ini menunjukkan reka bentuk yang agung, dan menunjukkan bahawa terdapatnya Pencipta yang Agung!
Jika saya menjumpai sebuah mesej berkod, saya akan meminta bantuan pakar kristografi untuk memecahkan kod itu. Saya akan berpendapat bahawa terdapat orang yang bijak yang menghantar mesej berkod itu, orang yang mencipta kod itu. Betapa rumitnya kod DNA di dalam sel badan kita? Bukankah kerumitan dan fungsi DNA itu menunjukkan bahawa terdapat seorang pencipta bijak yang menghasilkan kod itu?
Tuhan bukan hanya mencipta satu alam fizikal yang rumit dan teratur, malah Dia juga meletakkan pemahaman abadi dalam hati setiap manusia (Pengkhutbah 3:11). Dalam hati setiap individu, manusia mengetahui bahawa makna kehidupan adalah melebihi segala yang kita nampak, dan terdapat sesuatu yang lebih berkuasa daripada segala perkara di dunia ini. Perasaan abadi ini dapat dilihat melalui penghasilan undang-undang dan penyembahan.
Setiap kebudayaan dalam sejarah mempunyai ajaran-ajaran moral, dan mempunyai persamaan antara tamadun yang berlainan. Sebagai contoh, kasih sayang dan perasaan cinta adalah nilai yang perlu dipupuk oleh semua orang, tetapi perbuatan berbohong dibenci oleh semua orang. Nilai-nilai moral yang umum ini ? pemahaman salah dan betul ? menunjukkan terdapat Tuhan yang bermoral tinggi dan muktamad yang memberi kita pemahaman moral secara semulajadi.
Dengan cara yang sama, semua orang di dunia, tidak mengira tamadunnya, mencipta sistem penyembahan tuhan masing-masing. Objek penyembahan mungkin berbeza, tetapi tanggapan ?kuasa yang lebih tinggi? wujud dalam hati semua orang. Kecenderungan kita menyembah tuhan adalah berhubung dengan fakta bahawa Tuhan mencipta manusia seperti imej dan bentuknya (Kejadian 1:27).
Tuhan juga mendedahkan diri-Nya kepada kita melalui Firman-Nya di dalam Kitab Injil. Melalui kitab Injil, kewujudan Tuhan ialah satu fakta yang terbukti sendiri (Kejadian 1:1; Keluaran 3:14). Apabila Benjamin Franklin menulis autobiografinya, dia tidak membazir masa membuktikan kewujudannya. Begitu juga dengan Tuhan yang tidak perlu membuktikan diri-Nya wujud di dalam bukunya. Pengaruh Kitab Injil yang dapat mengubah nyawa orang, kemantapannya dan keajaibannya sepatutnya cukup untuk menarik perhatian kita.
Cara ketiga Tuhan mendedahkan diri-Nya adalah melalui Anak-Nya, Yesus Kristus (Yohanes 14:6-11). ?Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah dan Firman sama dengan Allah.....Firman itu sudah menjadi manusia, dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.? (Yohanes 1:1,14). ?Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia.? (Kolose 2:9).
Dalam hidup Yesus yang mengagumkan, Dia mengikut kesemua ajaran Perjanjian Lama dan memenuhi ramalan mengenai kedatangan-Nya (Matius 5:17). Dia melakukan kebaikan dan keajaiban di khalayak umum untuk menunjukkan kekuasaan Firman-Nya dan membuktikan sifat ketuhanannya (Yohanes 21:24-25). Kemudian, tiga hari selepas dia disalib, Dia bangkit daripada kematian, satu fakta yang dilihat oleh beratus-ratus orang (1 Korintus 15:6). Rekod sejarah penuh dengan bukti mengenai sejarah Yesus. Paulus berkata, ?Tuanku Raja Agripa, hamba berani berkata-kata di hadapan tuanku dengan terus terang kerana tuanku faham akan perkara-perkara itu. Hamba yakin bahawa Tuanku mengetahui semuanya, kerana hal-hal itu tidak berlaku di tempat yang tersembunyi.? (Kisah Rasul-rasul 26:26).
Kita tahu bahawa sering terdapat orang yang tidak percaya dan meragui kewujudan Tuhan. Dan juga terdapat orang yang tidak akan menerima segala bukti mengenai Tuhan (Mazmur 14:1). Semuanya bergantung kepada kepercayaan (Ibrani 11:6).
Soalan: Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?
Jawapan:
Berita baik! Semasa kita cuba menjawab soalan ini, terdapat banyak perkara yang boleh kita ketahui mengenai Tuhan! Adalah baik bagi mereka yang mengkaji jawapan ini untuk membacanya sekaligus; kemudian mengimbas kembali dan membaca Kitab Injil untuk mendapat penjelasan lanjut. Merujuk kepada Kitab Injil adalah penting kerana tanpa kewibawaan daripada Kitab Injil, penjelasan hanya datang daripada pendapat manusia; dan hal ini selalunya tidak benar mengenai Tuhan (Ayub 42:7). Pernyataan mengenai ?penting untuk kita cuba mengetahui Tuhan adalah satu pernyataan yang kurang tepat?! Kegagalan berbuat begitu akan menyebabkan kita membuat, mengejar dan menyembah tuhan palsu yang bercanggah dengan hasrat Tuhan (Keluaran 20:3-5).
Kita hanya boleh mengetahui segala yang Tuhan hendak dedahkan kepada kita. Salah satu sifat Tuhan ialah ?cahaya?, hal ini bermakna Dia mendedahkan diri-Nya (Yesaya 60:19, Yakobus 1:17). Hakikat mengenai Tuhan mendedahkan diri-Nya tidak boleh diabaikan, agar kita tidak akan gagal mendapat rehat daripada Tuhan (Ibrani 4:1). Kejadian, Kitab, dan Firman menjadi manusia (Yesus Kristus) bagi membantu kita mengetahui Tuhan.
Biar kita mulakan dengan memahami bahawa Tuhan ialah Pencipta kita dan kita adalah sebahagian daripada ciptaannya (Kejadian 1:1, Mazmur 24:1). Tuhan mengatakan bahawa manusia dicipta menyerupai Tuhan. Manusia adalah di atas segala ciptaan lain dan diberi kuasa ke atas mereka (Kejadiaan 1:26-28). Penciptaan telah dicemarkan oleh ?kejatuhan? tetapi hasil kerja Tuhan masih boleh dilihat (Kejadian 3:17-18, Roma 1:19-20). Dengan membayangkan kehebatan, kerumitan, keteraturan dan kecantikan penciptaan, kita akan dapat merasakan kehebatan Tuhan. Beberapa Nama Tuhan yang tertulis dalam kitab Injil boleh membantu kita memahami Tuhan. Contohnya:
Elohim ? Yang kuat atau kekuasaan (Kejadian 1:1)
Adonai ? Tuan atau bermakna hubungan antara Tuan dan pembantunya (Keluaran 4:10,13)
El Elyon ? Paling tinggi atau yang paling kuat (Kajadian 14:20)
El Roi ? Dia yang berkuasa dan melihat (Kejadian 16:13)
El Shaddai ? Tuhan maha kuasa (Kejadian 17:1)
El Olam ? Tuhan abadi (Yesaya 40:28)
Yahweh ? TUAN ?saya?, bermakna keabadian Tuhan (Keluaran 3:13,14)
Apabila kita mengkaji lebih lanjut mengenai sifat-sifat Tuhan; Tuhan adalah abadi, bermakna Dia tiada permulaan dan kewujudannya tidak akan berakhir. Tuhan tidak akan mati, tiada had (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timotius 1:17). Tuhan tidak akan berubah, bermakna Dia tidak akan bertukar; maka Tuhan boleh diharap dan dipercayai dengan muktamad (Maleakhi 3:6; Bilangan 23:19; Mazmur 102:26,27). Tuhan tidak dapat dibandingkan, bermakna Dia adalah unggul; Dia adalah sempurna (2 Samuel 7:22; Mazmur 86:8; Yesaya 40:25; Matius 5:48). Tuhan tidak dapat diketahui sepenuhnya, bermakna Dia sangat mendalam dan tidak boleh dicari melebihi kefahaman manusia (Yesaya 40:28; Mazmur 145:3; Roma 11:33,34).
