Raja Yoahas, Raja Yehuda
(2 Raj 23.30-35)
36
Penduduk Yehuda memilih Raja Yoahas putera Raja Yosia, dan melantik baginda menjadi raja di Yerusalem. Raja Yoahas berusia dua puluh tiga tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan. Raja Nekho dari Mesir, menawan Raja Yoahas dan memaksa Yehuda membayar ufti sebanyak 3,400 kilogram perak dan 34 kilogram emas. Raja Nekho memilih Raja Elyakim saudara Raja Yoahas, menjadi raja Yehuda, lalu menukar nama Raja Elyakim menjadi Raja Yoyakim. Raja Yoahas dibawa oleh Raja Nekho ke Mesir. +
Raja Yoyakim, Raja Yehuda
(2 Raj 23.36—24.7)
Raja Yoyakim berumur dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama sebelas tahun. Raja Yoyakim berdosa terhadap TUHAN, Allahnya. + Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Yehuda. Baginda menangkap Raja Yoyakim, membelenggunya, lalu membawa baginda ke Babilonia. + Raja Nebukadnezar membawa sebahagian harta dari Rumah TUHAN ke istananya di Babel. Segala perbuatan Raja Yoyakim, termasuk perbuatannya yang keji dan jahat, tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel dan Yehuda. Puteranya, Yoyakhin menggantikan baginda sebagai raja.
Raja Yoyakhin, Raja Yehuda
(2 Raj 24.8-17)
Raja Yoyakhin berumur lapan belast tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan sepuluh hari. Raja Yoyakhin juga berdosa terhadap TUHAN. 10 Pada musim bunga tahun itu, Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakhin dan membawanya ke Babilonia. Raja Nebukadnezar juga membawa harta dari Rumah TUHAN. Selepas itu Raja Nebukadnezar memilih Zedekia, bapa saudarau Raja Yoyakhin, menjadi raja Yehuda dan Yerusalem. +
Raja Zedekia, Raja Yehuda
(2 Raj 24.18-20; Yer 52.1-3a)
11 Zedekia berusia 21 tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama sebelas tahun. + 12 Raja Zedekia berdosa terhadap TUHAN, dan tidak mahu merendahkan diri untuk mendengar Nabi Yeremia, yang telah menyampaikan firman TUHAN.
Kejatuhan Yerusalem
(2 Raj 25.1-21; Yer 52.3b-11)
13 Raja Zedekia memberontak terhadap Raja Nebukadnezar, yang memaksa baginda bersumpah demi Allah bahawa baginda akan setia kepada Raja Nebukadnezar. Raja Zedekia berdegil dan tidak mahu bertaubat serta kembali kepada TUHAN, Allah Israel. + 14 Selain itu, pemimpin-pemimpin Yehuda, para imam, dan rakyat mengikut cara hidup bangsa-bangsa jiran yang berdosa. Mereka menyembah berhala dan menajiskan Rumah TUHAN, yang telah dikhaskan oleh TUHAN sendiri bagi diri-Nya. 15 Selama itu TUHAN, Allah nenek moyang mereka, terus-menerus mengutus nabi untuk memberikan amaran kepada umat-Nya, kerana Dia hendak menyelamatkan mereka dan Rumah TUHAN. 16 Tetapi mereka mempermainkan utusan-utusan Allah itu, tidak menghiraukan firman-Nya, dan mentertawakan nabi-nabi-Nya. Akhirnya, TUHAN sangat murka terhadap mereka sehingga tiada lagi jalan keluar untuk melepaskan diri umat-Nya daripada hukuman-Nya.
17 Oleh itu TUHAN mendatangkan raja Babilonia untuk menyerang mereka. Raja Babilonia membunuh kaum belia Yehuda, bahkan orang yang berada di dalam Rumah TUHAN. Raja itu tidak mengasihani sesiapa pun, muda atau tua, lelaki atau perempuan, orang sakit ataupun orang sihat. Allah menyerahkan mereka semua kepada raja Babilonia. + 18 Perkakas-perkakas Rumah TUHAN dan barang-barang berharga yang ada di situ, harta benda raja dan para pegawainya, dirampas oleh raja Babilonia, lalu dibawa ke Babel. 19 Raja itu merobohkan tembok kota Yerusalem dan membakar kota itu, termasuk Rumah TUHAN dan semua istana, bersama-sama barang-barang berharga di dalam istana. 20 Raja Babilonia membawa semua orang yang masih hidup di kota itu ke Babilonia. Mereka dipaksa menjadi abdi kepada raja dan keturunannya sehingga permulaan kerajaan Persia. 21 Dengan demikian berlakulah apa yang difirmankan TUHAN melalui Nabi Yeremia, “Negeri ini akan terbiar selama tujuh puluh tahun untuk mengganti tahun-tahun Sabatv yang tidak dipedulikan.” +
Raja Kores Mengizinkan Orang Yahudi Pulang
(Ezr 1.1-4)
22 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, rajaw Persia, TUHAN menepati firman-Nya yang disampaikan oleh Nabi Yeremia. TUHAN menggerakkan hati Raja Kores supaya mengeluarkan titah bertulis untuk dibacakan di seluruh kerajaan baginda. Bunyi surat itu demikian,
23 “Inilah titah Raja Kores, raja Persia. TUHAN, Allah penguasa di syurga, telah menjadikan beta raja seluruh bumi. Dia telah memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah bagi-Nya di Yerusalem, di wilayah Yehuda. Oleh itu, kamu semua yang menjadi umat Allah mesti kembali ke sana. Semoga TUHAN, Allah kamu menyertai kamu.” +
+ 36:4 Yer 22.11-12 + 36:5 Yer 22.18-19, 26.1-6, 35.1-19 + 36:6 Yer 25.1-38, 36.1-32, 45.1-5; Dan 1.1-2 t 36:9 Beberapa buah naskhah terjemahan kuno (dan lihat 2 Raj 24.8): lapan belas. Naskhah Ibrani: lapan. u 36:10 Beberapa buah naskhah terjemahan kuno (lihat 2 Raj 24.17): bapa saudara. Naskhah Ibrani: saudara. + 36:10 Yer 22.24-30, 24.1-10, 29.1-2, 37.1; Yeh 17.12, 13 + 36:11 Yer 27.1-22, 28.1-17 + 36:13 Yeh 17.15 + 36:17 Yer 21.1-10, 34.1-5 v 36:21 tahun-tahun Sabat: Peraturan dalam hukum Taurat bahawa setiap tahun ketujuh, tanah tidak boleh diusahakan (lihat Im 25.1-7). + 36:21 Yer 25.11, 29.10 w 36:22 raja: Raja Kores dari Persia menduduki kota Babel pada 539 Sebelum Masihi, lalu mula memerintah sebagai raja Babilonia. + 36:23 Yes 44.28