Tuhan adalah adil, bermakna Dia tidak pilih kasih (Ulangan 32:4; Mazmur 18:30). Tuhan adalah maha kuasa, bermakna kuasa-Nya tidak terhad; Dia boleh melakukan segala yang Dia mahu, tetapi perbuatan-Nya adalah berdasarkan sifat-sifatnya yang suci (Wahyu 19:6; Yeremia 32:17,27). Tuhan mengetahui segala-galanya termasuk sekarang, masa depan dan segala yang kita fikirkan; oleh sebab Dia mengetahui segalanya maka pengadilan-Nya betul (Mazmur 139:1-5; Amsal 5:21). Tuhan berada dimana-mana sahaja, dan hal ini bermakna Dia hadir di semua tempat, tetapi tidak bermakna Tuhan ialah semua benda (Mazmur 139:7-13; Yeremia 23:23).
Tuhan hanya satu, bermakna bukan sahaja tiada tuhan lain, tetapi juga hanya Dia yang dapat memenuhi keperluan hati kita, dan Dia sahaja yang boleh kita sembah (Ulangan 6:4). Tuhan adalah betul, bermakna Tuhan tidak akan berbuat salah; disebabkan kebetulan dan kesucian Tuhan maka dapatlah dosa kita diampuni, Yesus terpaksa menghadapi pengadilan daripada Tuhan semasa dosa kita diletakkan ke atasnya (Keluaran 9:27; Matius 27:45-46; Roma 3:21-26).
Tuhan adalah paling berdaulat, bermakna kedudukan-Nya adalah paling tinggi; semua ciptaannya tidak dapat mengubah tujuan Tuhan (Mazmur 93:1; 95:3; Yeremia 23:20). Tuhan ialah roh, bermakna Dia tidak dapat dilihat (Yohanes 1:18, 4:24). Tuhan ialah Triniti, bermakna Dia ialah tiga dalam satu, sama sifat, sama rata dalam kuasa dan kemuliaan. Tumpukan perhatian kepada perenggan pertama Kitab Injil yang menyatakan bahawa Tuhan adalah tunggal walaupun ia merujuk kepada tiga Individu ? Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus (Matius 28:19; Markus 1:9-11). Tuhan ialah Kebenaran, bermakna Dia tidak bercanggah dengan sifat-sifat sendiri, Dia tidak akan merosot dan tidak akan menipu (Mazmur 117:2; 1 Samuel 15:29).
Tuhan adalah suci, bermakna Dia terpisah daripada segala perbuatan tidak moral dan membenci dosa. Tuhan murka terhadap dosa dan maksiat; api selalu melambangkan kesucian di dalam Kitab Injil. Tuhan dirujuk sebagai Api yang memusnahkan (Yesaya 6:3; Habakuk 1:13; Keluaran 3:2,4,5; Ibrani 12:29). Tuhan adalah rahmat ? merangkumi kebaikan, belas kasihan dan kasih sayang Tuhan ? kesemuanya menerangkan kebaikan Tuhan. Jika bukan kerana rahmat Tuhan,maka kita akan terus terpisah daripada semua sifat Tuhan. Nasib baik hal ini tidak berlaku, kerana Tuhan ingin mendekati kita secara individu (Keluaran 34:6; Mazmur 31:19; 1 Petrus 1:3; Yohanes 3:16; 17:3).
Semua ini adalah usaha-usaha yang sederhana untuk menjawap soalan yang sukar mengenai Tuhan. Kita semua digalakkan mencari kebenaran mengenai Tuhan (Yeremia 29:13).
Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?
Jawapan:
Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menunjukkan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya dalam hidup kita, malah akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka kita perlu menghargai, mengkaji dan akhirnya percaya kepadanya. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka menafikan kitab Injil adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.
Hakikat mengenai Tuhan dalam Kitab Injil telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu kita siapakah Dirinya dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Tuhan. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak memberikan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diberikan secara berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik dengan-Nya. Jika Kitab Injil benar-benar firman Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak kita.
Soalan yang patut kita tanya ialah bagaimana kita boleh pasti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apakah sifat Kitab Injil yang unik yang membezakannya daripada buku-buku agama yang lain. Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan yang benar? Soalan-soalan inilah yang patut kita kaji jika kita benar-benar ingin mengetahui sama ada kitab Injil itu Firman Tuhan, diberikan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.
Hakikatnya, Kitab Injil memang mengaku bahawa ia Firman Tuhan. 2 Timotius 3:15-17 dengan jelas menyatakan, ?Dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.?
Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu melihat bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan bahawa ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman yang membuktikan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun kitab Injil terdiri daripada 66 buah buku yang berasingan dan ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang berbeza), kandungan Kitab Injil masih mempunyai kesatuan dari permulaan hingga akhir tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah keunikan yang tidak terdapat di dalam buku-buku lain dan membuktikan bahawa asalnya adalah daripada Tuhan yang membantu manusia untuk menulis firman-Nya secara tepat.
Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan boleh dilihat daripada nubuat-nubuat yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengandungi beratus-ratus nubuat terperinci mengenai masa depan negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berbeza daripada nubuat dalam buku agama yang lain seperti Nostradamus, nubuat Kitab Injil adalah amat terperinci dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 nubuat-nubuat mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja menyatakan tempat Yesus akan dilahirkan dan siapakah ahli keluarganya, malah bagaimana Dia akan mati dan bangkit semula selepas tiga hari. Tiada cara lain yang boleh menjelaskan nubuat-nubuat yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain yang mempunyai nubuat-nubuat seperti Kitab Injil.
Bukti dalaman yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif berbanding dengan kedua-dua bukti yang dinyatakan di atas, ia masih merupakan kesaksian yang berkuasa dan menunjukkan bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada kehidupan orang ramai yang berubah selepas mereka membaca kitab Injil. Penagih dadah diubati, banduan yang berhati keras menjadi baik, orang yang berdosa ditegur, dan kebencian ditukar menjadi kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, hal ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.
Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah peristiwa sejarah dalam Kitab Injil. Kitab Injil menyatakan peristiwa dalam sejarah dengan terperinci maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah yang lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, catatan sejarah Kitab Injil kerap terbukti tepat. Manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan menjadikannya sebuah buku yang boleh dipercayai sejak dari zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara dalam sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, hal ini membantu menyokong hakikat bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan.
Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan menggunakan manusia yang berlainan latar belakang untuk menulis firman-Nya. Apabila kehidupan penulis-penulis itu dikaji, didapati bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas maka boleh dipercayai. Kajian ke atas hidup mereka dan hakikat bahawa mereka sudi mati (dengan diseksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah menunjukkan bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang menulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut sehingga bersembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan bahawa Kitab Injil itu firman Tuhan.
Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan. Disebabkan Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang penting, maka ia sering diserang dan terdapat percubaan untuk menghapuskannya. Raja Roman seperti Diocletian, pihak komunis dan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan cuba menghapuskan dan mengkritik Kitab Injil, tetapi Kitab Injil masih kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.
Sepanjang masa, mereka meragui dan menganggap Kitab Injil ialah cerita mitos, tetapi kaji purba telah membuktikan kebenaran sejarahnya. Pembangkang menentang dan mengatakan bahawa ia primitif dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan peraturannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, psikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Kitab injil ialah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kira bagaimana pembangkangnya cuba menentang dan memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya, dan hal ini membuktikan bahawa ia ialah firman Tuhan yang benar. Kita boleh berasa kagum apabila melihat Kitab Injil kekal tidak berubah walaupun diserang dengan sengit. Tambahan pula, Yesus berkata, ?Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.? (Markus 13:31). Selepas mengkaji semua bukti dan fakta, kita boleh berkata dengan yakin bahawa ?Ya, Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang benar.?
Soalan: Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?
Jawapan:
Pengikut-pengikut Kristian di negara yang mempunyai kebebasan beragama sukar untuk memahami kesusahan pengikut Kristus di negara lain yang tiada kebebasan beragama. Kitab Injil yang merupakan firman Tuhan, memberi kefahaman tentang cabaran hidup dan kesusahan sebegini, tidak mengira masa dan tempat. Yesus telah mengatakan bahawa mengikutinya ialah pengalaman yang mencabar. Sebenarnya, pilihan ini memerlukan kita mengorbankan segala yang kita ada. Pertama, kita perlu mengorbankan diri. Yesus memberitahu orang ramai yang mengikutinya, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.? (Markus 8:34). Salib ialah alat menjatuhkan hukuman mati dan Yesus menjelaskan bahawa mengikutinya bermakna mati terhadap diri. Semua nafsu dan keghairahan dunia ini hendaklah disalib supaya kita boleh mendapat nyawa baru di dalam Yesus, kerana tiada orang yang dapat melayani dua orang tuan (Lukas 16:13). Tetapi nyawa baru adalah lebih bernilai daripada segala yang kita boleh perolehi daripada dunia ini.
Kedua, mengikut Yesus mungkin boleh merosakkan hubungan kamu dengan keluarga dan kawan. Yesus menjelaskan di Matius 10:32-39 bahawa dia datang ke dunia ini untuk memisahkan pengikut-pengikutnya daripada keluarga mereka, tetapi bagi mereka yang tidak dapat benci (kurang kasihi) keluarganya tidak layak menjadi pengikutnya. Jika kita menafikan Kristus untuk berbaik-baik dengan keluarga di dunia ini, Dia akan menafikan kita di syurga. Jika ini berlaku, maka kita tidak akan dapat masuk ke syurga. Tetapi jika kita mengakui Yesus di depan orang, tidak mengira apa harga yang perlu dibayar, Dia akan memberitahu Tuhan, ?orang ini kepunyaan saya, terimanya masuk ke Dunia Tuhan.? Hidup kekal ialah ?mutiara yang sangat bernilai? di Matius 13:44-45 iaitu semua benda kita boleh dilepaskan demi hidup kekal. Adalah tidak bijak jika kita berpegang kepada benda-benda yang tidak kekal di dunia ini dan lupakan hidup kekal di akhirat. . ?Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?? (Markus 8:36). Seperti Jim Elliot, mubaligh yang dibunuh kerana membawa agama Kristian ke Huaorani Indian di Ekuador, berkata, ?Orang itu adalah tidak bodoh jika dia memberi segala yang tidak boleh disimpan kekal untuk mendapat segala yang dia tidak mampu hilangkan.?
Yesus menjelaskan bahawa penyeksaan demi-Nya memang tidak boleh dielakkan. Dia menggalakkan kita agar menghadapi kesukaran ini dan tidak berputus asa semasa menghadapi kesusahan. Dia menganggap mereka yang diseksa kerana percaya kepada-Nya sebagai satu ?restu? dan mengingatkan kita bahawa ?Berbahagialah orang yang dianiaya disebabkan kebenaran, kerana mereka memiliki Kerajaan di Syurga.? Dia juga mengingatkan bahawa kita yang kepunyaannya akan selalu diseksa. Nabi-nabi di Perjanjian Lama juga diseksa, dicabul, dianiayai, dibunuh dan dipecah-belah!(Ibrani 11:37) Semua pengikut Yesus (kecuali Yohanes yang dihantar ke pulau Patmos) telah dibunuh kerana percaya kepada Yesus. Tradisi mengatakan bahawa Petrus disalib terbalik kerana dia merasakan dirinya tidak layak mati seperti Yesus. Dia menulis, ?Berbahagialah kamu, jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus, kerana Roh kemuliaan, iaitu Roh Tuhan ada padamu.? (1 Petrus 4:14). Paulus dipenjara, dipukul dan dibaling batu semasa berceramah mengenai Kristus, tetapi dia menganggap penyeksaan ini kecil jika dibandingkan dengan kemuliaan pada masa depan (Roma 8:18).
Walaupun harga menjadi pengikut Yesus tinggi, tetapi terdapat juga upah sekarang dan di dunia akan datang. Yesus berjanji akan selalu bersama kita, sehingga ke dunia kiamat (Matius 28:20); Dia tidak akan meninggalkan kita (Ibrani 13:5); dia faham kesakitan dan kesusahan kita kerana Dia sendiri telah menderita untuk kita (1 Petrus 2:21); Kasih-Nya tiada had, Dia tidak akan menguji kita di luar kebolehan kita menerima cabaran itu dan Dia akan selalu menyediakan jalan keluar (1 Korintus 10:13). Apabila kita menjadi orang yang pertama menerima Yesus dalam keluarga kita, kita menjadi ahli keluarga Tuhan yang pertama dan merupakan duta Tuhan kepada orang yang kita kasihi dan juga kepada seluruh dunia ini. Jika begitu, kita akan menjadi alat kepada Tuhan untuk menarik lebih ramai orang kepada Tuhan, memberi kita kegembiraan sebenar dan di luar daya pemikiran kita.
Soalan: Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?
Jawapan:
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada makna ayat ?Tuhan yang sama?. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep ?penjelmaan?. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, ?Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?? Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).
Soalan: Apakah agama Kristian dan apa yang dipercayai oleh Kristian?
Jawapan:
1 Korintus 15:1-4 berkata, ?Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.?
Secara ringkas, inilah kepercayaan agama Kristian. Agama Kristian adalah unik di antara semua kepercayaan, kerana agama Kristian adalah lebih kepada hubung dengan Tuhan daripada upacara keagamaan. Selain daripada mengikut satu senarai perkara yang boleh dilakukan dan yang jangan dilakukan, tujuan agama Kristian ialah mengikuti jalan yang disediakan oleh Tuhan. Hubungan itu boleh dijalin disebabkan oleh Yesus Kristus dan kerja Roh Kudus di dalam kehidupan Kristian.
Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21). Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.
Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23). Agama Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib. Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25). Agama Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).
Untuk diselamatkan, kita hanya perlu percaya sepenuhnya pada kerja yang disempurnakan oleh Yesus Kristus di atas Salib. Jika seseorang percaya bahawa Yesus telah mati untuknya dan bangkit semula daripada kematian, maka orang itu dapat diselamatkan. Manusia tidak dapat melakukan sebarang perkara untuk mendapat penyelamatan. Tiada sesiapa yang ?cukup baik? untuk memuaskan Tuhan, kerana kita semua berdosa (Yesaya 64:6-7, 53:6). Selain itu, tiada apa lagi yang perlu dilakukan kerana Yesus sudah melakukan kesemuanya! Semasa Dia berada di atas salib, Dia berkata, ?Sempurna? (Yohanes 19:30).
Kita tidak boleh melakukan sebarang perkara untuk mendapat penyelamatan. Sebaik sahaja seseorang percaya bahawa Kristus telah mati dan bangkit daripada kematian, maka orang itu tidak akan hilang penyelamatannya. Ingat, kerja penyelamatan telah dilakukan dan disempurnakan oleh Yesus. Penyelamatan tidak bergantung kepada manusia! Yohanes 10:27-29 mengatakan, ?Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.?
Mungkin akan ada orang yang fikir, ?Ini bagus ? apabila saya sudah diselamatkan, saya boleh melakukan segala yang saya mahu, dan tidak akan hilang penyelamatan saya!? Tetapi penyelamatan bukannya melakukan segala yang kamu suka. Penyelamatan ialah bebas daripada kehidupan kamu yang berdosa sebelum ini, dan bebas mengejar cara hidup yang rapat dengan Tuhan. Asalkan penganut-penganut masih tinggal di dunia ini dalam keadaan asal yang berdosa, mereka akan terus berdepan dengan nafsu yang berdosa. Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh Kudus.
Jadi, agama-agama lain memerlukan kita melakukan sesuatu untuk mendapat pahala yang baik, tetapi agama Kristian adalah mengenai hubungan baik dengan Tuhan. Agama Kristian adalah mengenai kepercayaan kepada Kristus yang mati di atas salib untuk membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian. Denda dosa kamu telah dibayar dan kamu boleh menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Kamu boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan berjalan dengan Tuhan dalam keadaan taat-setia. Inilah agama Kristian yang sebenar mengikut ajaran Kitab Injil.
Soalan: Apakah Makna kehidupan?
Jawapan:
Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, ?Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!? Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.
Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati ? satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.
Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, ?Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.? Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa ?kehidupan di dunia ini? (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, ?Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia?? Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.
Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).
Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana ?syurga di bumi? boleh dicapai?
Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.
Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan ?Apakah rancangan penyelamatan?? untuk maklumat lanjut).
Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, ?Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!? Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:
?Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.? (Matius 11:28-30). ?Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.?(Yohanes 10:10). ?Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ?Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.? (Matius 16:24-25). ?Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.?(Mazmur 37:4).
Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).
Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.
Soalan: Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum dalam Kitab Zabur?
Jawapan:
Langkah penting untuk memahami isu ini adalah mengetahui bahawa hukum-hukum Kitab Zabur adalah diberi kepada Negara Israel dan bukannya kepada Kristian. Sebahagian daripada hukum-hukum itu adalah untuk membolehkan orang Israel mematuhi dan memuaskan syarat-syarat Tuhan (contohnya Sepuluh Perintah Tuhan); terdapat juga hukum yang mengajar orang Israel cara-cara menyembah Tuhan (sistem penyembahan); terdapat juga hukum yang membezakan Israel daripada bangsa-bangsa lain (peraturan makanan dan baju). Tiada lagi hukum Kitab Zabur yang mesti dipatuhi oleh Kristian pada masa ini. Semasa Yesus mati di atas Salib, Dia telah menamatkan keberkesanan undang-undang dalam Kitab Zabur (Roma 10:4; Galatia 3:23-25; Efesus 2:15).
Sebagai ganti kepada undang-undang dalam Kitab Zabur, kita adalah di bawah undang-undang Kristus (Galatia 6:2), iaitu ?Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati perintah Kristus. Yesus menjawab, ?Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu. Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting! Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.? (Matius 22:37-40). Jika kita mematuhi kedua-dua hukum ini, kita telah melaksanakan segala yang diminta oleh Kristus, ?Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita.?(1 Yohanes 5:3). Secara teknikal, Sepuluh Perintah Tuhan juga tidak dikenakan ke atas Kristian. Walau bagaimanapun, sembilan perintah itu diulangi di perjanjian baru dalam Kitab Injil (kecuali mematuhi Hari Sabat). Sudah ketara bahawa jika kita mengasihi Tuhan, kita tidak akan menyembah tuhan atau dewa lain yang palsu. Jika kita mengasihi jiran kita, maka kita tidak akan membunuhnya, berbohong kepadanya, berzinah dengan isterinya, atau berasa tamak dan ingin merebut harta bendanya. Oleh itu, kita tidak tertakluk di bawah undang-undang dalam Kitab Zabur. Tetapi kita perlu mengasihi Tuhan dan jiran kita dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jika kita mematuhi hukum Kristus ini, maka keperluan moral lain akan dipenuhi juga.
Soalan: Adakah ketuhanan Kristus itu berdasarkan kitab Injil?
Jawapan:
Selain daripada pengakuan Yesus sendiri, pengikut-pengikutnya juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Mereka mengatakan bahawa Yesus mempunyai hak untuk mengampuni dosa ? sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh Tuhan, kerana manusia berdosa terhadap Tuhan (Kisah Rasul 5:31; Kolose 3:13; bandingkan dengan Mazmur 130:4; Yeremia 31:34). Mengenai ketuhanan-Nya, Yesus dikatakan akan ?menghakimi orang yang hidup dan yang mati? (2 Timotius 4:1). Tomas berkata kepada Yesus, ?Tuhanku dan Tuanku!? (Yohanes 20:28). Paulus memanggil Yesus ?Tuhan yang Maha Kuasa dan Penyelamat kita? dan membuktikan bahawa sebelum Yesus menjelma semula, Yesus sudah ada dalam ?rupa Tuhan? (Filipi 2:5-8). Orang Yahudi menulis mengenai Yesus, "Takhta-Mu, ya Tuhan, akan kekal selama-selamanya? (Ibrani 1:8). Yohanes berkata bahawa ?Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama dengan Tuhan dan Firman [Yesus] itu adalah Tuhan? (Yohanes 1:1). Contoh ayat-ayat Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Kristus (lihat Wahyu 1:17; 2:8; 22:13; 1 Korintus 10:4; 1 Petrus 2:6-8; bandingkan dengan Mazmur 18:2; 95:1; 1 Petrus 5:4; Ibrani 13:20), namun mana-mana satu daripada ayat-ayat ini pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Yesus dipercayai ialah Tuhan oleh para pengikut-Nya.
Yesus juga diberikan gelaran yang hanya diberikan kepada Yahweh (nama rasmi Tuhan) dalam Perjanjian Lama. Gelaran ?Penyelamat? dari Perjanjian Lama (Mazmur 130:7; Hosea 13:14) digunakan pada Yesus dalam Perjanjian Baru (Titus 2:13; Wahyu 5:9). Yesus dipanggil Imanuel (?Tuhan menyertai kita? dalam Matius 1). Dalam Zakharia 12:10 Yahweh berkata "dan mereka akan memandang orang [Bahasa Inggeris: ?kepadaKu?] yang telah mereka tikam.? Namun Perjanjian Baru menggunakan ayat ini pada penyaliban Yesus (Yohanes 19:37; Wahyu 1:7). Jika Yahweh adalah yang ditikam dan dipandang, dan Yesus adalah yang ditikam dan dipandang, maka Yesus adalah Yahweh. Paulus menerangkan kata-kata Yesaya 45:22-23 dengan menggunakannya pada Yesus dalam Filipi 2:10-11. Selanjutnya, nama Yesus digunakan bersama-sama dengan nama Yahweh dalam doa, ?Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan? (Galatia 1:3; Efesus 1:2). Jika Kristus tidak mempunyai sifat ketuhanan, maka hal ini adalah suatu penghinaan kepada Tuhan. Nama Yesus diletakkan bersama dengan nama Yahweh dalam perintah Yesus untuk membaptis ?dalam nama [bentuk tunggal] Bapa dan Anak dan Roh Kudus? (Matius 28:19; lihat pula pada 2 Korintus 13:14). Dalam Wahyu Yohanes berkata bahawa segala ciptaan memuji Kristus (sang Anak Domba) ? oleh itu Yesus bukanlah sebahagian daripada ciptaan.
Perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Tuhan juga dilakukan oleh Yesus. Yesus bukan hanya membangkitkan orang mati (Yohanes 5:21; 11:38-44) dan mengampuni dosa (Kisah Rasul 5:31; 13:38), Dia juga mencipta dan memelihara alam semulajadi (Yohanes 1:2; Kolose 1:16-17). Fakta ini lebih hebat apabila kita teringat bahawa Yahweh mengatakan Dia bersendirian ketika mencipta alam (Yesaya 44:24). Selanjutnya, Yesus memiliki sifat-sifat yang hanya dimiliki oleh Allah: kekal (Yohanes 8:58), sentiasa hadir (Matius 18:20; 28:20); Maha tahu (Matius 16:21), Mahakuasa (Yohanes 11:38-44).
Mengakui diri-Nya ialah Tuhan dan memperbodohkan orang ramai untuk percaya bahawa Dia benar-benar ialah Tuhan sama sekali berbeza dengan membuktikan diri-Nya ialah Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya dengan banyak keajaiban serta kebangkitan-Nya dari antara orang mati. Antara keajaiban Yesus ialah: menukar air menjadi wain (Yohanes 2:7); berjalan di atas air (Matius 14:25); melipatgandakan benda-benda fizikal (Yohanes 6:11), menyembuhkan orang buta (Yohanes 9:7) dan orang lumpuh (Markus 2:3); serta orang yang sakit (Matius 9:35; Markus 1:40-42); bahkan membangkitkan orang mati (Yohanes 11:43-44; Lukas 7:11-15; Markus 5:35). Tambahan pula, Yesus sendiri bangkit dari antara orang mati. Sangat berbeza dengan cerita-cerita dongeng mengenai kematian dan kebangkitan dewa-dewi dalam agama-agama kafir, tidak dapat dibandingkan dengan kebangkitan dalam agama-agama lain, dan tidak ada dakwaan-dakwaan lain yang begitu tepat selain daripada Kitab Injil. Menurut Dr. Gary Habermas, terdapat sekurang-kurangnya dua belas fakta sejarah yang patut diakui oleh sarjana-sarjana bukan Kristian:
1. Yesus mati di atas salib.
2. Dia dikuburkan.
3. Kematian-Nya menyebabkan para pengikutnya kecewa dan putus asa.
4. Kubur Yesus didapati (atau dikatakan begitu) dalam keadaan kosong beberapa hari kemudian.
5. Para pengikutnya percaya bahawa mereka telah melihat Yesus yang bangkit.
6. Selepas itu, para pengikutnya berubah dari sifat ragu-ragu menjadi orang yang percaya dan berani.
7. Berita ini adalah inti pemberitaan dalam gereja pada mulanya.
8. Berita ini diberitakan di Yerusalem.
9. Sebagai hasilnya, gereja ditubuhkan dan berkembang.
10. Hari kebangkitan (hari Minggu) menggantikan hari Sabat (hari Sabtu) sebagai hari utama untuk beribadat.
11. Tomas, seorang yang mencurigai kebangkitan Yesus akhirnya bertobat ketika dia melihat Yesus yang bangkit.
12. Paulus, musuh orang Kristian, bertobat setelah mengalami pengalaman bertembung dengan Yesus yang bangkit.
Jika ada sesiapa yang menolak dakwaan-dakwaan yang teliti ini, hanya beberapa daripada dakwaan ini sudah cukup untuk membuktikan kebangkitan Yesus dan kebenaran kitab Injil: kematian Yesus, perkuburan, kebangkitan dan kemunculan semula Yesus (1 Korintus 15:5). Walaupun terdapat beberapa teori yang mampu menjelaskan satu atau dua fakta-fakta di atas, tetapi hanya kebangkitan Yesus yang dapat menjelaskan kesemuanya. Para pengkritik mengakui bahawa para pengikut mendakwa bahawa mereka melihat Yesus yang telah bangkit. Baik tipu muslihat mahupun pengkhayalan tidak mungkin dapat mengubah seseorang sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebangkitan Yesus. Pertama sekali, apakah keuntungan bagi mereka? Agama Kristian bukan hal yang diterima oleh orang ramai pada waktu itu dan mereka tidak akan memperolehi keuntungan dari segi kewangan. Kedua, pembohong-pembohong tidak akan mahu mati kerana kepercayaan mereka. Tidak ada penjelasan yang lebih baik mengenai kerelaan para pengikut untuk mati secara kejam demi iman mereka selain daripada kebangkitan Yesus. Memang benar ramai orang yang mati untuk pembohongan yang mereka rasakan benar, namun tidak akan ada orang yang bersedia untuk mati bagi sesuatu yang mereka ketahui adalah tidak benar.
Sebagai kesimpulan, Kristus mendakwa bahawa Dia adalah Yahweh, Dia adalah Tuhan, bukan hanya dewa, tetapi Tuhan yang sejati; para pengikut-Nya (orang-orang Yahudi yang takut kepada penyembahan berhala) percaya kepada-Nya dan memanggil-Nya Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya bahawa Dia adalah Tuhan melalui mukjizat-mukjizat, termasuk kebangkitan-Nya yang mengubah dunia. Tidak ada hipotesis lain yang dapat menjelaskan fakta-fakta ini.
Soalan: Adakah penyelamatan melalui Kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?
Jawapan:
Mungkin soalan ini ialah soalan yang paling penting dalam teori agama Kristian. Soalan ini ialah punca Reformasi ? perpecahan antara gereja Protestan dan Katolik. Soalan ini ialah perbezaan penting antara agama Kristian yang benar dengan ajaran sesat yang lain. Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja atau melalui kepercayaan dan juga kerja? Adakah saya diselamatkan melalui kepercayaan pada Yesus atau saya perlu percaya dan juga membuat sesuatu untuk mendapat penyelamatan?
Soalan mengenai kepercayaan atau kepercayaan dan juga kerja menjadi mengelirukan kerana terdapat petikan-petikan Kitab Injil yang susah diselaraskan. Bandingkan Roma 3:28, 5:1 dan Galatia 3:24 dengan Yakobus 2:24. Kita dapat melihat bahawa terdapat perbezaan antara Paulus (penyelamatan melalui kepercayaan sahaja) dan Yakobus (penyelamatan melalui kepercayaan dan kerja). Sebenarnya, buku Paulus dan Yakobus tidak bercanggah. Percanggahan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang adalah mengenai pertalian antara kepercayaan dan kerja. Dogma Paulus menyatakan bahawa penyelamatan dan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja (Efesus 2:8-9) tetapi Yakobus nampaknya mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meneliti segala yang dikatakan oleh Yakobus. Yakobus menafikan kepercayaan bahawa seseorang boleh mempunyai kepercayaan yang benar tanpa menghasilkan kerja yang baik (Yakobus 2:17-18). Yakobus menekankan bahawa seorang Kristian yang benar akan menghasilkan kerja yang baik dan hidup yang berubah mengikut ajaran Kitab Injil (Yakobus 2:20-26). Yakobus tidak mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja, tetapi seseorang yang benar-benar telah menerima justifikasi akan menunjukkan perubahan melalui hidup dan perbuatannya yang menjadi baik dan suci mengikut ajaran Kitab Injil. Jika seseorang mendakwa bahawa dia itu penganut agama Kristian tetapi perbuatannya buruk ? maka mungkin dia bukan benar-benar percaya kepada Yesus (Yakobus 2:14, 17, 20, 26).
Paulus juga menyatakan perkara yang sama dalam penulisannya. Penganut yang baik mesti menunjukkan hasil perbuatan yang baik seperti yang disenaraikan di Galatia 5:22-23. Selepas memberitahu kita bahawa penyelamatan adalah melalui kepercayaan dan bukan kerja (Efesus 2:8-9), Paulus memberitahu kita bahawa kita dicipta untuk membuat kerja yang baik (Efesus 2:10). Paulus berharap kita akan mengubah cara hidup dan nyawa kita seperti yang dikatakan oleh Yakobus, ?Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi menusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.? (2 Korintus 5:17)! Yakobus dan Paulus tidak bercanggah dalam ajaran penyelamatan. Mereka menghuraikan topik yang sama dari sudut yang berbeza. Paulus menekankan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja manakala Yakobus menekankan fakta bahawa kepercayaan dalam Yesus mesti menghasilkan kerja yang baik.
Soalan: Bagaimana saya boleh memahami kehendak Tuhan untuk hidup saya?
Jawapan:
Terdapat dua faktor penting untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam sesuatu keadaan (1) Pastikan segala yang kamu minta dan kehendak kamu tidak bercanggah dengan ajaran Kitab Injil. (2) Pastikan segala yang kamu minta dan hendak lakukan akan memberi kemuliaan kepada Tuhan dan membantu kamu membesar dari segi rohani. Jika kedua-dua faktor itu betul dan Tuhan masih tidak memberi kamu segala yang kamu mahu ? maka mungkin Tuhan tidak bermaksud untuk memberikan kamu segala yang kamu inginkan. Ataupun kamu perlu menunggu lebih lama lagi untuk melihat kehendak Tuhan menjadi lebih ketara. Mengetahui kehendak Tuhan kadangkala susah. Manusia hendak Tuhan memberitahu mereka segala yang perlu dibuat ? bekerja di mana, tinggal di mana, kahwin dengan siapa dan sebagainya. Roma 12:2 menyatakan, ?Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah ? iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.?
Tuhan jarang memberi kita maklumat secara terus dan spesifik. Tuhan membenarkan kita membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu. Pilihan yang tidak dibenarkan oleh Tuhan ialah pilihan yang menentang Tuhan dan berdosa. Tuhan mahu kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendak Tuhan yang baik. Jadi, bagaimana kamu boleh mengetahui kehendak Tuhan untuk kamu? Jika kamu berjalan rapat dengan Tuhan dan benar-benar mahu mematuhi kehendak Tuhan ? Tuhan akan menaruh kehendak-Nya ke dalam hati kamu. Faktor penting adalah mempunyai keinginan untuk mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kamu sendiri yang berdosa. ?Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik, tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.?(Mazmur 37:3-4). Jika Kitab Injil tidak membantah segala yang kamu mahu dan kehendak kamu secara ikhlas boleh memanfaatkan rohaniah kamu ? maka Kitab Injil memberi kamu ?kebenaran? untuk membuat pilihan dan mengikut hati kamu sendiri dalam perkara-perkara tertentu.
Soalan: Bagaimana saya boleh mengatasi dosa dalam kehidupan Kristian saya?
Jawapan:
Kitab injil membincangkan perkara-perkara berikut yang membolehkan kita mendapat kuasa bagi mengatasi dosa.
(1) Roh Kudus ? Hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Kristian (Gereja) supaya dapat hidup dengan berjaya. Tuhan menunjukkan perbezaan ketara antara nafsu badan dengan buah daripada Roh Kudus di Galatia 5:16-25. Dalam perenggan itu, kita disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus. Semua penganut mempunyai Roh Kudus tetapi kita masih disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus iaitu mematuhi undang-undang Tuhan dan sudi diperintah oleh Roh Kudus. Hal ini bermakna membuat keputusan mengikut perintah Roh Kudus dan bukannya mengikut nafsu badan.
Kesan perbezaan ke atas hidup kita yang dibawa oleh Roh Kudus boleh dilihat melalui kehidupan Petrus, dia tidak mengaku Yesus sebanyak tiga kali sebelum disentuh oleh Roh Kudus, tetapi selepas itu dia berkata dia akan mengikut Yesus sampai mati. Selepas dipenuhi oleh kuasa Roh Kudus, dia berkhutbah dengan berani mengenai Yesus di hadapan orang Yahudi di Pentakosta.
Orang yang menjalani hidup melalui Roh Kudus tidak akan menghalang pengaruh Roh Kudus (1 Tesalonika 5:19 ?Janganlah halang Roh Allah?) dan cuba diurapi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18-21). Bagaimana seorang boleh dikuasai oleh roh kudus? Pertama sekali, ialah keputusan yang dibuat oleh Tuhan dalam Perjanjian Lama. Tuhan memilih orang tertentu dan dalam keadaan tertentu Tuhan memenuhi mereka supaya mereka berkuasa menyempurnakan kerja Tuhan (Kejadian 41:38; Keluaran 31:3; Bilangan 24:2; 1 Samuel 10:10; dan lain-lain). Saya percaya terdapat bukti di dalam Efesus 5:18-21 and Kolose 3:16 bahawa Tuhan memilih mereka yang memenuhi diri mereka dengan Firman Tuhan kerana kesan semua perkara itu adalah sama. Hal ini membawa kita kepada sumber berikut.
(2) Firman Tuhan, Kitab Injil ? 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa Tuhan memberi kita Firman-Nya supaya kita boleh berbuat baik. Firman-Nya mengajar kita cara untuk hidup dan segala yang perlu dipercayai, membongkah kesalahan kita, membantu kita memperbetulkan kesalahan, dan berada di jalan yang betul. Ibrani 4:12 menyatakan bahawa, Firman Tuhan ialah kuasa yang boleh menusuk ke dalam hati kita dan menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui pengetahuan manusia. Mazmur 119:9,11,105 menyatakan bahawa Firman Tuhan ialah kuasa yang mengubah hidup kita. Yosua diberitahu bahawa punca kejayaannya semasa mengalahkan musuh (memenangi dosa) ialah tidak melupakan Firman Tuhan tetapi mengingatinya siang dan malam. Yosua mengikut prinsip ini dan berjaya dalam peperangan mendapatkan tanah janji Tuhan.
Sumber ini biasanya dianggap tidak penting oleh kita. Kita membawa Kitab ke gereja dan membacanya setiap hari, tetapi kita tidak mengingati ajarannya, tidak mengkaji dengan mendalam, tidak menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, tidak mengaku kesalahan dosa kita dan lupa memuji Tuhan kerana memberi Firman-Nya kepada kita. Kita tidak tahu bahawa Firman Tuhan adalah penting untuk rohani kita. Kita hanya membaca sedikit daripada Firman Tuhan sebagai makanan rohani semasa pergi ke gereja (tetapi tidak cukup untuk pertumbuhan yang sihat) atau kita membaca tanpa meneliti maksudnya dan betul-betul memahami Firman Tuhan.
Jika kamu belum mempunyai tabiat membaca Firman Tuhan setiap hari secara serius, maka kamu perlu menerima sentuhan daripada Roh Kudus supaya mengingatkan kamu membaca Firman Tuhan dan membacanya setiap hari. Saya cadangkan kamu menulis Firman Tuhan yang pada pendapat kamu penting di dalam buku latihan. Pastikan kamu tidak melupakan Firman Tuhan yang penting semasa kamu membuat nota sendiri. Saya juga mencatatkan doa-doa saya dan meminta Tuhan untuk mengubah sebahagian daripada hidup saya yang tidak memuaskan. Kitab Injil ialah alat yang Roh Kudus gunakan dalam hidup kita (Efesus 6:17), satu bahagian yang amat penting iaitu perisai Tuhan untuk berperang dengan kuasa Syaitan (Efesus 6:12-18)!
(3) Doa ? Satu lagi sumber penting yang diberikan oleh Tuhan. Sekali lagi, sumber ini selalu disebut sahaja oleh Tuhan tetapi tidak digunakan secara betul. Kita ada perhimpunan doa dan masa berdoa perseorangan, tetapi kita tidak berdoa dengan betul seperti gereja awal (Kisah Rasul 3:1; 4:31; 6:4;13:1-3, etc.). Paulus selalu memberitahu kita bahawa dia berdoa untuk mereka yang diajar olehnya. Tetapi kita mengabaikan kegunaan sumber ini. Tuhan memberi kita janji yang besar mengenai doa (Matius 7:7-11; Lukas 18:1-8; Yohanes 6:23-27; 1 Yohanes 5:14-15). Paulus juga mengatakan bahawa doa itu penting semasa berperang dengan kuasa jahat (Efesus 6:18).
Betapa pentingnya hal ini? Lihat kepada segala yang diberitahu oleh Yesus kepada Petrus di taman Getsemani sebelum penafian Petrus. Di sana, Yesus berdoa tetapi Petrus tidur. Yesus membangunkan dia dan berkata, ?Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.? (Matius 26:41). Kita, seperti Petrus, mahu membuat segala yang betul tetapi tidak berkuasa. Kita perlu mengikut nasihat Tuhan iaitu selalu mencari, mengetuk pintu dan bertanya-tanya ? dan dia akan memberikan kita kuasa yang kita perlukan (Matius 7:7). Tetapi kita perlu memberi lebih daripada kata-kata dari mulut sahaja.
Saya bukan mengatakan bahawa doa ini seperti ilmu sihir. Tuhan patut ditakuti dan dihormati. Doa ialah satu cara mengaku kelemahan kita dan kekuatan Tuhan yang besar dan bergantung kepada Tuhan untuk mendapatkan kuasa dan tenaga bagi melakukan segala yang Tuhan mahu kita lakukan dan bukannya segala yang kita mahu lakukan kerana nafsu kita sendiri (1 Yohanes 5:14-15).
(4) Gereja ? sumber akhir ini juga sering kita lupakan. Semasa Yesus menghantar pengikutnya keluar, Dia menghantar mereka dua orang sekali (Matius 10:1). Apabila kita membaca cerita mubaligh di dalam Kisah Rasul, mereka bukan keseorangan tetapi bergerak dalam kumpulan. Yesus berkata bahawa apabila ada dua atau lebih orang berkumpul dalam namanya, Dia akan bersama mereka (Matius 18:20). Dia memerintah kita supaya jangan berhenti berkumpul dan menggunakan masa berkumpul itu untuk menggalakkan sesama sendiri dengan kasih sayang dan melakukan hal yang baik (Ibrani 10:24-25). Dia mahukan kita mengaku kesalahan masing-masing (Yakobus 5:16). Melalui kebijaksanaan Perjanjian Lama, kita diberitahu bahawa besi menajamkan besi, jadi seseorang boleh membetulkan kawannya (Amsal 27:17) "Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan." (Pengkhutbah 4:11-12). Tenaga kita berganda jika kita bersatu padu.
Terdapat orang yang mencari rakan lelaki atau perempuan di dalam gereja dan berkongsi pengalaman mereka mengenai hidup mereka mengikut ajaran agama Kristian dan berusaha mengatasi masalah ketidakpercayaan. Mereka juga berdoa untuk satu sama lain dengan menggunakan Firman Tuhan.
Kadang-kadang perubahan datang dengan segera. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu perubahan adalah lambat. Tetapi Tuhan berjanji bahawa jika kita menggunakan sumber yang diberikan oleh-Nya, Dia akan membawa perubahan yang baik ke dalam hidup kita. Kita mesti sentiasa percaya bahawa Tuhan taat kepada janji-Nya sendiri.
Soalan: Siapakah Roh Kudus?
Jawapan:
Terdapat banyak salah faham mengenai identiti Roh Kudus. Ada orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa mistik. Ada pula orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang boleh diperolehi oleh orang yang percaya kepada Kristus. Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai identiti Roh Kudus? Secara ringkas, Kitab Injil mengatakan bahawa Roh Kudus ialah Tuhan. Kitab Injil juga mengatakan bahawa Roh Kudus mempunyai Pendirian, suatu Kewujudan yang mempunyai fikiran, emosi dan niat.
Fakta-fakta yang menunjukkan Roh Kudus ialah Tuhan boleh dilihat dengan ketara dalam banyak ayat-ayat suci Kitab Injil seperti Kisah Rasul-Rasul 5:3-4. Dalam ayat ini, Petrus menegur Ananias dan bertanya mengapa dia menipu Roh Kudus dan berkata bahawa Ananias ?bukan hanya menipu manusia tetapi juga Tuhan.? Adalah ketara bahawa menipu Roh Kudus adalah sama dengan menipu Tuhan. Kita juga boleh mengetahui bahawa Roh Kudus ialah Tuhan kerana Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat ketuhanan. Sebagai contoh, Roh Kudus hadir di semua tempat seperti yang dikatakan di Mazmur 139:7-8, ?Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada roh-Mu, ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga.? Kemudian di 1 Korintus 2:10 kita dapat melihat sifat maha-pengetahuan Roh Kudus. ?Tetapi melalui Roh-Nya, Allah menyatakan rancangan-Nya kepada kita. Roh Allah menyelidiki segala sesuatu, bahkan rancangan Allah yang paling tersembunyi sekalipun.?
Kita ketahui bahawa Roh Kudus adalah Bersendirian kerana Dia mempunyai fikiran, emosi dan tekad. Roh Kudus berfikir dan mengetahui (1 Korintus 2:10). Roh Kudus boleh dipisahkan (Efesus 4:30). Roh Kudus membuat rayuan bagi pihak kita (Roma 8:26-27). Roh Kudus membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri (1 Korintus 12:7-11). Roh Kudus ialah Tuhan, Orang Ketiga dalam Triniti. Seperti Tuhan, Roh Kudus boleh berfungsi sebagai Penasihat dan Pembawa ketenangan yang dijanjikan oleh Yesus (Yohanes 14:16,26; 15:26).
Soalan: Mengapa saya tidak boleh membunuh diri?
Jawapan:
Saya bersimpati dengan mereka yang ingin menamatkan nyawa mereka dengan membunuh diri. Jika kamu juga berfikir demikian, hal ini mungkin disebabkan oleh pelbagai emosi, seperti putus asa dan hilang harapan. Kamu mungkin berasa kamu berada dalam keadaan yang paling buruk and sukar, dan kamu meragui terdapat harapan untuk memulihkan keadaan yang buruk itu. Tiada sesiapa yang mempedulikan kepentingan kamu. Kehidupan seperti tidak bernilai lagi?.betul tak?
Kita semua sering mengalami emosi yang melemahkan tekad kita. Semasa saya berada dalam keadaan yang buruk, soalan yang saya fikirkan adalah, ?Mungkinkah hal ini bermakna Tuhan yang mencipta saya?? ?Adakah Tuhan terlalu lemah untuk membantu saya?? ?Adakah masalah saya terlalu besar untuk Dia??
Saya sukacita untuk memberitahu kamu bahawa jika kamu mengambil masa yang singkat untuk membenarkan Tuhan menjadi Tuhan yang sebenar dalam kehidupan kamu sekarang, Dia akan membuktikan betapa besar keupayaannya! ?Bagi Allah tiada perkara yang mustahil?(Lukas 1:37). Mungkin kesan luka daripada kesakitan sebelum ini masih menyebabkan kamu berasa ditolak dan disingkirkan. Hal ini akan menyebabkan kurang rasa kasih-diri, penuh dengan kemarahan, perasaan benci, rasa berdendam, ketakutan dan sebagainya. Semua ini akan mengakibatkan timbulnya masalah dalam hubungan kamu dengan orang lain. Walau bagaimanapun, perbuatan membunuh diri hanya akan menyedihkan orang yang kamu sayang dan masalah emosi akan dialami oleh mereka seumur hidup mereka.
Mengapa kamu ingin membunuh diri? Kawan, tidak kira betapa buruknya kehidupan kamu, masih terdapatnya seorang Tuhan yang mencintai kamu dan menunggu untuk membimbing kamu mengatasi terowong kesusahan, dan masuk ke dalam cahaya-NYA. Dia ialah harapan yang kekal dan namanya YESUS.
Yesus, Anak Tuhan yang tanpa dosa, sudi berada di sisi kamu semasa kamu ditolak dan dihina. Nabi Yesaya menulis mengenai Yesus dan katanya, ?Tuhan menghendaki hamba-Nya membesar seperti tunas yang tumbuh di tanah gersang. Rupanya tidak elok ataupun tampan, sehingga kita tidak tertarik kepadanya. Tiada apa-apa padanya yang menarik hati, yang membuat kita mengingini dia. Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia; kita pun tidak mempedulikan dia. Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya. Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Allah baginya. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya. Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.? (Yesaya 53:2-6).
Kawan, Yesus menderita supaya kesemua dosa kamu dapat diampuni! Tidak kira betapa beratnya dosa kamu, Yesus akan mengampuni kamu jika kamu mengaku salah (tidak berdosa lagi dan pulang kepada Tuhan). ?Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.? (Mazmur50:15) Tiada sebarang dosa kamu yang tidak boleh dibersihkan oleh Yesus. Beberapa nabi Tuhan pernah melakukan dosa yang besar, seperti Musa yang membunuh, Daud berzina, Paulus menyerang kumpulan kristian yang terawal. Tetapi mereka masih mendapat pengampunan dosa dan mendapat nyawa yang baru di dalam Tuhan. ?Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi menusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.? (2 Korintus 5:17)
Mengapa kamu tidak boleh membunuh diri? Kawan, Tuhan sudi memperbaiki apa yang ?dipecahkan??iaitu, kehidupan kamu yang menderita, yang mengakibatkan kamu ingin membunuh diri. Nabi Yesaya tulis: ?Roh Tuhan ada padaku, Dia telah mengurapi aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara. Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi Tuhan untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka. Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan mereka yang berduka, untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh Tuhan sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.? (Yesaya 61:1-3).
Kembali kepada Yesus, benarkan Dia memulihkan kegembiraan dan kepentingan kamu jika kamu percaya Dia akan memberi satu nyawa yang baru di dalam kamu. ?Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharui batinku agar menjadi teguh. Maka aku akan mengajar jalan-Mu kepada orang yang bersalah, dan orang yang berdosapun akan bertaubat kepada-Mu. Lepaskanlah aku daripada hutang darah, ya Tuhan! ya Tuhan, yang menyelamatkanku! maka lidahku akan memuji segala kebenaran-Mu. Ya Tuhan! bukakanlah bibirku, maka mulutku akan memasyhurkan pujian-Mu.? (Mazmur 51:12, 15-17).
Hendakkah kamu menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu dan pedoman hidup kamu? Setiap hari dia akan memberi tunjuk ajar bagi fikiran dan langkah kamu, melalui Firman-Nya di dalam Kitab Injil. ?Tuhan berfirman, ?Aku akan menunjukkan jalan yang harus kau ikuti. Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.??(Mazmur 32:8). ?Dan memberikan keamanan kepada umat-Nya. Dia sentiasa melindungi umat-Nya serta memberi mereka kebijaksanaan dan pengetahuan. Harta mereka yang paling berharga adalah hormat dan takut kepada Tuhan.? (Yesaya 33:6). Di dalam Kristus, kamu akan mengalami kesusahan, tetapi kamu mempunyai harapan. Dia adalah ?seorang sahabat yang lebih rapat daripada saudara kandung? (Amsal 18:24). Semoga restu daripada Tuhan Yesus akan bersama kamu semasa kamu mengalami kesusahan dan berada dalam keadaan kritikal untuk membuat keputusan.
Jika kamu ingin percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat kamu, kata kepada Tuhan di dalam hati kamu, ?Tuhan, saya perlukan kamu dalam kehidupan saya. Sila ampuni semua dosa saya. Saya percaya kepada Yesus Kristus dan menerimanya sebagai Penyelamat saya. Sila bersihkan dosa saya, ubati saya, dan pulihkan kegembiraan ke dalam kehidupan saya. Terima kasih Tuhan kerana Kamu mengasihi saya dan memberikan Anak kamu kepada saya supaya dosa saya dapat diampuni.?
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah ?Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini?.